7/03/2013

Yes I Love You 40



Yes, I Love You – Bab 40

Rancangan dokumentari National Geographic bertajuk Situation Critical Taliban Uprising menghiasi skrin televisyen. Dua pasang mata ralit menonton perjuangan anggota Taliban menentang Northern Alliances. Apabila keadaan semakin meruncing, pejuang Taliban bersetuju untuk menyerah diri kepada Northern Alliances pimpinan Jeneral Abdul Rashid Dostum. Malangnya episod penahanan tersebut berakhir dengan pemberontakan di dalam penjara. Natijahnya, ramai tentera dan pejuang dari kedua-dua belah pihak terbunuh.

“Yad, cuba kau tengok muka pejuang Taliban berbaju hitam tu. Tiga dari kanan.” Jari dituding pada skrin televisyen plasma LG 50 inci. 

Izzdiyad mencari lelaki berbaju hitam di kaca televisyen. “Kenapa? Kau kenal ke?”

Izzdiyad suka bergurau, tidak kira hal itu serius atau biasa. Kadangkala, Izz malas hendak berborak dengan abangnya. Ada saja gurauan yang bakal terbit dari mulutnya. 

“Yaddd... aku serius ni! Muka dia macam lain sikitlah. Kau perasan tak?” Izz mencerlung.

Izzdiyad ketawa kecil. “Alah Izz... takkan gurau pun tak boleh? Aku nampak muka dia biasa je. Apa yang lainnya?”

“Cuba kau perhati elok-elok. Muka dia macam mat salleh. Jauh beza dengan muka pejuang taliban lain yang kebanyakannya warga Pakistan atau Arab.” 

Sekali lagi Izzdiyad cuba mencari kelainan pada wajah lelaki tersebut. Kali ini paparan di televisyen memfokuskan gambar pejuang Taliban yang lebih ramai.

“Alamak, gambar dia kecik pulak. Makin laa aku tak nampak.” Agak sukar untuk Izzdiyad melihat perbezaan antara lelaki itu dengan rakan pejuangnya yang lain.

“Aku rasa dia bukan orang Afghanistan. Mungkin mat salleh tapi convert to islam... lepas tu, dia join Taliban.” Izz masih yakin dengan pendapatnya.

“Manalah ada mat salleh nak pergi ikut Taliban? Bukankah dorang dilabelkan sebagai pengganas oleh puak barat?”

Seketika kemudian, tertera nama pejuang Taliban yang telah mereka bualkan. Bulat mata Izzdiyad memandang nama lelaki itu. Izz disebelahnya dikerling sekilas.

“Haa...tu pun nama dia! John Phillip Walker Lindh.” Izz ketawa kecil. “Betul tak apa yang aku cakap tadi?” 

Izzdiyad tarik muka masam. “Dah berjambang macam tu, muka pulak comot. Tentulah payah nak kenal. Alah, kebetulan je tekaan kau tepat.” 

Izzdiyad masih belum mahu kalah. Kata-kata adiknya masih lagi disanggah. Izz semakin galak ketawa. Wajah Izzdiyad ketara masamnya.

Mak Bee masuk ke ruang tamu. Adik beradik itu masih lagi tidak berganjak dari sofa walaupun sebentar tadi mereka bertekak tentang identiti salah seorang pejuang taliban.

“Yad... Izz... maaf ye sebab Mak Bee kacau kamu tengok tv.” 

Kedua-dua lelaki itu berpaling serentak ke arah Mak Bee. 

“Takpe. Ada apa Mak Bee?” Soal Izz.

“Datuk suruh kamu berdua ke ruang tamu di tingkat atas. Sekarang jugak.” 

“Okey. Terima kasih Mak Bee.” Izzdiyad tersenyum nipis.

Mak Bee kembali ke dapur, menyiapkan kerja yang masih ada. Izz mencapai remote control televisyen lalu butang off ditekan. Dia mengekori Izzdiyad ke tingkat atas.

Di tingkat atas, Datuk Izzuddin dan Datin Faridah duduk bersebelahan. Wajah mereka nampak serius. Sekelumit pun tiada senyuman di bibir. Hasya dan Natalia turut kelihatan di situ.

Izzdiyad membongkokkan sedikit badannya ketika lalu di hadapan ibu bapanya. Izz juga melakukan perkara yang sama. Hasya beralih ke sofa lain, memberi peluang kepada Izzdiyad duduk di sebelah Natalia.

Suasana senyap sunyi beberapa minit. Empat pasang mata ditala pada papa dan mama. Mereka menunggu dengan sabar apa sahaja bicara yang bakal diucapkan oleh kedua-duanya. Datuk Izzuddin memandang wajah anak-anak dan menantu-menantunya silih berganti. Dia membetulkan duduknya sebelum menutur ayat.
Datuk Izzuddin berdehem beberapa kali untuk memastikan suaranya tidak tenggelam timbul apabila bercakap nanti.

“Kamu tahu apa tujuan papa panggil kamu semua?” 

Izzdiyad pandang Natalia. Izz berpaling ke arah Hasya. Kemudian, mereka saling berpandangan sesama sendiri. Akhirnya kesemua mereka menggelengkan kepala. Terjawab sudah soalan Datuk Izzuddin. Datin Faridah sekadar tersenyum melihat gelagat pemuda pemudi di hadapannya.

“Malam ni... papa nak buat perhitungan.” Serius air muka Datuk Izzuddin.

“Perhitungan?” Serentak Izzdiyad dan Hasya bersuara. 

Izzdiyad berdebar-debar. Natalia sudah berpeluh. Hasya sabar menunggu hal yang sebenarnya dibongkar. Macam mana dengan Izz? Izz cuma buat muka tidak beriak walhal hatinya melonjak-lonjak ingin tahu.

“Dengar baik-baik apa yang papa hendak cakap.” Datuk Izzuddin bangun dari sofa Itali yang empuk. “Mulai minggu depan, papa mahu kamu berdua keluar dari rumah ni.” Jari dituding tepat ke arah Izzdiyad dan Natalia.

“Papaaa....” Tersentak Izzdiyad dengan arahan itu. Kali pertama dihalau keluar, dia hanya sendirian. Tapi buat kali kedua ini, dia dihalau bersama isteri dan anaknya. 

“Diammm...!” Tengking Datuk Izzuddin.

Akhirnya Izzdiyad membisu, sepatah kata pun tidak terucap. Dia tidak menyangka inilah penghujung bagi sebuah perhubungan antara ibu bapa dan anak. Keputusan akhir yang sangat digeruni oleh Izzdiyad berlaku juga. Natalia disisinya sudah merembes air mata. Sikap tidak peduli Datuk Izzuddin selama ini disangka pengakhiran pada kemarahannya. Rupa-rupanya di dalam diam lelaki itu masih menyimpan dendam.

“Papa, kenapa papa buat macam ni?! Tak cukup lagikah keikhlasan yang mereka tunjukkan?!” Suara Izz lebih tinggi daripada suara papanya. Izz sudah bangun dari kerusinya.

Menyirap darah Datuk Izzuddin mendengar suara anak bongsunya itu. “Izzdihar! Kamu jangan menyampuk!” 

“Tidak! Kali ini Izz nak bercakap...” 

“Izz! Jangan biadap dengan papa!” Datin Faridah ikut masuk campur. Dia tidak suka Izz berkelakuan sedemikian terhadap suaminya.

Jerkahan mamanya membuatkan Izz tutup mulut. Dia tidak jadi hendak berdebat dengan papanya. Namun, di hatinya berbuku perasaan geram. Dia kembali duduk di tempat asalnya. Hasya dikerling. Gadis itu hanya tunduk memandang ambal. Mungkin tidak berani melontarkan pandangan di dalam keadaan gawat seperti itu.

Pandangannya dialihkan pula kepada Izzdiyad. Lelaki itu masih lagi kelihatan bingung. Bola matanya ditala pula kepada Natalia. Kakak iparnya masih lagi menangis. Jelas kelihatan mutiara jernih itu menuruni pipinya. Bukan sedikit simpati yang membusut di hati Izz. Malangnya dia tidak punya kuasa untuk bersuara. 

Datuk Izzuddin berjalan mundar mandir di hadapan semua orang. Menanti reaksi Izzdiyad tetapi di dalam masa yang sama dia sayu melihat keadaan sebak Natalia. Datin Faridah menyokong tindakan suaminya kerana dia tahu ada kebaikan terselindung di sebalik setiap tindakan yang diambil si suami.

Izzdiyad mengeluh. Dia teringatkan adegan pertempuran pejuang Taliban dan Northern Alliances yang baru ditontoninya sebentar tadi. Adakah perbuatannya ‘menyerah diri’ kepada papanya di dalam usaha untuk ‘berdamai’ hanyalah sia-sia? Setelah ‘mengangkat senjata’ sebagai tanda menyerah kalah, akhirnya dia tetap terkena ‘tembakan AK-47’ lalu terkorban.

“Izzdiyad...! Kamu faham tak?!” Keras suara Datuk Izzuddin.

Izzdiyad mengangkat muka, mencari mata papanya. Namun, renungan tajam itu tidak berani dibalas lama. Akhirnya dia meraup muka sebelum bersuara perlahan. “Faham.”

Pada anggapan Izzdiyad, segala pujuk rayu sudah tiada gunanya. Setelah beberapa bulan tinggal di rumah agam itu, mereka gagal melembutkan hati papa dan mama agar menerima mereka sebagai sebahagian dari penghuninya. 

Oleh sebab itu, dia akan membawa keluarganya ke tempat lain jika itu kemahuan papanya. Melihatkan Natalia yang belum kering air matanya, Izzdiyad menjadi semakin pilu. Kolam matanya turut bergenang air cuma belum melimpah. Dia gagal membuktikan kepada isterinya bahawa dia mampu menyimpulkan semula ikatan kekeluargaan yang telah longgar. Dia malu mengenangkan janji-janjinya menjadi palsu.

Izzdiyad menghampiri papanya. “Papa, Yad akan bawa keluarga Yad dari sini tapi ampunkanlah kami bertiga. Halalkanlah makan minum kami.”

Datuk Izzuddin tidak menjawab. Melihatkan bapanya bersikap sedemikian, Izzdiyad beralih pula kepada mamanya. 

“Mama, ampunkan Yad, ye?? Halalkan susu yang mama beri pada Yad.” Suara Izzdiyad tersekat-sekat, terlalu pilu hatinya mahu menuturkan permohonan maaf itu.

Datin Faridah memalingkan mukanya, tidak sanggup berhadapan dengan wajah sugul Izzdiyad. Dia menahan air matanya dari gugur.

“Kemas pakaian kamu dan bawa balik keluarga kamu ke Brunei. Papa bagi kamu masa untuk selesaikan semua urusan di sana. Selepas itu, kamu kena balik semula ke sini. Kamu kena menetap di sini sebab papa mahu kamu uruskan syarikat macam dulu.” Senyuman mekar terukir di bibir Datuk Izzuddin. 

Datin Faridah turut tersenyum. Senyuman bahagia seorang ibu. Izz seperti tidak percaya papanya boleh berlakon sebaik itu. Hasya menghela nafas lega dengan khabar yang didengarinya. Izzdiyad sudah menumpahkan air mata gembira. Natalia pula sudah kedengaran esak tangisnya.

“Papa... papa maafkan kami?” Soal Izzdiyad, masih waswas dengan kebenaran kata-kata Datuk Izzuddin.

“Yad, papa maafkan kamu dan Natalia.” 

“Betul ni papa?” Tanyanya lagi, kurang percaya dengan pengakuan papanya.

“Bukan papa saja, mama pun dah maafkan kamu berdua.” Tambah Datuk Izzuddin.

Datin Faridah menggangguk tanda membenarkan percakapan suaminya.

“Alhamdulillah. Terima kasih papa. Terima kasih mama.” Izzdiyad memeluk erat Datuk Izzuddin dan Datin Faridah. Tanpa segan silu, dia menangis di dalam pelukan papa dan mamanya. 

Datin Faridah menggamit Natalia ke arahnya. Gadis itu melangkah laju ke dalam pelukan ibu mentuanya. Akhirnya, empat beranak itu saling berpelukan dan esak tangis semakin jelas kedengaran.

Izz mengesat air mata Hasya yang sudah mengalir keluar dari takungannya. Hasya yang semakin sedih dengan adegan yang ditontonnya, memeluk Izz lalu meneruskan tangisannya di dalam pelukan suaminya. 

Izz bersyukur ke hadrat Ilahi dengan limpah kurniaNya ke atas keluarga ini. Hasya tidak putus-putus berdoa di dalam hati agar kebahagiaan menjadi milik hakiki keluarga Datuk Izzuddin. 


Eriyza : Rasanya dah malas nak sambung e-novel ini lagi. Idea sudah kering lagi kontang. Ada orang nak tolong bagi idea tak??

21 comments

Unknown July 3, 2013 at 4:23 PM

alaaa...sambung la lagi
cite tgh syok nie
smbg plak konflik hasya ngan izz then si thariq kacau daun
plus izz luah perasaan ... c'mon writer jgn putus idea okessss ^.*

Unknown July 3, 2013 at 4:26 PM

@yoo zara:silap plak..hehehe thaqif ***

Anonymous

ala... citer tgh best ni... sambung la.. nk baca kisah cinta hasya dgn izz.. :) (pandangan penuh mengharap^^)

nursya

Ala writer xkn da give up kot..ktorg still tggu ape si thaqif nk wat nk dptkn hasya & ape jd biler dia tau hasya tu sbnrnya wife si izz...huhuhu..

Anonymous

Ok harap konflik kuarga dh abis so next bole tumpukn pada izz n hasya ye. Chayok!

hidayah

nak hasya ngan izz ad anak..tp wat la diaorg cm cmburu ke apa...

jayda July 3, 2013 at 11:08 PM

noooo..... jgn le stop. best citer nih.
Lps ni, fokus kt citer izz n hasya je la... kes thaqif pon x settle lg..

Jgn give up ye... GO GO Fighting!!

Unknown July 3, 2013 at 11:09 PM

ala dek writer jgn lh lagu tuh...sedeh lh..nk lh huru hara kn ati izz tuh bila hasya kena intip ngan jejaka hot...wat lh hasya pregnant,usah lh tergantung cam nih dek...nk g lh....hehe pleaseeeeeee....wat lh kisah bahgia izz dn hasya cik writer....

Kak Sue July 4, 2013 at 8:43 AM

Janganlah patah semangat ... terus habiskan cerita ni...
Huraikan dan selesaikan masalah kelurga ni satu-satu baru besttt...
bagi masalah Hasya dan Izz selesai dgn bahagia... kurangkan ego izz yg tinggi tu ... boleh terima Hasya sepenuh hati jangan ada salah faham yg buat Sya makan hati lagi....

Unknown July 4, 2013 at 3:49 PM

BEST NAK LAGI BOLEH.

Riena July 5, 2013 at 11:17 PM

ala kakkkkk...jgn la ngalah..
ramai y minat cter nie.. sambung lagi & lagi ya kak?heheh...ramai y sokong akak nie..

urmmm..ape kata akak wt part izz mula berfikir tuk dok umh sdri..N mase tu boleh wt tentang cter izz & hasya yang penuh ngn asam garam rumahtangga..bila dok umh sendiri nanti, boleh la merapatkan lg hubungan izz & hasya tu kak..
xpon part hasya keje ke..buat izz jeles bila izz dpt tau ramai y suka pada hasya..
pastu wt part yad & lia nk tambah ahli keluarga baru ke..atau Datuk Izzuddin & Datin Faridah merancang majlis tuk yad & lia ke..
part last izz & hasya dpt baby...hehehe...

ape2 pon, harap kak eriyza xputus asa...insyaAllah..nanti2 mst akak dpt ilham tuk smbung cter nie...tp jgn lame2 sgt..heheh..sbb ramai y ternanti2 nie

Eriyza July 18, 2013 at 10:16 PM

@yoo zara:
Sabar ye.

Eriyza July 18, 2013 at 10:17 PM

@Anonymous:
Tengah kumpul idea.

Eriyza July 18, 2013 at 10:17 PM

@nursya:
Yelah, bagi masa skey ye. :)

Eriyza July 18, 2013 at 10:17 PM

@Anonymous:
Orait.

Eriyza July 18, 2013 at 10:18 PM

@hidayah:
Anak kembar okey tak?? :p

Eriyza July 18, 2013 at 10:18 PM

@jayda:
Memang tengah fighting ni...

Eriyza July 18, 2013 at 10:19 PM

@norihan mohd yusof:
Okey kak.

Eriyza July 18, 2013 at 10:19 PM

@Kak Sue:
Aha, Izz ego sangat.

Eriyza July 18, 2013 at 10:19 PM

@baby mio:
Sabar k!

Eriyza July 18, 2013 at 10:20 PM

@Riena:
Bleh lantik Riena jadi PA ni.
Hehehe! :D

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi membaca novel ini.
Sebarang komentar dari anda amatlah penulis hargai.