Yes,
I Love You – Bab 39
Dia
menguak pintu tingkap bilik seluas-luasnya. Satu persatu tingkap dibuka agar
angin pagi yang dingin dapat menerobos masuk. Dia berpeluk tubuh sambil membiarkan tubuhnya terus digigit
angin yang berhembus lembut. Rambutnya beralun-alun apabila ditiup angin.
Izz
masih lena di tempat pembaringan. Sudah menjadi kelaziman bagi lelaki itu untuk
tidur semula selepas solat Subuh, lebih-lebih lagi pada hujung minggu. Namun,
tidak bagi Hasya. Dia bangun sebelum muazzin melaungkan Azan. Sebaik
melaksanakan perintah Tuhan, dia lebih gemar membuat kerja rumah dari
menyambung tidur. Lagi pun, pintu rezeki terbuka luas pada awal pagi. Justeru,
tiada ruginya jika dia mengorbankan masa tidurnya untuk sesuatu yang lebih
berfaedah.
Baju
T biru kundang berlengan panjang sedondon dengan seluar trek disarung ke tubuh.
Rambut ikal mayangnya disanggul kemas. Tudung berwarna hitam dipakai. Hasya
menuruni anak tangga untuk ke bawah. Stokin berwarna kelabu disarungkan ke
kakinya. Kaki dimasukkan ke dalam kasut sukan yang agak lusuh tetapi masih
boleh digunakan. Hasya membuka pintu utama banglo mewah Datuk Izzuddin.
“Hoi,
nak ke mana tu? Matahari pun belum bangun, kau dah nak merayap?” Sergahan kuat
mengejutkan Hasya.
“Astaghfirullahalazim.”
Dadanya diurut-urut. Raut wajahnya jelas kelihatan terkejut. Dia berpaling ke
arah suaminya. “Sya cuma nak bersenam kat laman depan. Boleh?”
“Kau
belajar dari siapa ni? Buat dulu... baru mintak izin suami?” Izz bercekak
pinggang. Dia bergegas ‘mandi kerbau’ sebaik Hasya keluar dari bilik tidur
mereka.
“Maafkan
Sya.” Hasya cuma tunduk. Tunduk memandang kasutnya sendiri.
Sebelum
ini, memang dia selalu bersenam di halaman hadapan banglo itu tetapi Izz tidak
pernah pula memarahinya. Lagi pun, Izz pernah melihatnya bersenam di situ
tetapi tiada pula berkata apa-apa. Kenapa hari ini semuanya berubah? Kenapa
hari ini perlu marah?
Izz
sengih tepi tetapi cepat-cepat dia membuat muka serius kembali. “Aku melarang
kau bersenam kat sini.”
Hasya
mengangkat muka. Tersentap dengan amaran Izz. Entah apalah salahnya sehingga
Izz membuat larangan itu. Peliknya, lelaki itu sendiri sudah lengkap berpakaian
sukan. Mungkin dia hendak berjogging. Izz berjalan melepasi Hasya. Bahu
isterinya sengaja dirempuh. Badan Hasya tergerak sedikit kerana rempuhan itu.
Izz
menuju ke arah motosikalnya. Sudah seminggu ‘isteri kedua’nya itu tidak
ditunggang ekoran terlalu banyak kerja perlu dibereskan. Hari ini, dia mahu
meluangkan masa cutinya yang ada dengan ‘isteri-isterinya’.
Hasya
hanya memandang Izz yang sudah memasukkan kunci motosikalnya. Dia ingin sekali
mengekori suaminya keluar tetapi dia tidak berani bersuara. Sudahnya, Hasya
berjalan masuk perlahan-lahan ke dalam rumah dengan wajah menunduk.
Izz
yang menyaksikan situasi itu tersengih nipis. Suka benar dia kerana dapat
mengusik Hasya. “Ikut aku. Hari ni kita bersenam kat taman rekreasi.” Izz sudah
menghidupkan enjin motosikalnya. Menderum-derum bunyi enjinnya apabila tombol
minyak dipulas-pulas.
Mendengarkan
arahan itu, Hasya cepat-cepat berpaling. “Sungguh? Serius?” Wajah monyok Hasya
sudah berubah ceria. Dia seakan tidak percaya hari ini dia berpeluang untuk
bersenam di taman rekreasi. Sewaktu dia belum berkahwin, dia selalu berjogging
dengan Alang di taman permainan kanak-kanak berhampiran dengan rumahnya. Kini,
saat-saat itu akan berulang lagi walaupun pasangan dan tempatnya berlainan.
“Cepatlah!
Kau lambat, aku tinggal!” Izz mengugut. Dia sudah naik ke atas motosikalnya.
“Naik
motor? Kenapa tak jogging je ke taman rekreasi tu?” Bukankah kebiasaannya Izz
berjogging sahaja ke taman rekreasi tersebut.
Kenapa
pula bila diajak Hasya bersama, mereka perlu naik motosikal? Hasya bukannya tak
larat hendak berlari ke tempat tersebut.
“Suka
hati akulah. Kau nak pergi ke tidak ni?” Izz mula bosan dengan soalan demi
soalan dari isterinya.
“Nakkk...!”
Hasya berlari ke arahnya. Gembira benar dia. Gembiranya seperti hendak
melancong ke luar negara.
“Pergi
ambil helmet.” Sewaktu dia hendak memanjat naik motor, Izz memberi arahan.
“Nak
buat apa? Taman rekreasi tu dekat je. Bukannya ada polis pun.”
“Ambil
jelah. Kau ni... banyak sungguh objection!”
Izz sudah marah.
Hasya
sempat tersengih sebelum berlari mengambil helmet untuk mereka. Sebaik Hasya
duduk di kerusi penumpang, Izz terus memecut motosikalnya. Gadis itu terpaksa
memeluk pinggang Izz erat. Izz tersenyum meleret di sebalik helmet yang menutup
keseluruhan mukanya. Seronok dipeluk sedemikian rupa. Lagi pun, halal.
Ketika
mereka sampai di taman rekreasi tersebut, pengunjung belum ramai. Mungkin
kerana hari masih terlalu pagi, suasana pun masih gelap. Hasya menghirup udara
pagi yang nyaman sepuasnya. Dia mendepakan tangan, udara disedut dalam-dalam
dengan kaki sedikit terjingkit. Kemudian, tangan diluruskan ke bawah, nafas
dihembus lalu kaki diratakan ke tanah. Hampir lapan kali dia melakukan perkara
yang sama.
Izz
yang memandang perbuatan isterinya turut serta di dalam acara itu. Kemudian,
mereka memanaskan badan seketika sebelum melakukan aktiviti selanjutnya.
“Aku
biasa jogging mengelilingi taman. Memandangkan taman ni agak besar, mungkin kau
tak larat nak menghabiskan satu pusingan. Kat sini ada banyak kerusi, kalau kau
penat... duduk dulu. Kita jumpa kat sini nanti. Okey?” Izz memberi sedikit
pesanan sebelum memulakan larian.
“Okey.”
Hasya tersenyum nipis. Jom kita tengok siapa yang penat dulu. Dia atau
Izz?
“Lagi
satu... aku tak tunggu orang. Kau lambat, aku tinggal. Faham?” Izz sudah pun
memulakan lariannya.
Hasya
mengangguk. Dia sengaja membiarkan Izz meninggalkannya kira-kira 50 meter
sebelum dia turut mengorak langkah. Larian Hasya sederhana tetapi konsisten.
Izz
masih mendahului di hadapan. Lariannya sekejap laju, kemudian perlahan. Dia
tidak memandang ke belakang tetapi hatinya meronta-ronta ingin tahu di mana
isterinya beristirehat. Pada sangkaannya, tentu Hasya sudah penat lalu berehat
di kerusi yang telah disediakan. Dia tidak sabar-sabar ingin menghabiskan
pusingan joggingnya.
“Lagi
100 meter, tamat pusingan pertama. Apa kata kita jogging satu pusingan lagi?”
Entah dari mana munculnya, Hasya sudah menyaingi larian Izz.
Izz
terkebil-kebil memandang Hasya. Selama ini dia hanya berjogging satu pusingan
sahaja. Kemudian, dia akan beralih ke peralatan senaman lain atau pulang ke
rumah. Dia sudah letih. Peluh pun sudah membasahi bajunya.
“Kau
larat ke? Aku no hal.” Izz
mempertahankan egonya. Peluh yang membasahi hidung diseka dengan belakang
tangan kiri.
Senyuman
menguntum di bibir Hasya. Dia masih bersemangat berjogging, tiada tanda-tanda
penat terpamer di wajahnya.
Baru
sahaja 75 meter jogging di pusingan kedua, Izz sudah tidak mampu bertahan. Dia
perlu berehat untuk melepaskan lelah. Dia mula mencari helah.
“Aduhhh...!”
Jeritnya tiba-tiba. Dia memegang perut dengan kedua-dua tangannya sambil
menunduk. Mukanya berkerut menahan sakit.
Hasya
cemas. Lariannya terhenti. Dia segera mendapatkan Izz. Bahu Izz dipegang.
“Abang... kenapa ni? Kat mana sakit?”
“Aku
sakit perut.” Izz masih lagi memegang perutnya.
Hasya
memapah Izz ke kerusi batu yang berhampiran. Izz didudukkan di situ. “Kita
pergi klinik.” Usul Hasya.
Izz
menggelengkan kepalanya laju. “Tak nak. Aku cuma perlu rehat sekejap.”
“Nanti
kalau melarat, susah pulak. Jomlah... kita pergi klinik.” Pujuk Hasya lagi.
Izz
merenungnya tajam. “Kau tak dengar ke? Aku cakap tak nak. Lepas rehat nanti,
aku okeylah.”
Hasya
malas hendak memujuk lagi. Susah hendak berkomunikasi dengan orang yang
berperangai macam Izz. Nasihat Hasya tidak mahu didengar langsung.
Izz
bersandar kelegaan di kerusi batu tersebut. Penatnya sudah hilang sedikit. Pengunjung
sudah ramai memenuhi taman rekreasi itu. Kebanyakannya datang dengan tujuan
untuk beriadah sama ada dengan teman atau keluarga.
Hasya
masih setia menemaninya. Walaupun Izz menyuruhnya menyudahkan joggingnya tetapi
dia berkeras untuk duduk di situ bersama Izz. Mungkin dia risau hendak
meninggalkan lelaki itu seorang diri. Sudahlah sakit, degil pula. Akhirnya
Hasya cuma membuat senaman ringan bersebelahan tempat duduk mereka.
Izz
memerhati penuh minat Hasya bergayut di palang. Satu demi satu palang-palang
itu dipaut dengan tangannya sambil kaki berjuntai. Gayanya umpama tentera
wanita yang sedang menjalani latihan. Belasan palang sepanjang tiga meter itu
berjaya dilepasi. Izz sedikit kagum. Hasya mempunyai tubuh badan yang cergas
dan stamina yang tinggi.
“Hi guys! You all pun beriadah kat sini jugak?”
Izz
mendongak. Wajah lelaki di hadapannya mengundang rasa walang di hati. Hasya
melompat turun dari palang tempat dia berpaut.
“Thaqif.
You pun ada? Tahu pulak you tempat ni.”
Hasya
cuma membatu. Kehadiran Thaqif membuatkan dia kecut perut.
“Zikri
yang bawa I ke sini. Dia tengah cari
tempat letak kereta. Apa kata kita jogging sama-sama?” Thaqif tersenyum. Dia
sempat mengenyitkan matanya kepada Hasya. Mujurlah Izz tidak nampak.
“Lain
kali sajalah. Kami pun dah nak balik ni. Sorry,
ye.” Izz bangun dari kerusinya. Tangan Hasya ditarik lalu mereka berlalu
meninggalkan Thaqif sendirian di situ.
“Tapi...
perut abang...” Hasya sedikit gusar apabila Izz yang sakit sebentar tadi terus
bertenaga apabila ternampak Thaqif. Dia merasakan ada sesuatu yang tidak kena.
“Dah
baik! Jom balik!” Izz hampir terlupa dengan lakonannya. Namun, dia sudah tidak
peduli dengan semua itu kerana dia perlu segera bawa isterinya lari dari situ.
Thaqif
sekadar tersenyum. Dia tahu dia tidak boleh terburu-buru untuk ‘menjerat rusa’.
Dia perlu menggunakan taktik yang betul.
Zikri
berpapasan dengan pasangan suami isteri itu ketika dia hendak masuk ke taman
rekreasi.
“Hi
Izz.. Sya! Awal lagi ni, dah nak balik?” Tegur Zikri ramah.
Hasya
tidak menjawab dengan perkataan, sebaliknya hanya dibalas dengan senyuman.
“Zik,
dah takde tempat lain kau nak bawak si Thaqif tu jogging?” Tanpa menunggu
jawapan Zikri, Izz terus memacu motorsikalnya meninggalkan taman rekreasi itu.
Zikri
terpinga-pinga. Dia menggaru-garu kepala. Tak pasal-pasal kena marah. Thaqif
datang ke sini pun salah?
“Kenapa
tu?” Soal Thaqif sebaik Zikri menghampirinya.
“Entah.”
Jawab Zikri sepatah.
“Jomlah!”
Zikri sudah bersedia hendak berlumba lari.
“Tak
ada mood nak jogging. Pekena roti
tisu lagi bagus.” Thaqif bergerak ke tempat letak kereta.
Eriyza : Mood tengah berkobar-kobar nak menulis. Kali ini Encik Thaqif muncul lagi. Ada sesiapa suka Thaqif tak??
15 comments
haha...makin panas lh ati izz...cemburu tahap kronik...tergugat ko izz bile si isteri di intai jejaka terhangat....best sesngt my writer...hehe nk lg...tk puas...
Saya! Saya suke thakif :)
-nuyrah-
Izz kalau nak ambil hati atau memulihkan keadaan cubalah jangan ego sangat...
mulakan dengan ubah panggilan bagi mesra alam sikit....
jangan sampai en Taqif ambil peluang yg terbuka luas .... masa tu jangan salah kan Sya ... salahkan diri sendiri yg x pandai menilai ...
kalau boleh nak Taqif yg buka mata Izz tentang kelebihan Sya.... ok
BEST NAK LAGI.
lagi lagi lagi dan nk lagi..hehehe..
rosak la mood si Izz 1 ari kan?heheh..
wah excited na tau siapa hasya sbenarnya..bila la izz na hargai hasya..n pls jauh kan taqif tu..dont stop yek..pls sambungan lg..
@norihan mohd yusof:
Stay cool Izz.
@Anonymous:
Saya pun suka dia. :D
@Kak Sue:
Ubah panggilan eh?? :)
@baby mio:
Tungguuuu.....
@Riena:
Moody terus... :p
@afida halida afis:
Okey.
sy suka watak thaqif..ada unsur kejutan ni sbb thaqif tak tau dia ngorat bini org..hahaha
sy suka watak thaqif..ada unsur kejutan ni sbb thaqif tak tau dia ngorat bini org..hahaha
Post a Comment
Terima kasih kerana sudi membaca novel ini.
Sebarang komentar dari anda amatlah penulis hargai.