9/24/2013

Yes I Love You 49



Yes, I Love You – Bab 49

Hari minggu terasa begitu sepi tanpa Hasya di sisi. Izz cuba merasai kehadiran gadis itu di dalam biliknya tetapi hampa. Bilik tidurnya yang besar itu terasa begitu kosong tanpa seorang lagi penghuninya. Apalah gunanya bilik yang besar lagi mewah itu jika orang yang mendiaminya tidak ceria lagi. Hasya sudah pergi. Ya! Hasya pergi atas arahannya. 

Izz terlepas Solat Subuh. Dia memarahi dirinya sendiri kerana susah benar hendak bangun walaupun jam loceng banyak kali berdering. Dia bangun tatkala cahaya matahari sudah menerjah masuk ke biliknya melalui jendela yang langsirnya tidak tertutup rapat. Dia menggeliat malas. Ruang tidur di sebelah diraba-raba. Kosong! Kalaulah Hasya ada, tentu dia tidak akan terlewat bangun.

Izz bersandar di kepala katil. Dia menguap kecil, masih lagi dalam keadaan mamai. Matanya sekejap celik, sekejap pejam. Laut fikirnya cuba menganalisis kembali peristiwa yang berlaku malam tadi. Peristiwa yang berlaku atas kehendaknya. Peristiwa yang dirancang setelah dia berfikir panjang. Peristiwa itu jugalah yang memisahkan Hasya dari dirinya. 

“Abang... kalau Sya mati di dalam tempoh perpisahan ini... halalkanlah makan minum Sya. Ampunkan segala salah silap Sya. Kalau boleh, redhalah Sya sebagai isteri abang...” Sebaik menuturkan kata-kata tersebut, Hasya berlari masuk ke perut teksi. Teksi itu menghilang bersama kepekatan malam.

Izz tersentak. Dalam sekelip mata, Hasya sudah tiada disisinya.Ungkapan ‘mati’ yang disebut Hasya membuatkan dia tersedar kembali. Dia tidak dapat membayangkan jika dia dan Hasya tidak bertemu lagi selepas ini.

“Syaaa....!” Jeritnya. Namun jeritannya langsung tidak didengari oleh Hasya. Jeritan itu hanya bergema di sekitar banglo mewahnya, tidak mampu menceroboh masuk ke ruang teksi yang sudah bergerak meninggalkan halaman rumah tersebut.

Izz meraup mukanya. Kata-kata terakhir Hasya malam semalam asyik kedengaran di telinganya. Dia tidak pernah berfikir sejauh itu. Dia tidak dapat membayangkan apa yang akan terjadi kepadanya jika perkara itu benar-benar berlaku. Natijahnya, ayat itu berulang kali menganggu ketenangannya.

Izz mencapai tuala lalu menapak masuk ke bilik mandi. Air pancut dibuka lalu dibiarkan membasahi seluruh tubuhnya. Di dalam juraian air ‘hujan’ itu, dia melihat sekeping nota terlekat berhampiran bekas peralatan mandi. 

Shave cream dah tinggal sikit, stok baru belum dibeli.

Izz mengambil nota itu. Mengenangkan Hasya masih mengambil berat ke atas dirinya walaupun dia berlaku zalim, dia berasa sedih. Hatinya pedih!

Usai mandi, dia turun ke bawah untuk bersarapan. Ruang dapur kemas tanda tidak berusik. Tiada bau masakan yang sentiasa membuka seleranya. Tiada makanan terhidang di meja makan saat tudung saji dibuka. Tiada air minuman yang disuakan kepadanya ketika dia duduk di kerusi. Peti sejuk dibuka, pelbagai jenis sayur-sayuran dan buah-buahan memenuhi ruang. 

Sayangnya, dia tidak tahu memasak. Dia memandang sepi isi ayam dan sotong yang sudah siap dipotong. Jika Hasya ada, sudah pasti akan disuruhnya memasak macam-macam. Mak Bee pun tidak ada. Tiada restoran mahupun kedai makan berhampiran kawasan perumahan mewah itu. Kalau dibina sekali pun, siapa yang akan singgah kerana setiap rumah mempunyai amah. Sudahnya, dia mengambil dua biji epal lalu dikunyah perlahan. 

Ketika menutup pintu peti sejuk, Izz melihat ‘sticky note’ terlekat di situ. Dia mendekatkan mukanya pada nota itu, ingin tahu apa yang tertulis.

Karipap ayam frozen ada dalam bekas plastik warna putih. 

Tiga camca milo disudu. Air panas dari termos dituang ke dalam mug. Tiga camca susu pekat manis dimasukkan. Milonya dikacau perlahan. Mug diacukan ke bibir lalu air milo diteguk. Izz tersentak dek kerana rasa panas yang melalui kerongkongnya. 

“Sya... aku terror buat air milo. Kau nak rasa tak milo buatan aku?” Izz mengganggu Hasya yang mahu menyediakan air untuknya.

“Ye ke? Boleh jugak... Sya nak tengok skill abang buat air.” Hasya tersenyum. Dia bergerak sedikit, memberi laluan kepada Izz untuk menunjukkan bakat.

Izz dengan bangganya menyuakan air yang telah siap dibancuh kepada Hasya. “Cubalah! Mesti sedap punya.”

Dengan lafaz bismillah, Hasya menelan milo itu seteguk. Bulat matanya memandang Izz. “Panas melecur... manis melekat.” 

“Panas? Manis? Kau tipu aku kot!” Izz merampas mug dari Hasya lalu air buatannya yang kononnya lazat diteguk. Memang panas! Memang manis! Keputusannya, Izz gagal! “Kenapa milo yang kau buat rasanya lain?” 

“Ada dua sebab... yang pertama, Sya letak air panas separuh dan air masak separuh, barulah tak panas sangat bila diminum. Satu lagi, Sya tak letak susu sebab milo tu dah manis.”Mug ditangan Izz diambil. Milo tersebut ‘dibaiki’ sebelum dihirup. Tak elok membazir!

Izz tersenyum pahit. Hasya dengan peribahasa yang direkanya sendiri sentiasa mengundang gelak ketawanya. Izz menuang sedikit airnya yang panas lagi manis lalu ditambah dengan air masak sebelum diminum semula. Memang jauh berbeza rasa milo buatannya dan milo air tangan Hasya. 

Izz berjalan ke luar rumah. Dia melihat bunga-bungaan hasil ‘tangan’ ibunya dan Hasya segar berkembang. Seumur hidupnya, dia tidak pernah menyiram pokok-pokok bunga tersebut. Hari ini, dia mencipta sejarah apabila mengambil alih tugas Hasya menyiram bunga-bunga tersebut. Pandangannya jatuh pada bunga orkid.

♪♪ Apa di pandang kepada anggerik
Tumbuh meliar di dalam hutan
Mekar sehari besok binasa
Sebelum layu ia kan mati

Bukan memandang kepada cantik
Pokok pangkalnya hati berkenan
Kalau sesuai budi bahasa
Sampai berkubur bersatu hati

Bunga Anggerik yang mekar
Sungguh molek di pakai
Bunga Anggerik di desa
Indah budi bahasa ♪♪

“Sya... kau puji bunga anggerik... tapi... kau belek bunga orkid.” Sergah Izz ketika Hasya sedang asyik menyanyi di sekeliling taman orkid. Dia ketawa.

Nyanyian Hasya terbantut. “Bunga anggerik dengan bunga orkid tu bunga yang sama. Sebutannya saja yang berbeza mengikut bahasa.” Tangannya terus ligat menyiram pokok-pokok bunga yang lain pula.

Paip air di tangan Izz melurut ke bawah sehingga membasahi kaki seluarnya. Di taman bunga itu pun, ingatannya pada Hasya tidak pernah padam. Izz segera menutup pili air. Dia masuk semula ke ruang tamu.

Punggung dihenyak ke sofa. Televisyen dibuka, saluran Astro sedang menayangkan filem klasik Tan Sri P Ramlee berjudul Ahmad Albab. Ketika itu, babak nyanyian antara Syawal dan Mastura yang baru mendirikan rumahtangga terlayar di skrin .

♪♪ Kita semua sepakat, dikampung hai pening lalat
Mengucapkan selamat hai selamat pengantin baru

Dari dulu berapa kali ana ceritakan
Kebahgiaan ditangan tuhan
Hasya miskin dapat kahwin orang kaya
Izzdihar anak Datuk Al Izzuddin ♪♪

Hasya mengalunkan lagu itu mengikut lirik yang telah ditukar di tempat yang sesuai olehnya sendiri. Dia langsung tidak menyedari kehadiran Izz dibelakangnya. 

“Amboi, seronoknya buat latihan vokal! Nak buat konsert amal?” Sindir Izz. Kepala  digeleng-digelengkan apabila melihat gelagat isterinya itu. 

Hasya berpaling ke arahnya sambil tersengih. “Taklah... tapi... kalau abang bagi, Sya tak ada masalah.” Jawab Hasya selamba sebelum meneruskan tontonannya.

Izz segera menutup televisyen. Entah mengapa semua benda yang dibuatnya ada sangkut-paut dengan Hasya. Mungkin dia perlu berbuat sesuatu. Hatinya merintih pilu. Sungguh dia rindu! Rindu pada gadis itu! 

Izz mencapai kunci kereta. Dia perlu ‘lari’ dari rumah buat seketika kerana bayang Hasya mengejarnya di situ.  Terlalu banyak kenangan yang diciptanya bersama Hasya di banglo milik papanya. Hasya yang dikahwini tanpa mengenali hati budi mula disenanginya setelah beberapa bulan hidup bersama. Apabila rasa cintanya mula terbit buat isterinya, gadis itu membuat onar. Kepercayaannya kepada Hasya setinggi gunung tetapi runtuh dalam sekelip mata.

Izz memandu keluar dari kesesakan Kuala Lumpur. Caldinanya dipandu mengikut had laju di lorong kiri. Dia mahu mencari ketenangan di tempat yang sunyi. Punat radio ditekan, lagu yang bersiaran di radio swasta begitu membingitkan telinganya. Dia menukar siaran, lagu cina pula kedengaran. Sepatah haram pun tidak difahaminya. Sekali lagi siaran radio ditukar, kedengaran suara penyampai radio sedang berceloteh. 

“Terima kasih kerana terus setia bersama Radio Malaysia, Klasik Nasional. Seterusnya saya akan putarkan lagu permintaan Raimie yang berada di Kemaman, Terengganu. Lagu pilihannya ialah Hati Rindu. Katanya lagu ini ditujukan kepada kakaknya, Shahiza yang berada di UKM, Bangi.” Seketika kemudian, lagu pun berdendang.

Izz mahu menukar siaran radio apabila tangan Hasya menghalang jari-jemarinya. “Kau ni kenapa? Tak jemu lagi dengar lagu lama walaupun setiap hari layan filem P. Ramlee?” Izz mulai bosan dengan kegemaran Hasya melayan lagu klasik.

Hasya tayang gigi. “Tak pun. Kat tv tayang cerita P. Ramlee, tentulah lagunya pun lagu P. Ramlee... tapi Klasik Nasional siar lagu-lagu klasik yang lain macam lagu Jasni, Rahmah Rahmat, Momo Latif, R. Ismail...” Hasya membilang-bilang penyanyi yang dia tahu.

“No way! Aku nak dengar Red Fm. Alihkan tangan kau, cepat!” Tangan Hasya ditepis. Izz takkan beralah kali ini. Dia mahu mendengar lagu yang lebih segar dan terkini.

“Alah abang... rancangan ni tinggal setengah jam je lagi. Lepas habis nanti, abang tukarlah. Lagi pun, Sya dah lama tak dengar lagu R. Azmi ni. ” Hasya separuh merayu. Kalau di kampung dulu, dia tidak pernah melepaskan peluang untuk mendengar rancangan Pilihan Hati ke Hati. “Bukan selalu Sya dapat dengar rancangan ni...” Suara Hasya semakin kendur. Merajuk!

“Okey! Lepas habis, tukar ke Red Fm.” Akhirnya Izz mengalah. Tidak sampai hati untuk menghampakan Hasya. Lagi pun, bukan selalu Hasya mendengar Klasik Nasional di dalam keretanya.

Izz tidak jadi menukar stesen radio. Dia membiarkan sahaja lagu-lagu klasik menjadi santapan telinganya. Bersama-sama lagu yang berdendang sayu, wajah Hasya menerpa di ingatannya. 



Eriyza : Sesungguhnya manusia hanya merancang, Allah jua penentu keputusannya. Permohonan maaf penulis nukilkan kepada semua pembaca ekoran kegagalan menghabiskan enovel ini menjelang Syawal. Penulis tidak boleh fokus pada penulisan dek kerana beberapa perkara penting perlu diuruskan terlebih dahulu. Sekali lagi, jutaan ampun maaf dari hati penulis. 
 

13 comments

Kak Sue September 24, 2013 at 5:42 PM

x pa lah... Izz tu lah bila ada depan mata di marah & di halau.. bila dah tiada baru ingat Sya...
kasihan Sya ...

Hidayah

Jahat gila izz ni..bini pnya baik dihalau..xpe kami mmahami ksibukn cik writer

nursya

Xpe ktorg ttp ternanti2 n3 br dr penulis

Anonymous

x pa...janji ada n3...lama lg ke nk abis??

IVORYGINGER September 24, 2013 at 8:54 PM

Its okay. At least I you post the new entry. I feel excited what happen to Sya. Where did Sya going? Pity her. But I want her to be strong n prove to her husband. Live can be better without an ego husband who only care about his feeling. Pasal Thaqif, klu Sya jumpa lu balasah dia cukup2x. Biar dikenang smpai mati. Bahalul punya org isteri org pun lu mau kacau ka.

norhidayah muda September 24, 2013 at 10:40 PM

xpe la. biase la manusia merancang tuhan oun merancang tetapi perenacangan Allah la yg terbaik

norihan mohd yusof September 24, 2013 at 11:24 PM

tq dek writer...akhir nyer ade n3 br dari u...tabah yer dek dlm ape jua dugaan yg mendatang...semuga u sentiasa sukses dlm berkarya dn kehidupan...

baby mio September 25, 2013 at 1:40 PM

BEST....

Anonymous

takpela..ktorang ttp tnggu n3 baru dri penulis..apepe pon,tq sbb dah tulis citer best...terbaek..hehehe

Riena September 28, 2013 at 8:08 PM

xpe kak eriyza..biasa la..sebagai manusia, kita ada kehidupan kita sdri..so bila2 senang akak leh smbung menulis.kami tetap menunggu...hari2 dtg melawat blog akak.hehehe...

nk komen tntg n3 nie lak;
cian kt izz...nie baru izz.cam ne la ngn sya kn?sya g mane la agak nye...izz x risau ke?xterdetik ke kt hati dia sya tu kemane...tido mane ke..ada duit ke x mase kuar umh tu..mane la tau sya x blk umh fmly dia..
ape2 pon biar izz tau rase rindu dulu sblum jumpe ngn sya..biar dia gila byang jap..hehehe

Didie Alimen October 9, 2013 at 9:21 PM

Akak...nnt sambung ekk?? Pls pls pls

Fiza Zainal Abidin October 24, 2013 at 2:56 AM

Bila ada sambungan yer dik..best sgt. Kalau boleh jadikan watak hasya seorg wanita yg kuat

lucy wong

hai cik writer..cerita Yes,I love You sangat siok ! Nasib terjumpa blog cik writer pada tgh2 mlm !trus baca marathon...Harap2 cik writer cepat2 update yer..please jgn lambat sgt ..:)

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi membaca novel ini.
Sebarang komentar dari anda amatlah penulis hargai.