7/18/2013

Yes I Love You 41



Yes, I Love You – Bab 41

Sejak beberapa hari lalu, senyuman manis sentiasa menguntum di tebing bibirnya. Hatinya berasa sungguh girang. Walau beribu patah perkataan dikeluarkan, belum tentu dapat menggambarkan perasaan riang di hatinya. Dia bersandar kekenyangan di kerusi santai di halaman rumah selepas makan malam.

“Hey Yaddd...!”  

Izzdiyad tersengih memandang lelaki yang berdiri di hadapannya. “Hensem nampak. Kau dari mana ni?” 

“Kau baru tahu ke? Aku dah lama tahu aku hensem.” Izz ketawa kecil melayan karenah abangnya. 

“Eleh! Naik sampan, dayung sendiri.” Izzdiyad mencebik. Izz memang tak boleh dipuji, mulalah melampau-lampau perasannya.

“Dengkilah tu! Aku baru lepas solat Isyak berjemaah dengan Puan isteri.” Selamba jawapan Izz.

“Puan isteri?” Izzdiyad ketawa geli hati. “Patutlah kau berbaju melayu, berkain pelikat. Macam budak masjid je.” Izzdiyad benar-benar maksudkan apa yang dituturkannya. 

Izz kelihatan segak apabila dia mengenakan baju melayu ungu berkilat dengan kain pelikat bercorak petak-petak kecil merah gelap. Gayanya tidak ubah seperti imam muda yang baru pulang dari masjid.

“Amboi, perli laa tu! Mentang-mentanglah aku pergi masjid hari Jumaat dengan hari raya je. Suka suki kau kutuk aku.” Izz menyeringai.

Datuk Izzuddin gemar ke masjid jika dia tiada aktiviti lain malah dia juga bertindak sebagai salah seorang ahli jawatankuasa masjid. Sebelum Izzdiyad berpindah ke Brunei, abangnya sering menemani papanya ke masjid. Izz pula agak liat jika diajak bersama.

Izzdiyad ketawa. “Sensitif jugak kau, ye!” 

“Bukan sensitif tapi kecik hati.” Izz buat muka sedih. “Kau pulak... asyik senyum saja beberapa hari ni... kenapa? Ada berita gembira?”

Izz bagaikan terpanggil untuk bertanya kepada Izzdiyad perkara apakah yang membuatkan lelaki itu ceria sehingga cahayanya terpancar jelas di wajah lelaki itu.

Izzdiyad tidak terus menjawab soalan Izz sebaliknya dia tersenyum manis. Sengaja mahu menyakat adiknya. Adik yang banyak memainkan peranan penting di dalam misinya untuk kembali ke pangkuan keluarga semula.

“Susah nak bercakap dengan orang tak betul! Asyik senyum je!” Izz merungut. Geram dengan sikap Izzdiyad.

“Terima kasih, Izz.” Ikhlas lafaz itu lahir dari bibir Izzdiyad.

Izz terkapa. Wajah Izzdiyad dipandang lama. “Untuk apa?” 

“Sebab yakinkan aku untuk tinggal di sini ketika kemarahan papa dan mama masih belum reda. Walaupun mereka mengambil masa yang agak lama untuk memaafkan aku dan Natalia tapi penantian kami berbaloi. Tanpa cadangan kau tempoh hari, semua ini takkan menjadi realiti. Terima kasih, Izz.”

Izz tersenyum. “Bukan aku yang patut menerima ucapan terima kasih dari kau tapi...” Dia bangun dari kerusi lalu berdiri di belakang kerusi abangnya. “... Gadis bertudung biru tu.” Jari dituding kepada Hasya yang sedang bermain dengan Insyirah di ruang tamu.

Izzdiyad melongo. Dia berpaling ke arah Izz. Wajah Izz direnung lama seakan-akan meminta pengesahan kata-kata Izz sebentar tadi. Izz mengangguk beberapa kali sebelum tersenyum.

Peluh yang membasahi pelipisnya dilap dengan tisu. Wajahnya sedikit pijar dipanah sinar mentari pagi yang semakin terik. Dia mengipas-kipas badannya dengan akhbar. Izz cuma memerhati perbuatan Hasya. Dia membetulkan kedudukan punggungnya di atas banir pokok ru.

“Sya, kau nak dengar satu cerita?”

Hasya berhenti mengipas. “Boleh jugak. Cerita apa?”

Izz berdehem beberapa kali untuk memulakan ceritanya. Hasya memfokuskan wajahnya kepada Izz. Melihatkan kesungguhan Hasya untuk mendengar, Izz semakin bersemangat untuk bercerita.

“Alkisah... maka tersebutlah kisah... sang kancil datang beramai-ramai menghadap duli yang maha mulia Sultan Firaun...” 

“Abanggg...” Hasya menjerit kecil, sedikit kecewa kerana dipermainkan.

Izz ketawa. “Okey... okey... aku nak ceritalah ni.”

Izz mengambil Twisties perisa kari yang dibeli Hasya buat kali kedua. Bahagian atas plastik Twisties dibuka kasar lalu melimpah keluarlah isi Twisties tersebut. Nasib baiklah plastik bungkusan besar berwarna merah masih ada di situ. Hanya sedikit Twisties tertumpah ke tanah berbanding yang jatuh ke atas plastik merah.

“Iskkk abang ni! Kenapa bukak macam tu? Dah ada tulisan ‘buka di sini’ kat plastik ini, koyak laa dekat sini. Barulah tak tumpah. Membazir je.” Hasya membebel sambil mengutip Twisties di atas plastik merah lalu dimasukkan ke dalam plastik Twisties yang berwarna kuning.

“Sorry!” Izz sengih tepi. 

“Abang nak bercerita tentang apa tadi?” Tangan yang kekuningan akibat mengutip Twisties dibasuh dengan air mineral. 

“Izzdiyad.” Badan disandar pada pokok ru. 

“Pasal abang Yad?. Cepatlah cerita!” Hasya teruja. Tangannya yang basah dilap dengan tisu.

Izz menarik nafas lalu dihembus kuat. Dia cuba mencari kekuatan untuk membuka pekung di dadanya sendiri. Kini, Hasya sebahagian dari ahli keluarganya, wajarlah bagi gadis itu untuk mengetahui sejarah silam yang pernah menghantui keluarga Datuk Izzuddin.

“Dulu Yad pernah bertunang... mama yang carikan. Yad tak kisah pun, dia ikut je kata mama.” Twisties dikunyah perlahan.

Hasya menanti penuh minat cerita seterusnya. Apakah agaknya peristiwa yang membawa Izzdiyad jauh dari keluarga?Apakah tindakan Izz ketika abangnya tersingkir dari keluarga?

“Setelah hampir setahun bertunang, dia bertemu dengan Natalia lalu jatuh cinta. Dia berkeras untuk berkahwin dengan Nat tetapi papa mama melarang. Dalam masa yang sama... dia diberi dua pilihan sama ada kahwin dengan pilihan orang tua atau pilihan hatinya sendiri.”

“Abang Yad pilih kekasih, kan?” Hasya menyampuk.

Izz mengangguk. “Akhirnya papa halau Yad keluar dari rumah...” Kata-kata Izz terhenti di situ. Air Twister diteguk dua kali.

“Lepas tu, apa jadi?” Sikap tidak sabar Hasya semakin menjadi-jadi.

Izz tersenyum nipis. “Sya, kau mahu cerita ni tamat cepat, ye? Kalau macam tu... aku skip babak menarik, nak?” Izz mencuit hidung Hasya.

“Eh, janganlah! Ikut plot cerita laa.” Hasya menyedari sikapnya yang gopoh mengerdipkan matanya beberapa kali kepada Izz.

Izz ketawa kecil. Hasya comel bila berkelakuan begitu. 

“Semasa hari pernikahan Yad, dia maklumkan pada papa mama tetapi mereka langsung tak nak ambil tahu apatah lagi hadiri kenduri tu. Aku dengan susah payahnya cari jalan untuk pergi meraikan Yad tapi tak sempat jumpa Natalia...” Izz berhenti bercerita seketika. “Kau tak nak tanya taktik apa yang aku guna?”Izz menyoal Hasya.

“Pergi kursus?” Teka Hasya.

Izz menggelengkan kepala. “Idea lapuk.”

“Pura-pura outstation?” Teka Hasya lagi.

Izz menggelengkan kepala buat kali kedua. “Aku tak sejahat tu laa.”

Hasya berfikir sejenak. “Kalau macam tu... abang pergi bercuti.”

Izz mengecilkan matanya. “Kenapa pulak kau fikir macam tu?”

“Sebab Sya rasa itu taktik yang paling bagus untuk mengelakkan berbohong sekaligus mengelakkan curiga di hati papa dan mama.” Hasya menopang dagu dengan tangan kiri di atas paha kirinya sambil senyum kepada Izz.

“Yup... tapi kau tak terror meneka sebab cubaan ketiga baru betul.” Izz menarik hidung Hasya. “Sejak Yad keluar dari rumah... mama jatuh sakit sampai kena tahan di wad. Mama mengalami kemurungan yang teruk sebab Yad anak yang dengar kata tapi bertukar jadi anak derhaka.” 

“Patutlah papa marah sangat kat abang Yad.” 

“Aha...! Sampai sekarang pun papa masih marah. Aku pun tak tahu apa nasib Yad waktu dia bertemu papa mama. Agak sukar untuk mereka maafkan Yad. Tapi... aku mesti bantu Yad mintak maaf  kat papa mama sebab aku tak nak hubungan mereka terputus macam tu je. Selama ni pun... aku selalu berhubung dengan Yad agar hubungan kami adik beradik sentiasa terjalin.” Izz melunjurkan kakinya yang sedikit lenguh.

“Apa rancangan abang untuk satukan mereka kembali?” Hasya beralih tempat duduk. Dia duduk di sisi Izz kerana cahaya matahari yang terik semakin galak menyimbah wajahnya.

Izz meletakkan kedua-dua tangannya di belakang kepala. Satu keluhan kecil dilepaskan.

“Hmmm...! Bawak Yad balik ke rumah dan suruh dia mintak maaf dengan papa mama.”

“Abang rasa semudah itu papa mama akan memberi kemaafan?” Wajah Izz direnung.

“Entahlah...! Tapi sekurang-kurangnya dia dah mencuba. Kalau papa mama maafkan, syukurlah tapi kalau tak dilayan, balik ke Brunei jelah.” Izz membuang pandang ke tengah laut.

“Abang...” Hasya memegang paha Izz. “Boleh Sya beri cadangan?” Tuturnya lembut.

Izz memalingkan wajahnya ke arah Hasya. “Cakaplah...!”

“Luka lama di hati papa mama tetap ada parutnya. Kalau abang Yad datang sekadar memohon maaf dan kemudiannya pulang, tentu peluangnya berjaya agak tipis. Sya fikir ada baiknya abang ajak dia tinggal di rumah sehinggalah papa mama sudi memaafkannya.”

Izz mengerutkan keningnya, mulutnya terbuka sedikit. “Sya, kau faham tak?! Yad di halau dari rumah. Macam mana dia nak tinggal dalam rumah tu?!” 

“Cuba abang bayangkan orang yang abang tak suka tinggal bersama. Masa makan, nampak muka dia. Masa tengok tv, duduk sebelah dia. Malah, mungkin ada masanya perlukan pertolongan dia ketika nak buat sesuatu. Haa.. masa tu, mana tau benci dah bertukar jadi suka.”

Izz berfikir sejenak. Hmmm... ada betulnya juga kata-kata Hasya. “Apa salahnya cubakan? Kalau berjaya... alhamdulillah... kalau gagal... jalan dahhh...”

Kemusykilan Izz mengundang senyuman di wajah Hasya. “Abang, keikhlasan seseorang akan terpancar dari perlakuannya selain dari percakapan... pengorbanan mereka takkan sia-sia walaupun akan mengambil masa lama. Kalau papa mama dapat melihat kesungguhan mereka, insyaAllah akan timbul rasa terharu di hati papa mama. Percayalah...!” 

Izz menepuk bahu Izzdiyad seusai bercerita. Izzdiyad tersenyum. Dia kagum dengan Hasya yang berjaya mempengaruhi Izz untuk memujuknya pulang. Hasya bukan gadis sembarangan.

Di ruang tamu, gadis bertudung biru terus bergurau senda dengan anak saudara dan birasnya tanpa mengetahui bahawa dua orang lelaki sedang bercerita tentang dirinya. 


Eriyza : Terimalah bab yang tak seberapanya ini. Salam Ramadhan al-Mubarak.

14 comments

nursya

Ala pendek je..
X puas lpskn windu nie...
Huhuhu

norihan mohd yusof July 18, 2013 at 11:57 PM

nk lg my writer...ciput dn tk puas...hehe..salam berpuasa dek...sukses berkarya...tk sabar akk nk lg...

Anonymous

Suka baca cerita ini. Sambunglah lg. Sikit-sikit jadi bukit.
Walaupun pendek tak apa lama2 tamat juga.

Kak Sue July 19, 2013 at 8:48 AM

betul tu teruskan menulis ... cerita semangkin menarikkkk..
Sya bukan calang-calang wanita pada Abang Yad sebab Izz yg EGO tu pun boleh Sya pengaruhi.... hehehe...

yoo zara July 19, 2013 at 11:44 AM

alaa ciput ja..tp takpe setia tgu next chap
kuar kan lg idea yg ade tu writer ^^

Riena July 19, 2013 at 11:46 AM

alaaa...ringkas nye kak..
sambung g eh.
semakin menarik.n xsabar2 menunggu y selanjutnya..
sentiasa ternanti2kan izz & sya..heheh

baby mio July 19, 2013 at 2:20 PM

best.

Eriyza July 19, 2013 at 4:13 PM

@nursya:
Baca terasa pendek tapi bila
menulis sket punya panjang. :)

Eriyza July 19, 2013 at 4:14 PM

@norihan mohd yusof:
Akan diusahakan kak.

Eriyza July 19, 2013 at 4:14 PM

@Anonymous:
Tengah menimbun tuk dijadikan
bukit laa ni. Hehehe! :)

Eriyza July 19, 2013 at 4:15 PM

@Kak Sue:
Izz 'cair' dengan Sya.

Eriyza July 19, 2013 at 4:15 PM

@yoo zara:
Terima kasih.

Eriyza July 19, 2013 at 4:15 PM

@Riena:
Peminat setia Izz dan Sya ni. :)

Eriyza July 19, 2013 at 4:16 PM

@baby mio:
Thank you.

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi membaca novel ini.
Sebarang komentar dari anda amatlah penulis hargai.