Yes,
I Love You – Bab 40
Rancangan
dokumentari National Geographic
bertajuk Situation Critical Taliban
Uprising menghiasi skrin televisyen. Dua pasang mata ralit menonton
perjuangan anggota Taliban menentang Northern Alliances. Apabila keadaan
semakin meruncing, pejuang Taliban bersetuju untuk menyerah diri kepada
Northern Alliances pimpinan Jeneral Abdul Rashid Dostum. Malangnya episod
penahanan tersebut berakhir dengan pemberontakan di dalam penjara. Natijahnya,
ramai tentera dan pejuang dari kedua-dua belah pihak terbunuh.
“Yad,
cuba kau tengok muka pejuang Taliban berbaju hitam tu. Tiga dari kanan.” Jari
dituding pada skrin televisyen plasma LG 50 inci.
Izzdiyad
mencari lelaki berbaju hitam di kaca televisyen. “Kenapa? Kau kenal ke?”
Izzdiyad
suka bergurau, tidak kira hal itu serius atau biasa. Kadangkala, Izz malas
hendak berborak dengan abangnya. Ada saja gurauan yang bakal terbit dari
mulutnya.
“Yaddd...
aku serius ni! Muka dia macam lain sikitlah. Kau perasan tak?” Izz mencerlung.
Izzdiyad
ketawa kecil. “Alah Izz... takkan gurau pun tak boleh? Aku nampak muka dia
biasa je. Apa yang lainnya?”
“Cuba
kau perhati elok-elok. Muka dia macam mat salleh. Jauh beza dengan muka pejuang
taliban lain yang kebanyakannya warga Pakistan atau Arab.”
Sekali
lagi Izzdiyad cuba mencari kelainan pada wajah lelaki tersebut. Kali ini
paparan di televisyen memfokuskan gambar pejuang Taliban yang lebih ramai.
“Alamak,
gambar dia kecik pulak. Makin laa aku tak nampak.” Agak sukar untuk Izzdiyad
melihat perbezaan antara lelaki itu dengan rakan pejuangnya yang lain.
“Aku
rasa dia bukan orang Afghanistan. Mungkin mat salleh tapi convert to islam... lepas tu, dia join Taliban.” Izz masih yakin dengan pendapatnya.
“Manalah
ada mat salleh nak pergi ikut Taliban? Bukankah dorang dilabelkan sebagai
pengganas oleh puak barat?”
Seketika
kemudian, tertera nama pejuang Taliban yang telah mereka bualkan. Bulat mata
Izzdiyad memandang nama lelaki itu. Izz disebelahnya dikerling sekilas.
“Haa...tu
pun nama dia! John Phillip Walker Lindh.”
Izz ketawa kecil. “Betul tak apa yang aku cakap tadi?”
Izzdiyad
tarik muka masam. “Dah berjambang macam tu, muka pulak comot. Tentulah payah
nak kenal. Alah, kebetulan je tekaan kau tepat.”
Izzdiyad
masih belum mahu kalah. Kata-kata adiknya masih lagi disanggah. Izz semakin
galak ketawa. Wajah Izzdiyad ketara masamnya.
Mak
Bee masuk ke ruang tamu. Adik beradik itu masih lagi tidak berganjak dari sofa
walaupun sebentar tadi mereka bertekak tentang identiti salah seorang pejuang
taliban.
“Yad...
Izz... maaf ye sebab Mak Bee kacau kamu tengok tv.”
Kedua-dua
lelaki itu berpaling serentak ke arah Mak Bee.
“Takpe.
Ada apa Mak Bee?” Soal Izz.
“Datuk
suruh kamu berdua ke ruang tamu di tingkat atas. Sekarang jugak.”
“Okey.
Terima kasih Mak Bee.” Izzdiyad tersenyum nipis.
Mak
Bee kembali ke dapur, menyiapkan kerja yang masih ada. Izz mencapai remote control televisyen lalu butang off ditekan. Dia mengekori Izzdiyad ke
tingkat atas.
Di
tingkat atas, Datuk Izzuddin dan Datin Faridah duduk bersebelahan. Wajah mereka
nampak serius. Sekelumit pun tiada senyuman di bibir. Hasya dan Natalia turut
kelihatan di situ.
Izzdiyad
membongkokkan sedikit badannya ketika lalu di hadapan ibu bapanya. Izz juga
melakukan perkara yang sama. Hasya beralih ke sofa lain, memberi peluang kepada
Izzdiyad duduk di sebelah Natalia.
Suasana
senyap sunyi beberapa minit. Empat pasang mata ditala pada papa dan mama.
Mereka menunggu dengan sabar apa sahaja bicara yang bakal diucapkan oleh
kedua-duanya. Datuk Izzuddin memandang wajah anak-anak dan menantu-menantunya
silih berganti. Dia membetulkan duduknya sebelum menutur ayat.
Datuk
Izzuddin berdehem beberapa kali untuk memastikan suaranya tidak tenggelam
timbul apabila bercakap nanti.
“Kamu
tahu apa tujuan papa panggil kamu semua?”
Izzdiyad
pandang Natalia. Izz berpaling ke arah Hasya. Kemudian, mereka saling
berpandangan sesama sendiri. Akhirnya kesemua mereka menggelengkan kepala. Terjawab
sudah soalan Datuk Izzuddin. Datin Faridah sekadar tersenyum melihat gelagat
pemuda pemudi di hadapannya.
“Malam
ni... papa nak buat perhitungan.” Serius air muka Datuk Izzuddin.
“Perhitungan?”
Serentak Izzdiyad dan Hasya bersuara.
Izzdiyad
berdebar-debar. Natalia sudah berpeluh. Hasya sabar menunggu hal yang
sebenarnya dibongkar. Macam mana dengan Izz? Izz cuma buat muka tidak beriak
walhal hatinya melonjak-lonjak ingin tahu.
“Dengar
baik-baik apa yang papa hendak cakap.” Datuk Izzuddin bangun dari sofa Itali
yang empuk. “Mulai minggu depan, papa mahu kamu berdua keluar dari rumah ni.”
Jari dituding tepat ke arah Izzdiyad dan Natalia.
“Papaaa....”
Tersentak Izzdiyad dengan arahan itu. Kali pertama dihalau keluar, dia hanya
sendirian. Tapi buat kali kedua ini, dia dihalau bersama isteri dan anaknya.
“Diammm...!”
Tengking Datuk Izzuddin.
Akhirnya
Izzdiyad membisu, sepatah kata pun tidak terucap. Dia tidak menyangka inilah
penghujung bagi sebuah perhubungan antara ibu bapa dan anak. Keputusan akhir
yang sangat digeruni oleh Izzdiyad berlaku juga. Natalia disisinya sudah
merembes air mata. Sikap tidak peduli Datuk Izzuddin selama ini disangka
pengakhiran pada kemarahannya. Rupa-rupanya di dalam diam lelaki itu masih
menyimpan dendam.
“Papa,
kenapa papa buat macam ni?! Tak cukup lagikah keikhlasan yang mereka tunjukkan?!”
Suara Izz lebih tinggi daripada suara papanya. Izz sudah bangun dari kerusinya.
Menyirap
darah Datuk Izzuddin mendengar suara anak bongsunya itu. “Izzdihar! Kamu jangan
menyampuk!”
“Tidak!
Kali ini Izz nak bercakap...”
“Izz!
Jangan biadap dengan papa!” Datin Faridah ikut masuk campur. Dia tidak suka Izz
berkelakuan sedemikian terhadap suaminya.
Jerkahan
mamanya membuatkan Izz tutup mulut. Dia tidak jadi hendak berdebat dengan
papanya. Namun, di hatinya berbuku perasaan geram. Dia kembali duduk di tempat
asalnya. Hasya dikerling. Gadis itu hanya tunduk memandang ambal. Mungkin tidak
berani melontarkan pandangan di dalam keadaan gawat seperti itu.
Pandangannya
dialihkan pula kepada Izzdiyad. Lelaki itu masih lagi kelihatan bingung. Bola
matanya ditala pula kepada Natalia. Kakak iparnya masih lagi menangis. Jelas
kelihatan mutiara jernih itu menuruni pipinya. Bukan sedikit simpati yang
membusut di hati Izz. Malangnya dia tidak punya kuasa untuk bersuara.
Datuk
Izzuddin berjalan mundar mandir di hadapan semua orang. Menanti reaksi Izzdiyad
tetapi di dalam masa yang sama dia sayu melihat keadaan sebak Natalia. Datin
Faridah menyokong tindakan suaminya kerana dia tahu ada kebaikan terselindung
di sebalik setiap tindakan yang diambil si suami.
Izzdiyad
mengeluh. Dia teringatkan adegan pertempuran pejuang Taliban dan Northern
Alliances yang baru ditontoninya sebentar tadi. Adakah perbuatannya ‘menyerah
diri’ kepada papanya di dalam usaha untuk ‘berdamai’ hanyalah sia-sia? Setelah
‘mengangkat senjata’ sebagai tanda menyerah kalah, akhirnya dia tetap terkena ‘tembakan
AK-47’ lalu terkorban.
“Izzdiyad...!
Kamu faham tak?!” Keras suara Datuk Izzuddin.
Izzdiyad
mengangkat muka, mencari mata papanya. Namun, renungan tajam itu tidak berani
dibalas lama. Akhirnya dia meraup muka sebelum bersuara perlahan. “Faham.”
Pada
anggapan Izzdiyad, segala pujuk rayu sudah tiada gunanya. Setelah beberapa
bulan tinggal di rumah agam itu, mereka gagal melembutkan hati papa dan mama
agar menerima mereka sebagai sebahagian dari penghuninya.
Oleh
sebab itu, dia akan membawa keluarganya ke tempat lain jika itu kemahuan
papanya. Melihatkan Natalia yang belum kering air matanya, Izzdiyad menjadi
semakin pilu. Kolam matanya turut bergenang air cuma belum melimpah. Dia gagal
membuktikan kepada isterinya bahawa dia mampu menyimpulkan semula ikatan
kekeluargaan yang telah longgar. Dia malu mengenangkan janji-janjinya menjadi
palsu.
Izzdiyad
menghampiri papanya. “Papa, Yad akan bawa keluarga Yad dari sini tapi ampunkanlah
kami bertiga. Halalkanlah makan minum kami.”
Datuk
Izzuddin tidak menjawab. Melihatkan bapanya bersikap sedemikian, Izzdiyad
beralih pula kepada mamanya.
“Mama,
ampunkan Yad, ye?? Halalkan susu yang mama beri pada Yad.” Suara Izzdiyad
tersekat-sekat, terlalu pilu hatinya mahu menuturkan permohonan maaf itu.
Datin
Faridah memalingkan mukanya, tidak sanggup berhadapan dengan wajah sugul
Izzdiyad. Dia menahan air matanya dari gugur.
“Kemas
pakaian kamu dan bawa balik keluarga kamu ke Brunei. Papa bagi kamu masa untuk
selesaikan semua urusan di sana. Selepas itu, kamu kena balik semula ke sini.
Kamu kena menetap di sini sebab papa mahu kamu uruskan syarikat macam dulu.”
Senyuman mekar terukir di bibir Datuk Izzuddin.
Datin
Faridah turut tersenyum. Senyuman bahagia seorang ibu. Izz seperti tidak
percaya papanya boleh berlakon sebaik itu. Hasya menghela nafas lega dengan
khabar yang didengarinya. Izzdiyad sudah menumpahkan air mata gembira. Natalia
pula sudah kedengaran esak tangisnya.
“Papa...
papa maafkan kami?” Soal Izzdiyad, masih waswas dengan kebenaran kata-kata
Datuk Izzuddin.
“Yad,
papa maafkan kamu dan Natalia.”
“Betul
ni papa?” Tanyanya lagi, kurang percaya dengan pengakuan papanya.
“Bukan
papa saja, mama pun dah maafkan kamu berdua.” Tambah Datuk Izzuddin.
Datin
Faridah menggangguk tanda membenarkan percakapan suaminya.
“Alhamdulillah.
Terima kasih papa. Terima kasih mama.” Izzdiyad memeluk erat Datuk Izzuddin dan
Datin Faridah. Tanpa segan silu, dia menangis di dalam pelukan papa dan
mamanya.
Datin
Faridah menggamit Natalia ke arahnya. Gadis itu melangkah laju ke dalam pelukan
ibu mentuanya. Akhirnya, empat beranak itu saling berpelukan dan esak tangis
semakin jelas kedengaran.
Izz
mengesat air mata Hasya yang sudah mengalir keluar dari takungannya. Hasya yang
semakin sedih dengan adegan yang ditontonnya, memeluk Izz lalu meneruskan
tangisannya di dalam pelukan suaminya.
Izz
bersyukur ke hadrat Ilahi dengan limpah kurniaNya ke atas keluarga ini. Hasya
tidak putus-putus berdoa di dalam hati agar kebahagiaan menjadi milik hakiki keluarga
Datuk Izzuddin.
Eriyza : Rasanya dah malas nak sambung e-novel ini lagi. Idea sudah kering lagi kontang. Ada orang nak tolong bagi idea tak??
21 comments
alaaa...sambung la lagi
cite tgh syok nie
smbg plak konflik hasya ngan izz then si thariq kacau daun
plus izz luah perasaan ... c'mon writer jgn putus idea okessss ^.*
@yoo zara:silap plak..hehehe thaqif ***
ala... citer tgh best ni... sambung la.. nk baca kisah cinta hasya dgn izz.. :) (pandangan penuh mengharap^^)
Ala writer xkn da give up kot..ktorg still tggu ape si thaqif nk wat nk dptkn hasya & ape jd biler dia tau hasya tu sbnrnya wife si izz...huhuhu..
Ok harap konflik kuarga dh abis so next bole tumpukn pada izz n hasya ye. Chayok!
nak hasya ngan izz ad anak..tp wat la diaorg cm cmburu ke apa...
noooo..... jgn le stop. best citer nih.
Lps ni, fokus kt citer izz n hasya je la... kes thaqif pon x settle lg..
Jgn give up ye... GO GO Fighting!!
ala dek writer jgn lh lagu tuh...sedeh lh..nk lh huru hara kn ati izz tuh bila hasya kena intip ngan jejaka hot...wat lh hasya pregnant,usah lh tergantung cam nih dek...nk g lh....hehe pleaseeeeeee....wat lh kisah bahgia izz dn hasya cik writer....
Janganlah patah semangat ... terus habiskan cerita ni...
Huraikan dan selesaikan masalah kelurga ni satu-satu baru besttt...
bagi masalah Hasya dan Izz selesai dgn bahagia... kurangkan ego izz yg tinggi tu ... boleh terima Hasya sepenuh hati jangan ada salah faham yg buat Sya makan hati lagi....
BEST NAK LAGI BOLEH.
ala kakkkkk...jgn la ngalah..
ramai y minat cter nie.. sambung lagi & lagi ya kak?heheh...ramai y sokong akak nie..
urmmm..ape kata akak wt part izz mula berfikir tuk dok umh sdri..N mase tu boleh wt tentang cter izz & hasya yang penuh ngn asam garam rumahtangga..bila dok umh sendiri nanti, boleh la merapatkan lg hubungan izz & hasya tu kak..
xpon part hasya keje ke..buat izz jeles bila izz dpt tau ramai y suka pada hasya..
pastu wt part yad & lia nk tambah ahli keluarga baru ke..atau Datuk Izzuddin & Datin Faridah merancang majlis tuk yad & lia ke..
part last izz & hasya dpt baby...hehehe...
ape2 pon, harap kak eriyza xputus asa...insyaAllah..nanti2 mst akak dpt ilham tuk smbung cter nie...tp jgn lame2 sgt..heheh..sbb ramai y ternanti2 nie
@yoo zara:
Sabar ye.
@Anonymous:
Tengah kumpul idea.
@nursya:
Yelah, bagi masa skey ye. :)
@Anonymous:
Orait.
@hidayah:
Anak kembar okey tak?? :p
@jayda:
Memang tengah fighting ni...
@norihan mohd yusof:
Okey kak.
@Kak Sue:
Aha, Izz ego sangat.
@baby mio:
Sabar k!
@Riena:
Bleh lantik Riena jadi PA ni.
Hehehe! :D
Post a Comment
Terima kasih kerana sudi membaca novel ini.
Sebarang komentar dari anda amatlah penulis hargai.