8/29/2015

Yes I Love You 52



Yes, I Love You – Bab 52

Rindu hatinya sudah tidak tertahan. Dia tidak dapat menumpukan sepenuh perhatian kepada kerjanya ketika berada di pejabat. Ada saja yang tidak kena. Fail tidak jumpa, dokumen tidak lengkap malah borang juga ada yang tidak ditandatanganinya. Sepanjang pagi, teruk Mimi dimarahi olehnya. Selepas makan tengah hari, dia tidak pulang ke pejabat. Hanya mesej ringkas dihantar kepada Mimi sebagai makluman gadis itu.

Dia memutuskan untuk menjemput isterinya di kampung. Biarlah rajuk isterinya masih ada, biarlah ibu mentuanya berleter sepanjang masa dan biarlah Alang memberinya penumbuk sulung sebaik dia keluar dari kereta. Dia rela. Dia tidak kisah itu semua. Dia sanggup mengharunginya. Asalkan Hasya kembali ke sisinya. Asalkan Hasya sudi menerimanya semula. Asalkan Hasya setia menumpahkan kasih sayang untuknya .

Dia tiba ketika jarum jam baru menginjak ke pukul 3.12 minit petang. Dadanya berombak kencang. Dia tidak segementar ini ketika melafazkan nikah dulu. Dia memandang buaian kayu yang masih ada di bawah pohon. Tempat bermain kegemaran isterinya itu kosong. Buaian itu dihampiri lalu diduduki. Dia berbuai perlahan. 

Menurut Hasya, buaian itu dibuat oleh arwah ayahnya ketika dia berusia 7 tahun. Sejak itu, dia sering berbuai di situ bersama arwah ayahnya dan juga abang-abangnya. Buaian itu juga menjadi tempat dia bersukaria mahu pun berduka. Walaupun belasan tahun telah berlalu, namun buaian itu masih kukuh untuk menerima tetamunya.

Alang baru selesai menunaikan solat Zohor ketika dia terlihat Toyota Caldina berwarna perak milik Izz tersadai di hadapan rumah. Dia mencari kelibat adik iparnya itu di ruang tamu dan di dapur tetapi tiada. Langkahnya diatur pula ke halaman rumah. Keretanya ada, mana pergi tuannya? Dia berbisik sendirian.

“Izz, kat sini rupanya, ye!” Alang menegurnya dari jauh.

Melihatkan Alang bercekak pinggang menuju ke arahnya, Izz menggenggam tali buaian dengan kuat. Dia perlu membuat persediaan kalau-kalau Alang menumbuk atau menyepaknya secara tiba-tiba. Sekurang-kurangnya dia tidak akan tersungkur teruk kalau sudah membuat persediaan awal. Getar di dadanya semakin hebat apabila langkah Alang semakin dekat.

“Apa khabar...?” Huluran tangan Alang disambut dengan tepisan yang kuat dari Izz. Alang hampir tersungkur ke atasnya. 

Alang menggosok dahinya yang terkena tali buaian dengan telapak tangan. Aduh! Pedih pulak! Apa hal dia ni? Aku nak berjabat salam, dia buka langkah silat pulak! Alang bermonolog.

“Alang tak apa-apa?” Izz menahan badan Alang dari jatuh ke atasnya. Dia menyangka Alang ingin menumbuk perutnya, sebab itulah dia bertindak balas. 

“Alang ni superhero... tentulah okey!” Alang tersengih. “Kenapa lepak kat sini, tak naik atas rumah?” Dia mengambil tempat di tepi Izz setelah lelaki itu memberinya ruang untuk duduk.

“Ambil angin kejap. Lagi pun... dah lama tak main buaian kayu ni.” Izz cuba menutup resah di hatinya. Dia tidak sabar-sabar ingin tahu keadaan Hasya sekarang.

“Jom naik atas... makan kat sini, ye.” Alang sudah bangun. Kakinya diatur beberapa tapak tapi Izz masih kaku di buaian. Terasa berat kakinya hendak masuk ke dalam rumah. Dia tidak tahu apa reaksi Hasya nanti. Marah? Sedih?

“Izz, jomlah. Alang dah lapar ni!” Alang memanggil lagi. Perutnya perlu diisi dengan kadar segera kerana pagi tadi dia tidak bersarapan. Diet! 

“Takpelah Alang. Izz dah makan sebelum datang ke sini.” Izz masih liat hendak bangun. Sukar benar hendak berhadapan dengan isterinya.

Izz memerhati ke sekeliling ruang di dalam rumah, kelibat isterinya langsung tidak nampak. Di dapur pun Hasya tiada. Ibu mentuanya juga melayannya dengan baik. Mengapa sangkaannya meleset? Mengapa Puan Fatimah tidak meleterinya kerana mengusir Hasya dari rumah? Mengapa Alang langsung tidak marah adiknya diperlakukan dengan kejam? Mana tumbukan Alang? Mana sepak terajang Alang?

“Alang, mana Hasya...?” 

“... Alang dah agak. Tentu Izz datang nak ambil fail adik, kan? Adik nak isi form untuk masuk universiti, kan?” Cantas Alang. Dia tersenyum lebar. Dua minggu lepas, dia sudah mengingatkan adiknya supaya mengisi borang permohonan kemasukan ke universiti secara online.

Izz senyum plastik walaupun dia diburu tanda tanya. Dia mendapat idea untuk mengorek rahsia isterinya. “Laa, Sya tak datang ambil fail dia? Izz dah suruh dia datang ambil sendiri sebab akhir-akhir ni banyak kerja kat office, takut tak sempat nak singgah sini.”

Alang menggeleng. “Takde pun. Adik memang payah nak pergi mana-mana sorang diri... dulu mak asuh dia macam tu. Kalau tak keluar dengan mak... mesti Alang, Angah atau Along yang temankan.” 

Whattt..?” Jerit Izz. Terkesima! Dia tidak menyangka Hasya tidak pulang ke rumahnya. Alang pula terkujat disergah begitu.

 “Wah, kalau macam tu, susahlah lelaki nak mengorat Sya!” Dia cepat-cepat mengalih topik. Tidak mahu Alang nampak kerisauan yang mula melanda hatinya.

Alang ketawa kecil. “Aha, saham adik tinggi sebab dia terror. Elok jugak dia bercinta lepas kahwin. Kahwin awal senang... taklah mak pening nak tolak banyak sangat lamaran.”

Izz tersenyum lebar. Dia berasa bertuah. Isterinya bukan perempuan yang mudah diusung ke hulu dan ke hilir oleh sembarangan lelaki. Hanya pemilik dirinya boleh berbuat demikian.

Alang membetulkan kedudukannya di kerusi rotan. “Izz tahu tak... Alang rasa Zikri pun suka kat adik... tapi... dia tak pernah pulak cakap. Agaknya tak kot.”

Senyuman Izz mati. Hatinya dipagut sayu mengenangkan Zikri. Seorang sahabat, seorang lagi isteri tetapi kedua-duanya menyakitkan hati.

Alang bergerak ke sebuah almari kaca. “Izz, Alang nak tunjuk trofi dengan medal yang adik pernah dapat.” Alang mengalihkan sejumlah pingat yang pernah dimenangi oleh abang-abang dan dirinya sendiri. Dia mengambil 15 buah piala dan pingat emas yang pernah dimenangi Hasya lalu ditunjukkan kepada Izz.

“Sya terror sukan, eh?” Izz membelek-belek pingat yang menjadi milik isterinya. Kebanyakan nya datang dari acara olahraga. Tak sangka, hebat juga budak Hasya.

“Bukan setakat sukan, akademik pun adik cemerlang. Abang-abang dia semua kalah. Kalau Izz nak tengok result exam adik, pergilah cari fail warna purple dalam bilik adik.” Alang menyimpan semula piala dan pingat emas yang dikeluarkannya tadi.

Izz menolak daun pintu bilik Hasya. Bilik itu tetap kemas walaupun tuannya tiada. Dia menghampiri satu-satunya almari perhiasan yang ada di dalam bilik itu. Dia duduk di birai katil. Dia mengambil gambar perkahwinannya dan Hasya yang terletak di atas almari. Direnung lama. Bahagiakah perkahwinan mereka?

Dia membuka almari ketiga, fail berwarna ungu sudah kelihatan tetapi di atasnya terdapat album gambar. Dia mengalihkan album gambar tersebut ke atas katil. Fail berwarna ungu dibuka. Helaian demi helaian fail diselak, di bahagian hadapan tersusun elok sijil penghargaan dari pelbagai pertandingan dan kuiz yang Hasya sertai.  

Izz membelek lagi. Satu demi satu helaian disemak. Tiba di pertengahan fail, matanya tertancap pada keputusan peperiksaan UPSR Hasya. “Alah, time UPSR... bolehlah score 7A.” Dia memandang enteng taraf akademik isterinya. 

Seterusnya peperiksaan PMR pula dilihatnya. “Wah, 8A! Mesti soalan bocor masa dia ambil PMR.” Senyuman sinis bermain di bibirnya. Dia menafikan sekeras-kerasnya bahawa isterinya seorang yang cerdik. Tidak mungkin!

Helaian sebelah dibuka. Bola matanya diluaskan sedikit. Keputusan cemerlang peperiksaan SPM Hasya menjadi santapan matanya. “Ya Allah! 10 1A! Sya memang cerdik.” Akhirnya dia mengaku kalah. Keputusan peperiksaan yang masih berada di dalam fail ditarik keluar. Dia mendekatkan keputusan peperiksaan itu ke mukanya. Dia mengamati agak lama kertas peperiksaan tersebut.

Petang itu, Izz berenang bebas di kolam renang. Sudah lama benar dia tidak terjun ke kolam renang tersebut. Dia melepaskan giannya sepuas hati. Sudah dua jam dia berenang. Berbagai gaya sudah dicubanya. Gaya kuak kupu-kupu, kuak lentang, kuak dada dan gaya bebas!

Hasya cuma duduk di tepi kolam renang. Dia memerhatikan suaminya yang kelihatan seronok berenang. Hendak turut serta, dia tidak pandai berenang. Sudahnya, dia hanya menjadi penonton. Ada perkara penting perlu disampaikan kepada lelaki itu. 

Tuala dihulurkan kepada Izz tatkala lelaki itu sudah naik ke atas. Izz mengelap badannya yang basah. Dia duduk di atas kerusi yang sudah tersedia di situ. Segelas sunquick perisa Tropika yang telah disediakan Hasya disedut beberapa teguk.

Hasya tercegat di sebelah Izz. Merenung jauh ke wajah suaminya. Berkira-kira hendak menuturkan sesuatu tetapi ayat-ayatnya terhenti di kerongkong, tidak berani hendak dilepas keluar. Apa lagi, kebelakangan ini mood lelaki itu kurang baik.

“Syaaa...!” Pekik Izz. Dia berang apabila pertanyaannya tidak dijawab.

Hasya terkulat-kulat. Tidak pasti kenapa dia ditengking. “Abang nak apa-apa?” Soal Hasya tanpa mengetahui apa sebenarnya kemahuan Izz.

“Berangan je tau!” Sindir Izz. “Kenapa kau tercegat macam tu? Nak jadi model payung?” Dia memegang batang payung besar yang menjadi teduhannya bersantai.

Hasya melabuhkan punggungnya di kerusi satu lagi. “Abang... Sya nak mintak...”

“...Kau ingat aku cop duit ke? Baru setengah bulan, kau dah habiskan RM2000 tu?” Izz melempar tualanya ke sebelah Hasya. Tanda marah!

Tuala yang jatuh di kakinya diambil lalu diletakkan di atas riba. “Tak... bukan pasal duit. Sya nak mintak izin untuk sambung belajar. Boleh tak?” Akhirnya terluah juga hajatnya itu.

“Apa? Belajar?!” Tersembur air sunquick yang sedang disedutnya. Izz ketawa terbahak-bahak. “Kau ingat result exam kau bagus sangat? Dapat straight A’s?” Izz mengejek. “Sudahhh..! Tak payah buat lawak depan aku. Baik kau bersenang-lenang je dalam rumah ni.” Izz bangun dari kerusinya. “Masukkk...! Tak payah berangan nak kelek buku!” Tawanya masih kedengaran sebelum dia menghilang ke dalam rumah.

Izz meraup mukanya. Masih jelas di ingatannya sindiran pedasnya terhadap Hasya tempoh hari. Dia memandang rendah kepada isterinya sendiri tanpa mengetahui kebolehan sebenar Hasya. “Sya... maafkan aku! Aku tak tahu... aku tak tahu kau pelajar cemerlang.” Fail ditangannya ditutup kuat. Dia bergegas keluar dari bilik bersama fail itu. Tanpa memaklumkan kepada Alang mahu pun Puan Fatimah, Izz beredar dari situ. Tujuannya cuma satu, mahu mencari Hasya.  


Eriyza : Salam sayang buat semua pembaca yang masih sabar menunggu enovel ini disambung walaupun sudah sekian lama berhibernasi. Sejujurnya, penulis sudah berputus asa untuk menyambung kisah Izz dan Hasya setelah semua hasil penulisan hilang dek kerosakan komputer. Ketika membelek email, penulis terpandang hasil tulisan yang sempat diselamatkan di kantung gmail. Maka, terbitlah episod barunya buat mengubat rindu kalian. Buat yang bertanya tentang penerbitan enovel ini di pasaran, maaf jika penulis terpaksa menghampakan kalian kerana penulis tidak mahu cerita ini dibukukan. Biarlah ianya sekadar bacaan santai tanpa pulangan lumayan. Sekali lagi, terima kasih kerana menyokong karya Eriyza.

 

23 comments

IVORYGINGER August 29, 2015 at 8:17 PM

oh my... how i miss the stories... Eriyza pls continue writing this novel... Jgn putus asa... Sy dah follow ceta ni dr mula... xsyok klu skerat jalan. Mgkin yg thilang sblm ni masih ad yg kurang... tp bila dsambung kembali garapan Eriyza lebih matang. Ad hikmah smuanya. Ad sambungan email sy: hazwani367@yahoo.com

Anonymous

lamanya tunggu cerita ni..selepas ayah you tak sihatt terus sunyi

Nadirah Kun September 2, 2015 at 10:08 AM

sambung la lagi....best citernya :)

baby mio September 3, 2015 at 2:34 PM

BEST NAK LAGI.

Saerah Kamil September 9, 2015 at 5:40 PM

Best sangattttt...please sambung lagi

Riena September 23, 2015 at 2:01 PM

akhirnya..ada juga sambungan citer Izz & Hasya..terubat rindu.
urmm..kemana la hilangnya Sya ya?
plzzz..sambung cpt2..
moga dilimpahkan idea2 tuk sambung novel nie..

Nursara ryan umairah October 7, 2015 at 12:04 AM

bila nk sambung?

ssazma October 8, 2015 at 10:20 PM

Bes sgt. Bru jmpa ni..

Adawiyah Mahsan October 16, 2015 at 12:14 AM

Bila nak sambung ni...

comelbushuk November 3, 2015 at 9:15 AM

hai.. saya jumpa novel tajuk "Yes I Love You" ni pagi semlam .. marathon sampai ke malam .. hehe. dari bab 1 sampai la nukilan bab 52 ni .. Buat penulis.. tahniah .. walau tempoh cerita ni untuk sampai ke bab ini lama.. masih ada yang setia menunggu dan memberi komen yang positif.. :) hurm.. tak sabar nak tunggu sambungan yang seterusnya.. moga dipermudahkan segala urusan .. diberikan limpahan idea yang mencurah2 buat penulis.. :)

Anonymous

Sambung lhh cecepat yer ,.... Mmuahh.

adeeba December 11, 2015 at 2:45 PM

sy dah hbis bca hingga bab 52..mna bab seterusnya?hasya ke mana?huhu..cpt2 samb6ng yea..byk persoalan yg perlu dileraikan ni..sy tungguuuu

Nurul Suraya December 24, 2015 at 3:37 AM

Sambungggggg

Nabilah Cmz February 19, 2016 at 9:25 PM

Kak... smbung laa n3 nim.. sy bce bab 1 hngga bab 52 smpai mlm.. best..


Baby Lover143 March 27, 2016 at 1:43 PM

Smbnggg lhhh

Riena June 10, 2016 at 12:50 PM

Hai sis...xda sambungan dah ke entry nie...rindu la kat Izz & Hasya

Maia Shafiqah August 2, 2016 at 6:08 AM

Takde lagi ke sambungan?

Roy Jr. August 10, 2016 at 2:13 AM

Assalamualaikum, please sambung lagi cerita niiii :')

Dewi Aja August 12, 2016 at 10:28 PM

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website kami www.kumpulbagi.com atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

soffy malik August 15, 2016 at 6:00 PM

Takde sambungan ?? Dah lme tunggu

soffy malik August 15, 2016 at 6:01 PM

Takde sambungan ?? Dah lme tunggu

Ain Naqila Kamari December 27, 2016 at 11:34 AM

Tak akan sampai sini je ? Sambung laaaa hmm :')

Nadia Nordin May 23, 2017 at 6:03 PM

xda ke sambunan nye lg?plzzz rindu kt IZz dan Sya

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi membaca novel ini.
Sebarang komentar dari anda amatlah penulis hargai.