5/06/2010

Yes, I Love You 15

Yes, I Love You – Bab 15

Pandangan dilontar jauh ke tengah laut. Sekumpulan camar terbang bebas di awan. Alangkah bagusnya kalau manusia juga boleh hidup sebebas itu. Namun, manusia akan lupa diri jika terlalu bebas tanpa pengawasan. Dia segera menafikan kata hatinya yang inginkan kebebasan luar biasa. Ombak laut setia menghempas pantai seperti mana pantai tidak pernah jemu menerima kehadiran sang ombak di hamparan dadanya.

Tidak seperti manusia, hatinya sering berbolak-balik. Jika semalam cinta diungkap, tidak mustahil hari ini benci diucap. Dia berjalan ke arah sebuah pohon ru yang rendang. Punggungnya dilabuhkan di atas banir pokok ru.

“Hai, mengelamun nampak.” Tegur satu suara. Sebotol air oren Twister dihulurkan.

“Kau ni pergi beli air ke buat air?” Twister bertukar tangan. Penutupnya dibuka lantas diteguk laju. “Ahhh...! Legaaa...”

“Kedai tu ramai orang. Kena laa ikut giliran.”

“Buat apa kau berdiri macam mannequin? Duduklah...” Dia rimas melihat wanita itu berdiri bagai patung di butik pakaian.

“Abang selalu datang sini?” Hasya mengambil tempat di hadapan Izz. Plastik berisi jajan diletakkan ke tepi.

“Adalah sekali dua.” Twisties perisa kari diambil dari plastik. Bungkusannya dibuka. “Sya, aku nak bawak kau jumpa abang aku.”

“Abang Yad? Serius?” Hasya teruja. Matanya bersinar. Memang dia teringin bertemu abang iparnya itu.

“Kau nampak aku main-main ke?” Izz menunjal perlahan dahi Hasya dengan jari telunjuk kirinya.

“Taklah. Bila kita nak pergi?” Twisties disumbat ke dalam mulut.

“Dah sampai pun.” Izz tersengih. Tak sabar-sabar pula Hasya.

“Hah? Mana dia?” Hasya melihat kiri dan kanan mencari susuk Izzdiyad walaupun rupa lelaki itu tidak diketahuinya.

“Kat sana.” Jari telunjuk kirinya dituding pada deretan chalet yang kelihatan tidak jauh dari pantai.

“Jomlah kita pergi.” Hasya sudah bangun.

“Aku janji dengan dia petanglah, bukan sekarang.” Dia menunjukkan jarum jam tangannya yang baru menginjak ke pukul 10.11 minit pagi. Izz ketawa kecil melihat reaksi Hasya yang semakin tidak sabar.

“Pulak. Habis tu kita nak buat apa kat sini?” Hasya membuka penutup air mineralnya. Belum pun sempat dia minum, Izz merampas airnya. “Abannggg...”

“Dating.” Dia tersenyum nakal. Air mineral Hasya diteguk separuh sebelum dipulangkan semula.

“Aku dahagalah.” Not RM10 dikeluarkan dari poket seluar. “Nah!”

Hasya kebingungan. “Duit apa ni?” Takkan Izz nak membayar air mineral yang diminumnya?

“Matawang Hong Kong.” Izz tersengih. Hasya mencebik. “Pergi beli air lain.”

“Tak naklah. Air ni dah cukup untuk Sya.” Dia malas hendak ke kedai itu sekali lagi.

“Bukan untuk kau, untuk aku. Pergilah cepat.” Tegas suara Izz.

“Yelah, yelah.” Hasya bangun lalu melangkah.

“Syaaa...” Hasya berhenti melangkah dan berpaling. “Beli air dua.”

“Okey.”

“Syaaa...” Hasya berhenti melangkah dan berpaling sekali lagi. “Beli Twisties satu lagi.”

“Beres.”

“Syaaa...” Izz memanggil lagi buat kali ketiga.

Hasya sudah geram. Dia berhenti melangkah tetapi tidak berpaling. “Apa lagi?” Barulah dia berpaling.

Izz membuat flying kiss untuknya. Kemudian dia ketawa. Suka benar dia melihat muka tidak puas hati Hasya. Comel.

**********

“What? You must be joking, right?” Sungguh dia tidak percaya ayat itu terbit dari mulut adiknya sendiri.

“No! I’m serious! That is the only best way to win back their heart.”

“Izz, listen to me. This is ridiculous.” Bahu Izz digoncang kuat. Dia cuba menyedarkan Izz bercakap tidak semudah untuk melakukannya.

“I’m still serious about it. Not just talk. You got to take the risk.” Kali ini Izz pula yang memegang tangan Izzdiyad. Kuat dan kemas semacam memberi semangat.

“How come kami nak tinggal kat rumah? Kau pun tahu papa mama masih marah.”

“Trust me. It is worth it to adopt it.”

Izzdiyad terduduk di kerusi. Kedua-dua tangannya memegang kepala sambil tunduk memandang lantai.

Hasya dan Natalia hanya memerhatikan perbincangan kedua adik-beradik itu. Tidak mahu masuk campur urusan suami mereka. Biarlah mereka sahaja yang mencari jalan penyelesaian terbaik. Mereka cuma berharap kekusutan yang sekian lama melanda keluarga itu kembali terurai. Jika boleh biarlah ia tidak tersimpul lagi kerana banyak jiwa yang merana akibat konflik sebegitu.

“Nat...” Izz membuat isyarat mata mengarahkan Natalia memujuk suaminya. Izz berjalan ke jendela. Angin yang menderu masuk dinikmatinya. Seketika, dia berpaling semula ke arah Izzdiyad yang masih tunduk. Natalia duduk di sisi suaminya sambil mengenggam erat kedua-dua tangan suaminya.

“Yad...” Izz menarik nafas lalu dilepaskan perlahan. “Kita balik rumah ye?”

Izzdiyad menggeleng perlahan. Dia mengangkat mukanya. Genggaman tangan Natalia dilepaskan. “I’m so sorry Izz. Aku anak terbuang. Muka aku pun dorang tak ingin pandang.” Ada nada sayu di situ.

“Takkan kau tak nak anak kau kenal atuk dengan nenek dia? Takkan kau tak boleh hadapi semua ni? Come on Yad, beranilah sikit.” Suara Izz sedikit tinggi. Dia sudah mula naik angin.

“Aku sanggup balik minta maaf tapi aku tak sanggup nak tinggal dalam rumah tu.” Perlahan jawapan yang dikeluarkan.

“Sejak bila kau jadi penakut? Sejak bila kau...” Hasya segera merapati Izz. Dia membuat isyarat mata agar Izz tidak meneruskan kata-kata yang boleh menikam perasaan Izzdiyad.

Izz diam. Dia berhenti berbicara. Dia sedar kata-katanya agak keras. Dia tidak sepatutnya berkasar.

Hasya melemparkan senyuman kepada Izz. Senyuman itu lebih kepada ucapan terima kasih kerana Izz mematuhi bahasa matanya tadi.

Hasya berjalan tujuh tapak ke arah suami isteri itu. “Abang Yad, Kak Nat...” Hasya tersenyum kepada mereka. “Kalau belum bersedia, tak perlu paksa diri. Tapi Sya percaya papa mama pun teringin nak bertemu cucu sendiri. Abang dengan kakak takkan hampakan dorangkan?”

25 comments

KNizam May 16, 2010 at 4:21 AM

wahhhhh cool la novel ni. boleh lawan lagenda budak setan ni hehe :)

Haritzer May 21, 2010 at 9:08 PM

layan ni

bidadari cinta May 23, 2010 at 5:31 PM

mm..citer yg sgt menarik.
x sbr nak tau next n3..
mst hasya yg akn tlong satukan keluarga izz kann??

Anonymous

novel yg menarik, ada rempah ratusnya, lucu buat org ketawa, sedih buat org menangis,tegang dan rahsia buat org ingin tahu.......keep up the good work..... nak sambungannya.....

iKa eStElle June 12, 2010 at 3:02 AM

nak bce smbungn nye..cpt la..
x saba ny..hee~

Hafia Hana June 12, 2010 at 4:13 PM

huhuhuh

best sgt
cpt smbung ea

Blogger June 14, 2010 at 1:25 AM

Aku baca bab ni dulu..kalau ada masa aku run bab yang lain..

Anwar Osman @ Computer Technicians June 25, 2010 at 5:10 PM

Perghh... ada bakat nie beb. X sesia aku membaca.. Bila nak tulis buku

areyou July 20, 2010 at 10:45 AM

nk sambungan!!!!!!!

Wild Cherry July 24, 2010 at 1:02 PM

Sambung la cepat... X sabar nak bace...

kakiNovel

akak,,,bl novel ni nk ade versi cetak plak???;-)

Ariena

xsabar nk tau kisah selanjut nye...
agak2 bile nk ada versi cetek ye??kalau ada kompem kene wt koleksi nie...

R'anS July 30, 2010 at 8:51 PM

ok sambung pat~~~ cepat2 sambung~~ tak sabar seh~~

CHAERRY August 8, 2010 at 6:24 PM

x sabar nyer nk bce bab yg seterusnyer....^^"

Ariena

masih xda sbungan nye..huhuhu..
xsabar2 nk tau sambungan nye nie..
cpat la sambung...

Anonymous

y,iLy 16 xde lagi kan???
agak2 ble bleh bace nih???
ade x kat pasaran???
nak beli...:)

Ariena

lame nye nk tggu y ke 16..
arap2 wt la y versi cetak..
nk beli..sbgai koleksi istimewa... (^^,)

suri88

nape xada sambungan nye lagi nie...
xsabar menunggu...
harap2 nanti akan ada cter nie d pasaran..

Anonymous

alooooo...napew xda smbongan die.....
nk bc yg seterusnye plk....
novel nie best sngat....
kalo cter nie diwat novel dan dipasar kan lg interest..
semua leh baca...

Eriyza October 29, 2010 at 1:43 PM

Terima kasih atas sokongan kalian.
Penulis masih mengutip idea² yg belum
jugak datang bertandang untuk menyudahkan
e-novel yg telah penulis mulakan ini.

p/s : Doakan agar penulis mampu menghabiskan
novel ini dengan izinNya. Thanx :)

sueella November 17, 2010 at 9:47 PM

eh.. sampai sini jek.. semoga akak dapat menghabiskan novel ni.. dgn jayanya.. :)
terima aksih atas novel yg best ni..

Eriyza November 18, 2010 at 12:20 AM

@sueella : Doakan ye. Mekaseh sbb sudi baca. :)

Anonymous

Jarang baca e-novel this good... bila nak ada sambungan ???

Riena

cter nie mmg xda sambungan nye ke?tergantung cam nie je ke...sbung la...

Eriyza July 17, 2011 at 3:46 PM

Penulis sangka org sudah mula melupai enovel ini kerana ianya sudah lama disiarkan dan tidak pula disambung.

Terima kasih kerana masih sudi menantikan enovel ini kembali ke gelanggang. Penulis akan berusaha membikin semula kisah Hasya dan Izzdihar yang belum usai.

Doakan ye! =)

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi membaca novel ini.
Sebarang komentar dari anda amatlah penulis hargai.