7/19/2013

Yes I Love You 42



Yes, I Love You – Bab 42

Dia menolak kerusi kerja ke belakang dengan kaki. Laju roda kerusi itu menjauhi meja kerjanya. Beberapa buah buku berkenaan perniagaan berselerak di atas meja kerjanya. Laptopnya masih terpasang tetapi percubaannya untuk mencipta banner syarikat menggunakan perisian Adobe Photoshop gagal. Dia menarik nafas panjang sebelum dihembus kuat.

Dia berfikir sejenak. Cuba mencari penyelesaian terbaik untuk menyiapkan kerjanya. Walaupun mencipta banner syarikat bukanlah tugasnya tetapi tiada salahnya jika dia mahu mencuba ilmu baru. Minggu lalu, dia sempat belajar menggunakan Adobe Photoshop daripada Zikri. Namun, pelajaran secara ringkas tidak banyak membantu.

Pintu bilik kerjanya diketuk. Dia yang sudah maklum akan ‘tetamu’ di luar membenarkan orang itu masuk.

“Minum dulu... bang.” Hasya menghulurkan mug yang berisi kopi kepada Izz. Seperti biasa, senyuman sentiasa bermain di bibirnya.

Izz menghidu seketika aroma kopi tersebut sebelum dihirup perlahan. 

Hasya meletakkan sepiring kuih siput serta segelas air masak di atas meja kecil di sebelah meja kerja Izz. Dia mengambil semula dulang sebelum keluar dari bilik tersebut. 

“Syaaa...”

Hasya berhenti memulas tombol pintu. Wajahnya dipalingkan sedikit ke arah Izz. “Abang nak apa-apa lagi?” 
“Jangan keluar dulu. Temankan aku.” Kaki Izz menunjal kerusi kerja mendekati meja kerjanya semula. 

Izz meletakkan mug di sebelah air masak. Kuih siput diambil lalu dicampak ke dalam mulutnya. Dia mengunyah laju. Matanya dipejam rapat, menikmati kelazatan kuih siput tersebut.

“Lembut... rangup.” Pujinya ikhlas. 

Hasya cuma tersenyum kecil. Dia sudah biasa mendengar pujian tentang ‘kuih siput’ buatannya. 

Segenggam lagi kuih siput diambil lalu dilontar ke dalam mulutnya. Izz menikmati setiap kunyahan dengan perasaan senang. “Kau belajar buat kuih ni dengan siapa? Emak?”

“Taklah. Belajar dengan Mak Cik Aminah... jiran sebelah rumah.”

“Aku pernah makan kuih siput yang keras. Silap haribulan... gigi boleh patah. Kuih siput kau ni lain... lemak dan sedap. Perfect...!” Izz menunjukkan tanda bagus dengan ibu jarinya.

Hasya cuma tersenyum. Dia menarik kerusi kosong lalu dilabuhkan punggungnya. Skrin laptop Izz diperhatikan. Perisian Adobe Photoshop masih terpasang. “Abang nak design apa ni?” 

“Cadangnya nak buat banner syarikat tapi... aku bukan pandai sangat guna Photoshop.” 

“Eh, kenapa pulak abang kena buat?!” Hasya menopang pipi kanannya dengan tangan kanan. Mata masih tidak lepas dari skrin laptop.

“Saja...! Aku nak belajar guna Photoshop. Lagi pun, Zikri pernah ajar aku... jadi... aku nak try laa buat sendiri. Malangnya... aku sangkut dekat step ketiga.” 

“Alah, apa susahnya? Abang carilah tutorialnya dalam Youtube. Mesti ada orang upload tutorial... terutamanya mat salleh.” Idea bernas dari Hasya.

“Aha...! Kenapalah aku tak terfikir dari tadi?” Izz ketawa kecil. Ketawa kerana menyedari kebodohan dirinya sendiri. 

“Sya... kuih siput ni dah nak habis. Kau nak makan tak?” Izz melihat kuih siput di dalam pinggan yang masih berbaki setengah. Ingin dihabiskan kesemuanya tetapi dia tetap mempelawa isterinya makan kerana sejak tadi hanya dia seorang yang makan manakala Hasya sekadar memandang.

“Tak nak. Sya dah makan tadi. Abang habiskanlah.” Hasya menggeleng. Sewaktu menggoreng kuih siput tadi, dia sudah makan bersama Natalia di dapur. 

Segenggam lagi kuih siput diambil lalu disumbat kesemuanya ke dalam mulut. Penuh mulut Izz dengan kuih siput. Kunyahannya yang laju mengeluarkan bunyi. Hasya ketawa kecil melihatkan aksi Izz yang rakus menghabiskan saki baki kuih siput. Izz terbatuk-batuk, tersedak akibat kegopohannya makan kuih siput. Hasya menepuk-nepuk perlahan belakang badan Izz. Setelah batuk Izz agak reda, dia menghulurkan air masak. Izz berdehem beberapa kali, tekaknya terasa perit dan pedih.

Laman sesawang Youtube dibuka. Izz menaip ‘adobe photoshop tutorial’ di kotak carian. Sekelip mata, skrin komputernya penuh dengan pelbagai tutorial tentang Adobe Photoshop. Berpinar mata Izz melihatnya. Setelah mengikuti beberapa siri tutorial di Youtube, akhirnya Izz berjaya juga menyiapkan bannernya. Dia sengih tepi. Hasil kerjanya buat kali pertama tidaklah begitu baik tetapi tidaklah terlalu buruk.

“Macam mana? Okey tak?” 

Hasya mendekatkan mukanya ke skrin laptop. “Kira okeylah untuk percubaan pertama. Masih boleh diperbaiki lagi.” Pendapat dikemukakan.

Satu lagi tab baru dibuka di browser Firefoxnya. Izz masuk ke laman sesawang Facebooknya. Ada lima friend request masuk ke kantung Facebooknya. Izz hanya accept tiga daripadanya kerana dia tidak akan menerima pelawaan daripada orang yang tidak dikenali.

Hasya mengambil sebuah majalah motor lalu dibelek-belek. Dia berjalan ke arah dinding lalu dia duduk bersila di atas lantai. Dia ralit membaca artikel mengenai teknik menunggang motorsikal berkuasa tinggi.

Izz kembali ke laman utama Facebook. Matanya tertancap pada video berjudul Thaqif n Hasya – The Birthday Party yang baru dipos oleh seseorang. Tetikus digerakkan ke arah video tersebut, Izz berdoa agar apa yang ada di fikirannya tidak benar.

Butang play ditekan. Tayangan video dinanti dengan penuh debaran. Akhirnya terjawab juga persoalan yang bermain di kepala Izz apabila video itu mula dimainkan. Bulat matanya memandang ‘pasangan dua sejoli’ di dalam video tersebut. Darah sudah menyirap naik ke muka. Peluh sudah membasahi pipi. Bibir bawah sudah digigit. Penumbuk sudah digenggam.

“Hasyaaa...!” Jeritnya tiba-tiba. Bilik kerja yang tadinya sunyi sepi dilanda halilintar serta-merta.

Hasya terkujat dengan jeritan itu. Majalah yang dipegangnya tercampak ke lantai. Dia mengurut-urut dadanya beberapa kali sambil beristighfar.

Hasya menghampiri Izz. “Kenapa abang menjerit? Terkejut Sya. Nak luruh jantung.” Dia yang sedikit pun tidak tahu apa-apa cuba berlawak.

Izz sudah berubah wajah. Wajahnya sudah merah. Mukanya garang. “Hey, perempuan tak guna! Apa hubungan kau dengan Thaqif?!” Izz sudah bangun dari kerusinya. Kerusi itu diterajang dengan kaki kiri. Laju kerusi itu meluncur ke dinding lalu terbalik.

Hasya ketakutan. Kata-kata Izz membuatkan hatinya hancur luluh. Air matanya sudah laju menitis. Dia pegun di situ.

“Jawab soalan aku. Buat apa kau menangis? Pura-pura sedih?!” Dagu Hasya diangkat kasar. Matanya dicerlung tajam pada gadis itu.

“Syaaa... Sya tak kenal rapat pun dengan dia.” Terketar-ketar suaranya. 

Izz menunjukkan paparan video yang baru ditontonnya tadi kepada Hasya. “Tengok ni! Alasan apa lagi kau nak bagi?!” 

Bulat mata Hasya melihat video itu. Wajahnya dan Thaqif berdua sahaja yang terakam sedangkan di sekeliling mereka terdapat ramai insan lain termasuk Izz ketika itu. Dia tidak pasti agenda apakah yang tersembunyi di sebalik semua itu. Dia tidak mengerti atas alasan apakah semua ini dilakukan. Sungguh dia tidak tahu!

“Syaaa... Sya tak tahu apa-apa pun tentang video ni. Abang, percayalah cakap Sya!” Lengan Izz cuba dipegang tetapi lelaki itu pantas melarikan tangannya.

Izz tidak berpuas hati dengan alasan Hasya. Dia pantas menyelongkar galeri Photos Thaqif. Sekali lagi darahnya menyirap melihat album yang dinamakan ThaSya. Album itu dikliknya. 

Terpampanglah berpuluh-puluh keping gambar Thaqif dan Hasya yang diambil pada hari lahir lelaki itu termasuk lokasi yang tidak diketahui Izz. Kesemua gambar yang terpapar di situ lebih banyak memfokuskan wajah Thaqif dan Hasya meskipun ada kelibat orang lain di sisi mereka. Walaupun gambar itu diambil secara curi tetapi hasilnya tetap menarik. Mungkin penangan jurugambar professional.

“Semuanya sudah jelas sekarang! Kau isteri yang curang!” Nada suara Izz sudah mencapai tahap tertinggi. Amarahnya tidak dapat ditahan lagi.

“Abanggg...! Jangan tuduh Sya sembarangan!” Tegas suara Hasya. Maruah dirinya sedang dipijak oleh suaminya sendiri. Dia perlu mempertahankan diri.

“Diam! Perempuan curang! Tuduh sembarangan? Kat mana kau dating dengan Thaqif dalam gambar ni, haa?!” Jarinya dituding pada gambar-gambar Hasya yang duduk di bangku manakala Thaqif berdiri tidak jauh darinya sambil berbual mesra. Izz pasti dia tiada di tempat kejadian.

Curang? Isteri yang curang? Tuduhan Izz terlalu berat untuk Hasya telan. Suami yang dilayan penuh kasih sayang menghukumnya tanpa belas ihsan. Tanpa sebarang perbicaraan, dia dihakimi secara rambang. Air mata begitu murah membanjiri pipi Hasya. 

“Abang... semua ni salah faham. Bukan Sya sorang ada kat situ. Mama dengan kak Nat pun ada jugak. Masa tu kami semua pergi shopping...” Hasya menerangkan kedudukan sebenar. 

“Cukuppp...! Aku tak nak dengar lagi pembohongan kau!” 

“Tapi abang kena dengar dulu penjelasan Sya. Mama dan Kak Nat boleh...”

“Aku kata cukuppp...!” Izz mengambil baki kuih siput yang masih berbaki di dalam pinggan lalu dilempar kesemuanya kepada Hasya.

Beberapa biji kuih siput tersebut ‘terbang’ mengenai muka Hasya. Hasya tergamam. Ada air mula bertakung di lopak matanya setelah tangisan tadi kering. Dia tidak mampu membela dirinya sendiri. 

Lantai bilik itu bersepah dengan kuih siput tetapi hanya dibiarkan Hasya. Tidak seperti selalunya, jika ada makanan tumpah, pasti dia akan segera membersihkannya. Kini, semua itu bukan lagi keutamaannnya buat masa ini. Dia perlu ‘membersihkan’ masalah yang sedang mendepaninya. Tapi, bagaimana caranya?

Penjelasan yang ingin diberikan hanya akan dilihat sebagai alasan oleh Izz. Setiap patah perkataan yang bakal dituturkan akan disangkal oleh Izz. Bergetar bibirnya tetapi tiada perkataan terungkap. Tiada gunanya dia berbalah jika hasilnya semakin parah. Biarlah suhu api kemarahan Izz semakin rendah, barulah dia memberi penerangan lanjut.

Air mata Hasya sedikit pun tidak mengundang simpati di hati Izz. Air mata itu membuakkan rasa bencinya bertambah. Air mata senjata utama wanita untuk menundukkan lelaki. Izz tidak akan tertipu dengan air mata palsu seperti itu. Dia benci ditipu! 

Izz menutup suiz utama laptopnya tanpa shut down terlebih dahulu. Dia berjalan laju ke arah pintu bilik kerjanya tanpa memandang lagi ke belakang. Dia tidak betah lagi berada berhampiran dengan ‘isteri curang’. Sebelum pintu bilik ditutup kembali, dia berpesan kepada isterinya.

“Heyyy...! Aku tak nak tengok muka kau dalam bilik. Perempuan curanggg...!” Berdentum pintu bilik kerjanya dihempas.

Hasya masih lagi berdiri di situ. Sedikit pun tidak berganjak. Sedikit pun tidak bercakap. Angguk tidak, geleng pun tidak. Amaran keras Izz terngiang-ngiang di daun telinganya. Hanya air mata yang menjadi jawapan kepada peperangan yang baru meletus. Air mata diseka, bilik air dituju, tubuhnya dibasahi wuduk. Hanya Allah tempat dia mengadu masalah yang baru berlaku.



Eriyza : Ramadhan memberi inspirasi untuk menulis. InsyaAllah e-novel ini akan dihabiskan menjelang perayaan Aidilfitri. Sila kembali membaca semula dengan kadar segera. 

16 comments

Anonymous

Knplah Izz nie panas baran sangat. Padahal dia pn ada masa hari jadi Thaqif dan dia pn tahu apa tujuan Thaqif.

baby mio July 19, 2013 at 5:25 PM

best nak lagi.

nursya

Eeee....nyampah lak ngn si izz nie...
Menuduh melulu je...pdhal dia pn ade kat majlis tu...
Klw x kwn dia suh dia bwk trn sya dr pentas ari tu ntah ape ntah jd...
Suka tuduh sya mcm2...
Huhuhu...

norihan mohd yusof July 20, 2013 at 7:32 AM

akhir nyer terluah lh rase hati dlm kemarahan...betapa cemburu tuh tanda nyer sayang...namun ia bersatu ngan rase amarah yg pasti akn makan diri!nape tk siasat dulu izz...andai hasya bersalah...tk kn terbela diri kerna...takut dek salah berani dek benar...jgn nyesal dh lh izz...bile terungkai yg benar...mase tuh dh tiada guna nyer...akhir nyer mkn hati.....................

Riena July 20, 2013 at 1:46 PM

alaaaa...cian sya..xpasal2 kene tuduh.
Thaqif tu btl2 dah tangkap cintan ngn sya..
tp xpe..dugaan tuk izz & sya dlm menempuh alam rumahtangga..lebih2 lg tuk mencungkil rahsia hati izz terhadap sya...

cam dlm lirik lagu tu..
Cemburu tanda cinta,Marah tandanya sayang,Kalau curiga itu karena ku takut kehilangan..

hehehe...

Kak Eriyza, kalau e-novel ni dah abz t, terbitkan novelnya nya..versi cetak.


Eriyza July 20, 2013 at 2:52 PM

@Anonymous:
Dia dah tak ingat seme tu.

Eriyza July 20, 2013 at 2:52 PM

@baby mio:
Sabar.

Eriyza July 20, 2013 at 2:53 PM

@nursya:
Aha, nasib baik ada Zikri. :)

Eriyza July 20, 2013 at 2:54 PM

@norihan mohd yusof:
Sabar jelah Hasya.

Eriyza July 20, 2013 at 2:55 PM

@Riena:
Buat masa ini, penulis tidak mempunyai cadangan untuk
mengeluarkan enovel ini dalam
bentuk buku walaupun dah dapat
banyak tawaran.

Kak Sue July 22, 2013 at 1:00 PM

bukankah Izz yg ajak Sya pi majlis Thaqif tu... dan apa yg terjadi malam tu Izz ada kan.... malam tu Sya dan Izz salah sebab x mepertahankan hubungan kalian berdua...
Izz suka naik angin cuba bawa berbincang... jangan sampai menyesal sudah...

Eriyza July 22, 2013 at 4:47 PM

@Kak Sue:
Teruk Izz kena marah dgn Kak Sue. :(

wawa July 24, 2013 at 8:46 AM

cpat2 lh smbg cta nie

Anonymous

ishh..xbaek la tuduh melulu mcm tu...

Eriyza July 24, 2013 at 5:40 PM

@wawa:
Sudah disambung.

Eriyza July 24, 2013 at 5:40 PM

@Anonymous:
Aha, memang tak baik pun.

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi membaca novel ini.
Sebarang komentar dari anda amatlah penulis hargai.