7/28/2013

Yes I Love You 44



Yes, I Love You – Bab 44

Bagasi diheret ke muka pintu. Dia memeriksa sekitar bilik hotel, membuat pemeriksaan terakhir agar tiada barang peribadi mahupun dokumen penting tertinggal. Petang ini dia akan pulang ke Pulau Mutiara. Jika diikutkan hati, mahu saja dia bertukar ke cawangan syarikatnya di Kuala Lumpur agar dia dapat menetap di situ. Dia teringin bertemu gadis pujaannya sebelum berangkat tetapi dia tidak boleh terburu-buru.

Thaqif berjalan sendirian ke lobi Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. Penerbangannya akan bertolak kira-kira 38 minit lagi. Dia mengambil keputusan untuk duduk sebentar di ruang menunggu sebelum masuk ke balai berlepas. Thaqif ralit memerhatikan manusia yang lalu lalang di sekitarnya. 

Suasana di lapangan terbang itu agak sesak. Di satu sudut kelihatan sekumpulan orang yang ingin menaiki penerbangan domestik dan antarabangsa. Di sudut lain pula kelihatan manusia sedang duduk sambil menunggu ketibaan ahli keluarga atau handai taulan. Di celah-celah lautan manusia, keluarga Datuk Izzuddin turut ada sama.

Setelah puas dipujuk oleh Izzdiyad dan Natalia, akhirnya Datuk Izzuddin dan Datin Faridah bersetuju mengikut mereka ke Brunei. Izz dan Hasya menghantar dua pasangan itu ke lapangan terbang. Izz membantu Izzdiyad membawa bagasi. Hasya asyik bermain dengan Insyirah.

“Alangkah bagusnya kalau Sya dapat ikut kami sekali. Tentu lagi seronok.” Natalia dapat membayangkan betapa indahnya suasana jika keluarganya dan keluarga Izzdiyad berkumpul beramai-ramai.

“Nak buat macam mana, kak. Abang Izz kerja... kalau ada peluang... lain kali Sya ikut akak balik. Masa tu... akak kena bawak Sya pergi semua tempat menarik kat sana.” Hasya mencium kedua-dua belah pipi Insyirah.

“Pasal berjalan... Sya jangan bimbang. Kat Nat memang pakar ukur jalan.” Izzdiyad ketawa.

Natalia mencerlung ke arahnya. “Alah, mengata sayang pulak! Abang pun apa kurangnya? Semua jalan kat Brunei tu dah kenal muka abang.”

Hasya ketawa kecil. Lucu melihat gelagat suami isteri itu. Izzdiyad suka mengusik. Natalia pula suka mencebik. Padanan yang menarik!

“Sya, jomlah ikut sekali. Tentu Izz bagi.” Pelawa Izzdiyad. Dia nampak bersungguh.

“Takpelah... abang Yad. Bila abang Izz free... kami pergi.” Hasya memeluk Insyirah erat. Dia berat hati hendak berpisah dengan anak kecil itu.

“Ada aku kata nak ajak kau pergi?!” Izz mencelah.

Hasya terasa mukanya panas. Malu kerana disindir begitu. 

“Izz... tolong belikan air mineral untuk mama.” Lama menunggu membikin Datin Faridah kehausan.

“Kejap ye, mama. Izz nak letak bagasi ni dulu.” Izz menyusun bagasi kesemua ahli keluarganya setempat agar senang diperiksa nanti.

“Mama... biar Sya belikan.” Hasya mahu lari dari Izz. 

“Papa pun nak jugak.” Datuk Izzuddin turut memesan.

Hasya mengangguk. Izz membiarkan isterinya mengambil alih tugasnya. Dia sedikit pun tidak menghalang. Hasya berjalan melepasi himpunan manusia. Dia berjalan dengan berhati-hati agar tidak melanggar orang lain. 

Matanya meliar mencari kedai minuman mahu pun water vending machines. Usai membeli enam botol air mineral, Hasya bergegas keluar dari kedai. Dalam keadaan tergesa-gesa itu, dia merempuh seseorang. Habis berterabur jatuh air mineral yang dibawanya, bergolek sehingga ke kaki orang yang dirempuhnya.

“Maaf... saya tak sengaja!” Hasya tunduk mengutip botol-botol air mineral lalu dimasukkan semula ke dalam plastik.

“Saya maafkan. Hasya... nak ke mana ni? Laju semacam je!” Lelaki di hadapannya turut mengutip botol-botol yang berada berhampiran dengannya.

Hasya terkujat apabila lelaki itu menyebut namanya. Pantas dia mendongakkan wajahnya. Thaqif tersenyum manis ke arahnya. Jantung Hasya hebat berdetak. Dia takut Izz nampak.

Hasya melopong. Mengapakah lelaki ini muncul tanpa diundang? Lelaki ini membikin hidupnya kelam gara-gara gambar yang diambil tanpa persetujuan empunya badan. Dipandangnya lelaki itu seperti ingin ditelan. Dia lupa disekelilingnya ramai orang, dia hanya nampak Thaqif seorang. Lagaknya seperti harimau ingin menerkam. Sungguh dia geram!

Thaqif memandang Hasya dengan pandangan aneh. Mengapa gadis di hadapannya bengis semacam? Wajah yang ayu bertukar layu. Thaqif memetik jarinya di hadapan Hasya. Gadis itu masih berkelakuan sama, tidak berminat untuk bergurau senda. Ini bukan masanya!

“Thaqif... kenapa awak ambil video saya tanpa kebenaran? Kenapa awak letakkan gambar saya dalam Facebook tanpa keizinan?!” Hasya merenung tajam.

Senyuman Thaqif yang tadinya manis sudah hilang. Dia tercengang dengan soalan Hasya yang mahukan jawapan. “Hasya... saya ingat awak tak kisah.”

“Thaqif... awak dah melampau! Saya nak awak buang semua video dan gambar saya dari Facebook awak!” 

“Hasya... dengar dulu. Saya cuma letak gambar biasa, bukan gambar tak senonoh. Tak salah, kan?” Thaqif langsung tidak rasa bersalah.

“Salah! Sebab awak ambil gambar tu secara curi! Saya tak peduli apa pun alasan awak! Buang video dan gambar tu secepat mungkin! Faham?!” Hasya bersuara keras. 

Sikap Hasya berubah sama sekali. Jauh bezanya dengan Hasya yang Thaqif kenali sebelum ini. “Hasya... biar saya jelaskan semuanya. Sebenarnya saya...” 

“Sudahhh...! Saya tak nak dengar lagi alasan awak. Saya beri awak amaran, jangan lagi ambil gambar atau video saya. Kalau tidak, saya suruh sua...” Hasya tidak sempat menghabiskan amarannya kepada Thaqif apabila lelaki itu memotong percakapannya.

“Saya su...” Kali ini Thaqif pula yang tidak sempat meluahkan perasaannya terhadap Hasya apabila ada suara lain mengganggu biacaranya.

“Hasyaaa...!” Satu jeritan kedengaran. Suara Thaqif tenggelam dalam jeritan suara itu.

Sekali lagi pegangan air mineral di tangan Hasya terlepas tetapi dia sempat menyambutnya. Dia kenal benar dengan suara itu. Melalui susuk Thaqif yang berdiri di hadapannya, dia mengintai pemilik suara. Ahhh.. sudah! Masalah!

Thaqif ditinggalkan tanpa mendengar butiran lanjut dari lelaki itu. Lelaki itu hanya mampu memandang langkah Hasya yang semakin menjauh. Izz tidak menegur Thaqif. Benci dia melihat wajah lelaki itu. Hasya membuntuti Izz. Langkahnya perlahan sekali. Izz tiba-tiba berhenti melangkah. Bukkk! Hasya melanggar tubuh suaminya. 

“Abang... maaf!” Kepala ditundukkan ke bawah.

Izz tidak bercakap sepatah pun. Marahnya sedaya mungkin ditahan. Tidak mahu menimbulkan kekecohan di tempat awam.

“Senyum! Jangan buat muka kelat depan ahli keluarga aku! Baik kau pura-pura takde apa yang berlaku!” Bisikan Izz berupa amaran.

Hasya memaniskan muka di hadapan ahli keluarga Izz. Senyuman plastik disungging untuk semua orang. Dia mengambil Insyirah dari pegangan Datin Faridah lalu duduk selang dua buah kerusi dari Izz. Dia hanya diam apabila orang lain berbual. Bayi itu dipeluk erat agar kerinduannya nanti terubat sepanjang Insyirah tiada di sisi. 

Baby, Acik Sya mesti rindu kat baby nanti.” Insyirah menggelekek melihat Hasya.
 
“Sya... tu tandanya Sya kena ada anak cepat.” Izzdiyad mengusik. 

Hasya tersipu malu. Dia pasti kulit mukanya sudah berwarna merah.

“Izz... Sya. Jaga diri elok-elok. Mama tak nak dengar perkara buruk.” Datin Faridah berpesan sebelum masuk ke balai berlepas.

“Izz... ambil tahu hal syarikat. Jangan lepas tangan. Sya... tengok-tengokkan ikan koi papa.” 

“Aku chow dulu, Izz. Sya...  jangan nakal.” Izzdiyad ketawa. 

Natalia memeluk Hasya lama. “Kak Nat pergi dulu. Jumpa lagi, Sya. Bye... Izz.”

Mereka semua masuk ke balai berlepas. Hanya lambaian tangan saling berbalas. Izz melangkah malas meninggalkan lapangan terbang. Hasya hanya mengikut dari belakang. 

“Hoiii..! Aku masuk tandas pun kau nak ikut?” 

“Hah? Tandas?!” Hasya melihat sekeliling. Beberapa orang lelaki tersenyum sinis ke arahnya. Macam mana dia boleh tersasar masuk ke tandas lelaki? Dia cepat-cepat keluar dari tempat itu. Malu!

Izz menonong masuk ke perut Nissan Murano. Hasya sudah berada di tempat duduk sebelah. Enjin kereta dihidupkan. Tali pinggang keledar dipakai. Radio dibunyikan. Penghawa dingin dipasang. Namun, kereta tidak bergerak. Masih statik di lot parkir.

“Heyyy...! Kau ni memang tak guna. Sempat lagi kau panggil kekasih kau untuk bercengkerama kat sini, ye?!” Lantang suara Izz bergema di dalam kereta.

Astaghfirullahalazim. Abang... jangan tuduh yang bukan-bukan. Pertemuan tadi secara kebetulan. Sungguh!” Kekasih? Andaian yang menyimpang jauh!

“Kebetulan konon! Kalau kau tak panggil, takkan dia muncul?!” 

“Betul! Bukan Sya yang panggil dia. Mungkin dia ada kat sini sebab nak balik ke Penang.” 

“Wah...! Semua benda tentang dia ada dalam poket kau?!” Cemburu membelit tangkai hati Izz.

“Macam mana lagi untuk buat abang percaya? Sya tak ada apa-apa dengan dia. Sungguh!” Suara Hasya semakin lemah. Kepercayaan Izz kepadanya sudah goyah.

“Cukuplah! Aku tak mahu dengar lagi. Lepas video dan gambar, kau jumpa dia kat airport pulak. Sekali lagi kau ada kaitan dengan dia, aku akan ambil tindakan!” Izz mengundur keretanya. 

“Abanggg...!” Hasya hanya mampu menahan sendu. Kata-kata amaran dari Izz membuatkan dadanya sebu. Penjelasannya tidak laku.

Izz berhenti di sebuah perhentian teksi. Not RM50 dikeluarkan dari poketnya lalu diletakkan di atas telapak tangan kanan Hasya. “Keluar! Kau balik dengan teksi. Aku nak bersendirian!” 

Hasya seakan tidak percaya dengan arahan Izz. Dia masih diam di tempat duduknya. Wang yang berada ditangannya direnyuk tanpa sedar. Melihatkan Hasya tidak berganjak dari kerusinya, Izz semakin geram. Dia mendepakan tangan kirinya lalu membuka pintu sebelah penumpang. 

“Kau nak keluar sendiri atau nak aku tolak kau keluar?! Pilihhhh!!!” 

Tali pinggang keledarnya dibuka. Dalam keterpaksaan, Hasya turun dari perut kereta. Belum sempat dia menutup pintu kereta, Izz terlebih dahulu menarik pintu lalu dikunci. Seketika kemudian, Nissan Murano menderum laju membelah jalan.

Hasya terkebil-kebil memandang kereta Izz berlalu pergi. Sampai hati Izz meninggalkannya di perhentian teksi yang sunyi sepi. Tidakkah Izz bimbang sesuatu yang buruk akan menimpanya? Bukankah tugas seorang suami untuk melindungi isterinya? Atau Izz sudah tidak menganggapnya sebagai isteri? 



Eriyza : Terimalah bab terbaru dari penulis. Kalau boleh, tolong bagi komen yang membina. Terima kasih.

24 comments

Anonymous

Ala... cik writer, knapa susah sgt nk dorg nk bersatu ni?? knapa susah sgt dorang nk hidup bahagia?? knapa kepercayaan tu susah nk d bina?? knapa susah nk tebak hati izz ni?? haisy... cik writer, citer ni mmg awesome la.. harap2 izz dpt kenal diri sebenar hasya dan hasya dpt kenal sisi lain izz... :D

Anonymous

Hai susah sungguh nak satu perkataan tu.. SUAMI. Lain kli sya nampak je thaqif tu terus bgitau yg ko tu dh bersuami tak yah kona2

nursya

Aduhai...btambah sakit ati lak ngn si izz nie...mti klw btl si thaqif dpt si hasya br padan muka...
Ish ttiba emo lak...huhuhu

maya

cik writer ubablah sikap hasya.... jenice sotrfynnnnuh dsh baca tipikal story ttg isteri yg menerima apa saja perbuatan suami terhadap isteri; prasangka tak bertempat; cemburu membuak2; bahkan sanggup menggadai keselamatan isteri ... buat sesuatu yg izz menyesal tp sesalan yg terlewat
.....nice storyhowever it's better if hasya know where she stand for

ciknie July 28, 2013 at 9:24 PM

geram tol la dgn izz nie..hasya nk jlaskan pn xnk dengar

Eriyza July 28, 2013 at 11:00 PM

@Anonymous:
Perlu banyak usaha
lagi tuk bersatu.

Eriyza July 28, 2013 at 11:00 PM

@Anonymous:
Sbb ada gangguan, tu
yg payah nak beritahu.

Eriyza July 28, 2013 at 11:01 PM

@nursya:
Kita tgk sape yg menang.

Eriyza July 28, 2013 at 11:02 PM

@maya:
Penulis suka komen anda.
Hasya masih ada sikap sabar
tapi kalau dah meletup umpama
gunung berapi laaa nanti. :)

Eriyza July 28, 2013 at 11:02 PM

@ciknie:
Rasa geram gak ni.

Anonymous

Macam mane la perkahwinan nak berjaya kalu x ade kepercayaan pada pasangan kan

Qairunniesa July 29, 2013 at 12:17 AM

nak lg.....

baby mio July 29, 2013 at 12:47 AM

Nak lg.

Eriyza July 29, 2013 at 1:15 AM

@Anonymous:
Aha, kena saling percaya,
baru rumahtangga bahagia.

Eriyza July 29, 2013 at 1:16 AM

@Qairunniesa:
Sabar ye.

Eriyza July 29, 2013 at 1:16 AM

@baby mio:
Kenalah tunggu.

norihan mohd yusof July 29, 2013 at 7:09 AM

agak keterlaluan tindakan izz yg tampa siasat dulu...salah benar nyer!!!rase nyer dh sampai tahap terluka ati sorang isteri yg tk di adili dulu sebelum di jatuh kn hukum...akn hilang lh terang dlm hidup mu izz!pasti sesal yg akan memenuhi seluruh ruang hidup mu....sakit nyer ati akk ngan perangai izz dek writer....hehe emo plak...

Kak Sue July 29, 2013 at 8:46 AM

dalam kes ni Izz dan Thaqif yg salah.... 2 lelaki ni EGO dan mahu menang saja...
Rasanya Izz memang dah keterlaluan bila menghalau Sya keluar dari kenderan ... x ada perasaan ke Izz tu bila seorg isteri di tinggalkan keseorg ditempat yg asing... penulis buatlah Sya x pulang ke rumah dan buat Izz rasa diri Sya diperlukan dan menghargai hati seorang isteri yg telah difitnah... sesungguhnya kata-kata Izz tu amat meghiri hati seorg isteri yg lembut seperti Sya... biar bagi Izz rasa angau dan terseksa diri dia tampa sya disisi...

Eriyza July 29, 2013 at 2:36 PM

@norihan mohd yusof:
Semasa menulis, penulis pun
sakit ati jugak. Kekeke!

Eriyza July 29, 2013 at 2:37 PM

@Kak Sue:
Takpe Kak Sue, kita tengok
apa tindakan Hasya nanti.

Anonymous

menanti entry baru dengan sabar

Eriyza July 29, 2013 at 11:34 PM

@Anonymous:
Terima kasih. :)

adeeba December 11, 2015 at 11:58 AM

isy c izz ni..klu sy jd thaqif..pucuk dicita ulam mndtng tu..sambar hasya baru pdn muka..ego nya

adeeba December 11, 2015 at 11:59 AM

isy c izz ni..klu sy jd thaqif..pucuk dicita ulam mndtng tu..sambar hasya baru pdn muka..ego nya

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi membaca novel ini.
Sebarang komentar dari anda amatlah penulis hargai.