1/20/2013

Yes I Love You 33

Yes, I Love You – Bab 33



Tubuh dihempas ke katil. Rasa tidak sedap badan. Kepala pula berdenyut-denyut. Perut lapar tetapi tiada selera untuk makan. Dia terbaring lesu di situ. Matanya dipejam rapat. Cuba untuk tidur namun gagal. Dahi dipicit perlahan dengan tangan kiri.

Tombol pintu bilik dipulas. Hasya hairan melihat suaminya terbaring di atas katil tanpa menyalin pakaian pejabatnya. Kebiasaannya, Izz akan mandi sebaik pulang dari pejabat. Letih sangat agaknya. Hasya mendekati suaminya. 

Hasya membuka stokin Crocodile yang masih tersarung di kaki Izz. Tali leher berwarna ungu berbelang hitam dan putih berjenama Giorgio Armani suaminya dilonggarkan lalu ditarik perlahan. Izz membuka matanya apabila menyedari ada sesuatu sedang bergerak di lehernya. Pandangannya terarah kepada Hasya. 

“Kau buat apa ni?” Tangan Hasya ditepis. 

Dia tidak mahu diganggu ketika dia tidak sihat. Rasa seperti mahu marah orang sahaja jika ada yang mengacaunya ketika itu.

“Tanggalkan necktie. Kenapa abang tidur dengan baju pejabat? Stokin pun tak tanggal?” Hasya tetap tersenyum walaupun lelaki itu bersuara tinggi.

“Badan aku rasa seram sejuk. Kepala pun pening.” Izz memicit pelipisnya dengan kedua-dua belah tangan. 

Jari jemarinya terus di bawa ke dahi Izz, kemudian berlari pula ke leher suaminya. Suhu badan Izz agak panas. “Abang demam ni.” 

Tanpa disuruh, Hasya memicit-micit pelipis suaminya perlahan. Lelaki itu memejamkan matanya rapat, terasa sedikit lega apabila jari jemari isterinya menjamah lembut pelipisnya.

“Agaknya laa. Tengah hari tadi aku redah hujan.” Selepas makan dengan klien di Restoran Nila Utama, hujan turun dengan lebat. Izz terpaksa berlari di dalam hujan untuk ke tempat parkir keretanya kerana dia perlu bergegas ke pejabat. Satu mesyuarat penting perlu dihadiri. 

Hasya melurutkan comforter separas dada yang Izz gunakan untuk menutup tubuhnya sehingga ke hujung kaki. 

“Sya, aku sejuk ni. Kenapa kau tarik comforter tu?” Izz merengek. Sedikit berkecil hati dengan tindakan isterinya.

“Kalau nak cepat baik, abang tak boleh berselimut. Nanti haba dalam badan tak boleh keluar.” Hasya simpati melihatkan Izz yang menggigil tetapi dia perlu bertegas agar Izz cepat sembuh.

Hasya mengambil sehelai tuala kecil yang bersih dari laci almari bajunya lalu dibasahkan dengan air. Tuala itu diletakkan ke atas dahi Izz. 

“Sya... aku rasa nak muntah.” Susah payah Izz cuba bangun.

“Sekejap, Sya ambilkan baldi.” Hasya pantas berlari ke bilik air. Sebaik sahaja dia sampai di sisi Izz, lelaki itu terus memuntahkan isi perutnya. Habis lencun baju Hasya. Cadar turut terkena sama. 

“Sya... nak muntah.” Uwekkk! Sekali lagi Izz menghamburkan isi perutnya. Mee kari dan horlicks ais yang ditelan siang tadi terkeluar semuanya. Kali ini Hasya sempat menadahnya dengan baldi. 


“Ada rasa nak muntah lagi?” Belakang badan Izz digosok-gosok lembut.

Izz menggeleng perlahan. Dia berasa lega setelah semua isi perutnya dikeluarkan. 

“Kumur.” Hasya memberikan segelas air masak. Izz berkumur sebelum meluahkannya kembali ke dalam baldi. Terasa hilang sedikit rasa payau di tekak.

“Sya... maaf..” Lemah sahaja Izz bersuara.

“Takpe, Sya tahu abang tak sengaja.” Senyum dikupas.

Izz berbaring di atas settee sementara Hasya menukar pakaian dan cadar. Setelah selesai semuanya, Hasya membantu Izz naik ke katil. Tuala dibasahkan semula dan diletakkan di atas dahi Izz.

“Abang berehatlah dulu. Sya nak buat bubur nasi.” 

Izz cuma senyum nipis. Kelopak matanya sudah semakin berat. Dia tidak mampu bertahan lagi. Dia sendiri tidak sedar bila dia terlena.

“Abang...” Hasya mengejutkan suaminya perlahan. 

Izz menggosok-gosokkan matanya. Kepalanya masih sakit tetapi tidak sekuat tadi. Dia tidak pasti berapa lama dia tidur.

“Makan sikit.” Isterinya membawa semangkuk bubur nasi. Segelas milo suam diletakkan di atas meja kecil katil. 

Izz menggeleng. “Takde selera. Tekak pahit.”


“Tadikan abang muntah. Mana boleh biarkan perut tu kosong. Makanlah sikit... kang sakit perut, susah pulak.” Sehabis lembut Hasya memujuk.
 
“Hmmm... yelah.” Izz bangun perlahan-lahan. Dia bersandar di kepala katil. 

Hasya duduk di birai katil. Dia menemani Izz makan bubur nasi yang cuma berlaukkan ikan kembung goreng yang telah dihancurkan dan kicap manis. Cara yang sama selalu dilakukan oleh ibunya ketika dia demam.

Lima suap disudu, Izz menghulurkan mangkuk kepada Hasya. Dia betul-betul tiada selera hendak menelan bubur nasi itu. Milo yang telah suam disuakan kepadanya, hanya dua teguk dihirup dan dia menggeleng. 

Hasya mengambil sebesen air. Daun-daun bunga raya yang ditanam di halaman rumah telah dipetik ketika dia menunggu bubur nasi masak. Daun-daun bunga raya diramas di dalam besen itu sehingga mengeluarkan lendir. Izz sekadar memerhatikan perbuatan isterinya.

“Abang.. Sya jaram kepala, ye.”  

Izz tidak menjawab, dia sekadar mengangguk.

Kepala Izz diletakkan di atas ribanya. Hasya menceduk air ramasan bunga raya dengan jari jemarinya lalu dititik sedikit demi sedikit di atas rambut Izz. Dia mengusap-usap rambut Izz agar air itu rata. Berulangkali cara itu dilakukan.

Tuala di dahi Izz dialihkan. Dia merasa suhu di situ. Masih panas tetapi tidak sepanas tadi. Tuala tersebut dibasahkan lagi dan diletakkan semula ke atas dahi Izz. Lebihan air ramasan bunga raya disapukan pula ke tubuh Izz beberapa kali supaya tidak membazir.

Hasya terus setia menunggu di sisi Izz sehingga suaminya tidur semula. Kemudian, dia membawa dulang berisi bubur dan milo ke dapur. Selepas itu, besen air bunga raya pula dicuci. Akhir sekali, dia ke bilik air membersihkan kesan muntah pada cadar dan bajunya sebelum direndam di dalam besen. 

Izz tersedar dari tidur kira-kira pukul 3.13 pagi. Kepalanya sudah tidak berdenyut lagi. Dia membuka matanya. Hanya cahaya lampu meja yang menerangi bilik. Dia tidak nampak Hasya, dia menggagau mencari susuk isterinya. 

Ke mana pula perginya Hasya? Belum tidur lagikah? Mungkinkah dia sedang solat tahajud? Persoalan itu bertali arus menghantui pemikirannya. Izz berasa tidak sedap hati selagi isterinya tidak ditemui.

“Sya... Sya...” Dia memanggil Hasya tetapi tiada sahutan.

Tuala di atas dahi dialihkan ke dalam besen kecil yang masih berada di atas meja di sebelah katil. Dia bangun. Sewaktu hendak menuruni katil, dia perasan ada sesuatu menghalang laluannya. Rupa-rupanya Hasya tidur di sisi katil sambil bertimpuh di ambal. 

“Sya...” Tangan Hasya digoncang perlahan. “Sya... bangun! Tidur atas katil.”

“Hmmm...” Hanya itu yang keluar dari mulut Hasya tetapi matanya tetap terpejam rapat. Mungkin keletihan melayan karenah Izz tadi.

Izz kasihan melihat isterinya tidur di dalam keadaan begitu. Dia mengumpul sisa tenaga yang ada lalu mencempung tubuh Hasya ke atas katil. Comforter ditarik hingga ke paras dada. Dahi isterinya dicium seketika sebelum dia berlalu ke bilik air.



Izz berdoa panjang usai menunaikan solat Isyak. Dia mengadu keluh kesahnya kepada Allah SWT. Dia mengharapkan tali pernikahannya dengan Hasya tetap utuh terikat sampai bila-bila. Doa dipanjangkan lagi agar rumahtangga mereka senantiasa berada di dalam rahmat Ilahi. Izz mengaminkan doanya sebelum menyidai sejadah di atas tempat yang sudah disediakan. 

Izz merangkak naik ke katil. Dia berhati-hati agar isterinya tidak terjaga.  Dia menarik comforter lalu tidur rapat di sisi isterinya.  Hasya yang tidur mengiring ke arahnya direnung lama. Wajah isterinya kelihatan sungguh menawan walaupun hanya disimbahi cahaya lampu yang sedikit. Rambut Hasya yang menutupi pipi dikuak perlahan. 

Pipi isterinya dielus-elus lembut dengan belakang jari jemarinya. Wajah putih bersih itu direnungnya lagi. Dia mengucup dahi Hasya lama sebelum beralih ke pipi isterinya. Kucupan di pipi isterinya juga lama. Izz merangkul pinggang Hasya. Dia mahu tidur lena dalam rimbunan kasih sayang isterinya. 

Sweet dreams... sayang. Abang sayang Sya.” Dia tersenyum senang. 

Kali pertama Izz memanggil Hasya sayang dan membahasakan dirinya sendiri sebagai abang. Tetapi ungkapan itu langsung tidak didengari Hasya yang begitu lena tidur. Rangkulan di pinggang isterinya dieratkan lagi. Sungguh dia merasa bertuah kerana dikurniakan isteri sebaik Hasya. 

Di dalam diam Izz merancang untuk memiliki keluarga yang besar. Dia mula memikirkan untuk mempunyai zuriat dengan Hasya. Setelah beberapa bulan hidup sebumbung dengan isterinya, dia mengkaji tingkah laku dan gerak-geri Hasya. Dia berpendapat Hasya berpotensi untuk mendidik anak-anaknya menjadi hamba Allah yang berjaya. Dia membayangkan masa depan yang lebih  baik untuk keluarganya.

“Sayang... abang akan bekerja lebih tekun untuk memastikan masa depan kita terjamin. Abang akan pastikan sayang dan anak-anak kita hidup selesa hasil titik peluh abang.” Kedengaran lagi janji-janji Izz di cuping telinga isterinya. 

Hasya masih nyenyak tidur di dalam rangkulan Izz. Dia sedikit pun tidak tahu suaminya sedang mengemudi harapan seluas lautan untuk melayarkan bahtera rumahtangga mereka ke pelabuhan bahagia. Izz memejamkan matanya rapat, berharap mimpi yang bertandang nanti adalah mimpi indah tentang dirinya dan Hasya. Demamnya sudah semakin surut tetapi jantungnya berdegup kencang saat kepala Hasya terlentok di atas dadanya. 
 


 Eriyza : Ramai orang membaca enovel ini tetapi tidak ramai yang sudi meluahkan buah fikiran. Terima kasih buat pembaca setia yang sentiasa memberi respon. Penamat bagaimanakah yang anda mahu??

27 comments

norihan mohd yusof January 20, 2013 at 1:45 PM

alahai...cam menusuk kat ati plak n3 kali nih..mane tk nyer syahdu jer bile izz bahasa kn diri abg n sya ngan sayang.terase betapa romantik nyer izz..nape tk izz terus kn jer panggilan cam tuh...semuge doa yg tulus dari hati izz pd yg maha ESA di makbul kn..agar punyai zuriat n jodoh yg berkekalan hingga ke hujung nyawa wat isteri yg dh mula bertapak di ruang hati izz...

norihan mohd yusof January 20, 2013 at 1:56 PM

salam dek Eriyza...akk berharap sangat agar ending nyer yg hepi2 ye...n asam garam dlm rumah tangga pasti ade konflik nyer...itu lh yg utuh kn rase di hati bile ade rase cemburu,marah,gaduh2 tu lh yg mematang kn perjalanan kebahgian wat izz n sya.kehadiran baby akn menguat kn lg ikatan izz n sya nih.so akk harap sngt sya akn ade baby gak...pape pn tq dek..best sngt novel u nih dek..setiase agak tunggu2 n3 baru dari u dek...

miss mine January 20, 2013 at 2:35 PM

end die nak hasya n izz ade ank2 yg comey..hihi

nina ali January 20, 2013 at 7:39 PM

Nk ending yg happy. ∩__∩ N crita ni hbis kt blog kn?

hk January 21, 2013 at 12:03 AM

of course la ending yg sweet dan manis :)

baby mio January 21, 2013 at 12:34 PM

BEST SANGAT-2.

nursya January 21, 2013 at 9:46 PM

Nk happy ending gak..
Sweet sgt izz & sya nie...

fazi syah January 22, 2013 at 4:23 AM

sedih laa..sya baik sangat..iz n sya..combination yg mantop..hehe..

Anonymous

Happy ending boring laa sis... kalo bleh twist laa sket... biar lain dari yg lain

Kak Sue January 22, 2013 at 1:08 PM

Sebenarnya Izz x berani lagi berterus terang dengan Sya lagi...
cuba tukar dulu panggilan untuk supaya sedap Sya mendengarnya...
berterus terang tentang rancangan Izz untuk kembangkan kelurga dengan Sya...

Riena January 24, 2013 at 9:46 AM

wahhh..sweet nye perancangan Izz..
kalau Sya dgr mst die terharu kn?
tp t mst ada dugaan sblum Izz meluahkan perasaan die y sebenar pada Sya kan?

Ramlan Bin Othman February 3, 2013 at 9:18 PM

jalan cerita dah cantik..tp bila akk nk smbg lg citer ni? dah lama tggguu

strawberry.chocolate81 February 5, 2013 at 5:26 PM

opkos la nak Hansya ngan Izz...n pastinya ade gelombang pasang surut la dlm rumahtanggakan...xkannya tenang n mendatar je...kalo mendatar x best la jugak tp ending dia mesti la diowang ni bahagia bersama...sengketa, dendam n amarh seme 2 terjawab sudah akhirnya. Izz nak anak2 ramaikan? haaaa kasi la ade twins jugak...mesti chomels...

Eriyza February 5, 2013 at 7:57 PM

@norihan mohd yusof:
Nak hepi ending ye??
Mana nk cekup idea ni?? ;)

Eriyza February 5, 2013 at 7:58 PM

@miss mine:
Owh! ("-")

Eriyza February 5, 2013 at 7:58 PM

@nina ali:
Tak tahu lg, mgkn akan dijual sendiri. :)

Eriyza February 5, 2013 at 7:59 PM

@hk:
Aha. :)

Eriyza February 5, 2013 at 7:59 PM

@baby mio:
Terima kasih.

Eriyza February 5, 2013 at 8:00 PM

@nursya:
Depa mmg sweet and sour gitu. :p

Eriyza February 5, 2013 at 8:01 PM

@fazi syah:
Pasangan yang saling melengkapi.

Eriyza February 5, 2013 at 8:02 PM

@Anonymous:
Awak nk sad ending ye??
Boleh je. :)

Eriyza February 5, 2013 at 8:03 PM

@Kak Sue:
Izz malu nk panggil sayang.
Hehehe! :p

Eriyza February 5, 2013 at 8:03 PM

@Ramlan Bin Othman:
Terima kasih sbb menunggu.

Eriyza February 5, 2013 at 8:05 PM

@strawberry.chocolate81:
Anak kembar?? Macam best bunyinya. :)

noorliyana Shamsuddin February 13, 2013 at 10:53 AM

As salam... blog yg baru akak jumpa sebab blog yg selalu akak singgah tak ada cite baru hahaha. ..

Cerita ni memang akak tunggu di P2u.... awak punya jgn cite memang ok sangat n kalau boleh tu cuba cite details sikit arrr plot plot antara Say n Izz jgn buat anti climate pulak...masuk akak tak tempat nak menghayati keadaan dia orang plot tu dah habis ..... maaf kalau akak salah....

Eriyza February 13, 2013 at 3:02 PM

@noorliyana Shamsuddin:
Pandangan akak tak salah cuma sy cuba 'lari' dari kebiasaan penulis lain. Terima kasih atas komen.

fazi syah February 25, 2013 at 6:36 AM

@Eriyza:
no..x mau sad ending..sweet x pe..hehe

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi membaca novel ini.
Sebarang komentar dari anda amatlah penulis hargai.