6/01/2013

Yes I Love You 36

Yes, I Love You – Bab 36

Staf Izzfar Empire Holding sibuk menguruskan tugas masing-masing. Komputer terpasang, mesin fotostat berbunyi dan deringan telefon kedengaran di sana sini. Mimi sibuk menyusun fail-fail yang akan digunakan oleh majikannya di dalam mesyuarat nanti.

“Mimi, I ada meeting setengah jam lagi. You dah ready with the proposal?” Izz muncul di hadapan Mimi usai menunaikan solat Zohor di surau pejabat.

Datuk Izzuddin seorang yang amat mementingkan kewajipan solat bagi setiap pekerjanya. Maka, dia menyediakan dua buah surau khusus untuk pekerjanya menunaikan tuntutan agama. Surau itu terletak di tingkat empat di dalam Wisma Izzfar, bangunan mewah tujuh tingkat.    

“Sudah, Encik Izzdihar. Ini failnya.” Fail-fail berwarna merah gelap dihulurkan kepada Izz.

Setelah fail bertukar tangan, Izz membelek-belek dan membacanya sepintas lalu. Sudah menjadi kelaziman bagi Izz, dia akan menyemak terlebih dahulu setiap hasil kerja orang bawahannya. Dia perlu membuat semakan agar tiada masalah timbul nanti.

“Encik Izzdihar. Ini birthday invitation card dari Encik Thaqif.”

Izz mengambil kad itu lalu dibaca. “Thanks.”

Kad berwarna hitam dengan tulisan berwarna emas itu tertera nama Thaqif. Terpampang gambarnya di dalam kad. Turut disertakan bersama peta lokasi sebuah restoran mewah, tempat sambutan hari lahirnya bakal berlangsung. Kad jemputan hari lahir Thaqif  tidak ubah seperti kad jemputan kahwin. Kad kahwin orang lain pun tidak dibuat semahal ini. Izz tersengih mengejek.

 “PA Encik Thaqif pesan, Encik Izzdihar kena bawak keluarga sekali.”

“Hmmm. Perlu ke? I bawak you jelah.”  Izz tersengih nakal.

“Errr... mana boleh? Saya dah ajak...” Pantas Mimi menolak.

“...Buah hati?” Izz memotong bicara setiausahanya sambil mengangkat kening tiga kali.

Sudah beberapa kali Izz terserempak dengan Mimi dan teman lelakinya ketika lelaki itu mengambil Mimi pulang dari kerja. Selaku majikan yang tidak suka menyibuk hal peribadi pekerjanya, Izz tidak pula mengganggu mereka.

Mimi mengangguk walaupun malu. Dia sudah mengajak kekasihnya untuk menemaninya ke majlis tersebut. Sudah hampir tiga minggu mereka tidak bertemu memandangkan kekasihnya berkursus di Sarawak.

“Buat apa couple lama-lama? Baik you all nikah je.” Izz ketawa sambil berlalu dari situ.

Mimi cuma tersenyum nipis. Siapalah yang tidak mahu hubungan percintaan diakhiri dengan perkahwinan? Cuma, dia dan kekasihnya belum cukup wang untuk ke jinjang pelamin. Kos untuk menyediakan kelengkapan perkahwinan bukannya murah.

“Mimi... you call Tiya, aturkan temujanji dengan dia malam ni. You suruh dia sediakan beberapa helai busana muslimah berkonsepkan gaun malam untuk wife I cuba.” Izz menapak semula ke arah Mimi yang sedang memikirkan hal dirinya sendiri.

“Okey.”

Izz terus menghilang ke bilik pejabat.

**********

Izz menapak laju ke sebuah butik pakaian. Hasya mengikutnya dari belakang dengan langkah perlahan. Sengaja tidak mahu menyaingi langkah Izz yang lebih panjang. Seusai menunaikan solat Maghrib, Izz menyuruhnya bersiap untuk keluar tanpa memaklumkan lokasi tujuan.

“Syaaa... cepatlah!” Izz yang sudah membuka pintu butik pakaian tersebut menjerit ke arahnya.

“Kita nak buat apa kat sini?”

Butik Kasih Abadi. Papan tanda butik tersebut sempat dikerling seketika oleh Hasya. Soalan demi soalan tergantung di mindanya tetapi belum dapat dicantas.

“Cuba pakaian pengantin.”

“Hah? Kenapa pulak?” Hasya pelik. Bulat matanya memandang Izz. Apa perlunya mereka memakai pakaian pengantin? Bukankah mereka sudah lama berkahwin? Lagi pun majlis di kedua-dua belah pihak sudah selesai.

“Aku nak kau jadi model pakaian pengantin.” Izz berwajah serius. Dia sengaja mengusik Hasya.

“Model? Sya tak nak.” Hasya mahu berpatah balik. Walaupun dimarahi Izz, dia tidak mahu melakukan tugasan tersebut. Tidak mungkin!

Hampir meledak ketawa Izz yang ditahan. Gurauannya dianggap serius pula oleh isterinya. Izz menarik tangan Hasya yang sudah mula mengundur beberapa tapak ke belakang.

“Masuklah! Banyak tanya pulak kau ni.” Izz menolak Hasya masuk ke dalam butik tersebut. Dia tidak mahu berbual panjang di luar butik. Sebentar lagi Hasya akan tahu apa tujuan mereka ke situ. Hasya melangkah ke dalam butik dengan hati yang membara marah.

Mereka disambut oleh dua orang pekerja butik yang sebaya Hasya. Salah seorang daripadanya mempersilakan mereka duduk manakala seorang lagi menghilang di sebalik baju-baju yang digantung kemas.

Tidak lama kemudian, muncul seorang perempuan yang berusia lingkungan 30an.

“Hi Izz! Long time no see, you masih kacak macam dulu.” Wanita itu ramah menyapa Izz. Senyuman dilemparkan kepada Hasya yang hanya menjadi pemerhati.

“Tiya, you pun apa kurangnya? Tetap vogue!” Izz ketawa. Dia bangun dari kerusinya. Hasya turut bangun. Walaupun mereka pelanggan tetapi budi bahasa perlu dijaga.

“Meet my wife, Hasya.”

Hasya menghulurkan tangannya lalu disambut oleh wanita itu. “Nice to meet you...”

“Tiya. Me too!” Wanita itu memperkenalkan dirinya. Dia duduk berhadapan dengan pasangan suami isteri itu.

“I dah sediakan beberapa helai night dress. I rasa sesuai dengan Hasya. Jom.” Tiya menggamit Hasya supaya mengekorinya. Hasya memandang Izz.

“Transform my wife to a beauty queen.” Lelaki itu mengenyitkan matanya.

“Sure.” Tiya memberi jaminan.

Hasya mengikuti Tiya dengan perasaan serba salah. Dia langsung tidak tahu apa tujuan Izz membawanya ke butik itu. Sekarang, dia perlu menggayakan beberapa helai pakaian. Benarkah dia perlu menjadi model? Hatinya mendongkol geram tetapi tetap memaniskan muka di hadapan Tiya dan pekerjanya. Tidak mahu mereka tahu bahawa kehadirannya di situ tidak diberitahu.

“Cuba yang ini.” Sehelai baju berwarna biru terang disua kepada Hasya. Dia berpendapat baju berwarna terang mampu menyerlahkan lagi kejelitaan Hasya yang berkulit putih.

Hasya masuk ke bilik persalinan. Dia memandang baju yang dipegangnya. Seumur hidupnya, dia tidak pernah memakai baju mengikut potongan badan. Adakah dia harus mengorbankan prinsipnya kerana permintaan suami?

Izz mengambil majalah fesyen yang terdapat di rak. Sudah lima minit berlalu namun Hasya belum keluar dari bilik persalinan. Dia bosan.

“Izz, okey tak?” Tiya menunjukkan ke arah Hasya yang sedang berjalan ke arah mereka.

Izz membesarkan matanya. “No! Too tight! Tukar yang lain.”

Hasya memang nampak cantik di dalam busana biru tersebut tetapi pakaian itu terlalu menjolok mata. Dia tidak akan membenarkan kecantikan susuk tubuh isterinya ditatap oleh orang lain walaupun bayarannya lumayan. Hanya dia yang berhak.

Satu persatu pakaian yang berada di rak berhampiran bilik persalinan dicuba dek Hasya. Sudah hampir sepuluh helai pakaian disarung ke tubuhnya. Kesemuanya tidak menepati citarasa Izz. Terlalu seksilah, terlalu jaranglah, terlalu singkatlah. Macam-macam dikutuknya. Hasya mencebik. Bosan dengan perangai mengada-ngada Izz.

Akhirnya Hasya mencuba baju yang terakhir. Pekerja Tiya yang berada di situ tetap tersenyum walaupun sudah hampir satu jam melayan Hasya. Dia berdoa di dalam hati, berharap agar Izz suka dengan pakaian ini. Pada pandangan mata kasar, baju itu kelihatan ringkas, longgar dan labuh. Paling penting, menutup auratnya dengan sempurna.

Hasya suka dengan baju tersebut. Fabriknya begitu lembut apabila disarungkan ke tubuhnya. Dia membuat aksi ala model terkenal di hadapan cermin besar yang terdapat di dalam bilik persalinan tersebut. Dia tersenyum sendirian apabila melihat dirinya sendiri.

“Aku ke ni? Boleh tahan.” Dia bersuara perlahan. Senyuman bermain di bibir.

“Puan Hasya, dah siap?” Kedengaran ketukan di pintu dan suara pekerja Tiya.

Hasya berhenti menggayakan pakaiannya. “Dah. Nak keluarlah ni.”

Hasya melangkah perlahan ke arah Izz. Lelaki itu sedang asyik menatap gambar-gambar model popular di dalam majalah fesyen. Dia tidak menyedari kehadiran Hasya di hadapannya.

“Abang...” Hasya bersuara.

“Hmmm...” Izz menjawab malas.

“Baju ni boleh?”

Izz menurunkan sedikit majalah yang dibacanya tadi. Terbeliak matanya melihat Hasya. Majalah tersebut diletakkan terus di atas meja. Dia bangun lalu menapak ke arah Hasya. Betulkah ini isteri aku? Cantik sungguh! Pujinya di dalam hati.

“Haa... this cloth suits you.” Izz memusing-musingkan badan Hasya. Pakaian berwarna kelabu cerah itu nampak sepadan dengan penampilan Hasya. Tanpa sebarang batu perhiasan, tampalan jemeki, hiasan labuci atau taburan berlian, pakaian polos itu kelihatan hebat.

“Tiya... I pilih yang ni.” Izz berwajah ceria.

“Okey. Izz, you tak nak pilih satu untuk you ke?” Tiya berseloroh.

“I guna koleksi peribadi je. Anyway, thanks!” Izz tergelak kecil melayan gurauan Tiya. Wanita itu bukan asing baginya kerana dia merupakan seniornya di universiti. Kad kredit dikeluarkan lalu dihulurkan kepada Tiya. Wanita itu menyambut dengan senyuman lebar di bibir.

Hasya cuma memerhati dengan ekor mata. Ada sedikit cemburu menyelinap di dada melihat aksi mesra mereka berdua. Dia segera beristighfar. Tentulah senyuman Tiya melebar kerana harga pakaian tersebut mahal. Tentu Tiya dapat untung besar kerana Izz memang sanggup bayar.




Eriyza : Ada sesiapa yang menunggu kehadiran Izz dan Hasya tak?? Ha, ni depa berdua dah mai. Enjoy. :) 


Nota : Saya cuba meninggalkan komen di blog seorang pembaca tetapi tiada kotak komen di blognya. Jika penulis blog tersebut membaca topik ini, sila hubungi saya ladyqistina(@)gmail(.)com kerana ada sesuatu saya mahu kongsi dengan kamu.  

22 comments

Anonymous

like, want more please....

Eriyza June 1, 2013 at 2:17 PM

@Anonymous:
Terima kasih. :)

baby mio June 1, 2013 at 4:07 PM

Nak lagi.

Anonymous

heheheee..comel Hasya ni..cpt2 la bercinta

>><<

Aqilah Razuki June 1, 2013 at 9:52 PM

Izz dah ada perubahan yang baik...
Hasya dah pandai cemburu nampakkk...
kenapa pendek sangatttt
lama tunggu....

Kak Sue June 1, 2013 at 9:58 PM

Izz dah ada perubahan yang baik...
Hasya dah pandai cemburu nampakkk...
kenapa pendek sangatttt
lama tunggu....

Kak Sue June 1, 2013 at 9:59 PM

Izz dah ada perubahan yang baik...
Hasya dah pandai cemburu nampakkk...
kenapa pendek sangatttt
lama tunggu....

Eriyza June 1, 2013 at 10:15 PM

@baby mio:
Sabar ye. :)

Eriyza June 1, 2013 at 10:16 PM

@Anonymous:
Kasi depa kenal hati budi dulu.

Eriyza June 1, 2013 at 10:17 PM

@Kak Sue:
Pendek lagi kaa ni??
Penat cari idea. :)

strawberry.chocolate81 June 1, 2013 at 10:35 PM

lama giler tunggu n3 cite neh...anywayyyyy mmg pendek pon rasa hahahahah

Eriyza June 1, 2013 at 11:41 PM

@strawberry.chocolate81:
Errr, sikit punya susah mau cari idea daa. :D

IVORYGINGER June 2, 2013 at 2:41 PM

i want more... not enough... huhuhu... miss tia n izz. aduhai thaqif, siasat la dl tia tu sapa. memandai ja anggap tia tu adk izz.

nursya

Eriyza...lama tggu br ade n3 br...
Nk lg....
Byk2...hehehe;-)

Eriyza June 2, 2013 at 9:41 PM

@IVORYGINGER:
Tiya bukan pasangan Izz. :)

Eriyza June 2, 2013 at 9:41 PM

@nursya:
Terima kasih kerana sabar menunggu.

norihan mohd yusof June 3, 2013 at 12:14 AM

terima kasih pd u cik writer,akhir nyer....rindu akk pd novel Yes I Love You terubat gak..tp serius cik writer akk tak puas...ciput sngt...

Eriyza June 3, 2013 at 1:00 PM

@norihan mohd yusof:
Sabar ye kak.
Nanti saya sambung. :)

Anonymous

nk lagi cik writer...hehehe

Eriyza June 10, 2013 at 7:45 PM

@Anonymous:
Okey.

Ariena

thanks...
terubat rindu kt izz n sya...heheh

Eriyza June 18, 2013 at 12:14 AM

@Ariena:
Sama-sama. :)

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi membaca novel ini.
Sebarang komentar dari anda amatlah penulis hargai.