Yes,
I Love You – Bab 51
Dia sampai di perkarangan banglo
mewah itu kira-kira pukul 5.11 minit petang. Dari topi keledar bertutup penuh, dia melemparkan
pandangan ke atas. Langit sedikit mendung. Angin bertiup agak kuat. Mata
ditinjau pula pada halaman banglo. Caldina, Kompressor dan Murano tersusun elok
di lot parkir. Kakinya digagahkan juga untuk menapak masuk ke banglo itu.
Loceng ditekan tiga kali sebelum pintu pagar automatik akhirnya terbuka.
Zikri meletakkan topi keledarnya di
atas motor. Pintu rumah terbuka luas seolah-olah sedia menerima kunjungannya. Sneakersnya ditanggalkan sebelum menapak
masuk. Ruang tamu itu sunyi sepi, tiada susuk penghuninya kelihatan.
“Assalamualaikum...” Sapa Zikri.
Dia meninjau-ninjau keadaan di dalam rumah. Susunan perabotnya dari jenama
terkenal sudah melambangkan status pemiliknya. Sudah lama dia tidak bertandang
ke rumah itu. Seingatnya, kali terakhir dia berkunjung ke banglo itu ketika
majlis perkahwinan sahabat baiknya berlangsung.
“Waalaikumussalam...” Suara itu
muncul di belakang Zikri. Berdiri sambil bercekak pinggang. Lagaknya seperti
ingin beradu tenaga di gelanggang silat. Hanya menunggu lawan membuka langkah
sebelum dia bertindakbalas.
“Izz, aku datang ni nak...” Dia
berpaling mengadap tuan rumah.
“... Nak cari Sya? Dia tak ada kat
rumah!” Pintas Izz. Sinis bunyinya.
“Bukan!” Sanggahnya. “Aku cari kau.
We need to talk!” Semua salah faham
perlu dipadam. Kebenaran perlu ditegakkan. Barangkali dia akan menerima sekali
lagi tumbukan, dia tidak kisah itu semua asalkan hal yang sebenar dapat
dihebahkan.
“Apa lagi kau nak cakapkan, hah?
Tak serik lagi dengan tumbukan aku? Tak takut aku belasah kau?” Ugut Izz.
Kedua-dua tangannya sudah dikepal. Dia tidak akan teragak-agak untuk beradu
tenaga dengan lelaki itu andai amarahnya kembali memuncak.
“Izz, aku tak kisah kalau kau
belasah aku... asalkan aku dapat ceritakan hal sebenarnya.” Zikri diam
seketika. Dia menghela nafas. “Aku tahu kau marah pada aku.... atas sebab
itulah aku ke sini... untuk menjelaskan segala-galanya.” Sambungnya lagi.
“Penjelasan konon!” Izz mencebik.
“Zikri! Kau khianati aku. Kau ambil gambar kahwin aku, kemudian kau edit dengan membuang gambar aku sebelah
Hasya, kau gantikan pula dengan gambar kau. Kenapa, hah?!” Tempik Izz. “Apa
tujuan kau?” Matanya sudah dijegilkan. Zikri yang berada di hadapannya
kelihatan semakin kecil.
Zikri masih bersikap tenang. Api
tidak boleh disimbah dengan minyak. Dia tidak mahu menambahkan kelukaan di hati
Izz. Dia mendiamkan diri buat seketika. Biar amarah Izz surut sedikit.
“Izz, kalau kau masih ingat... kau
pernah tanya aku dulu. Kenapa aku tak ada girlfriend,kan?”
Zikri menarik nafas dalam-dalam kemudian dilepaskan dengan kuat. “Kalau kau nak
tahu... aku pernah jatuh cinta pada seorang budak perempuan semasa aku di Form 5 dulu.”
Budak perempuan? Pasti Zikri
maksudkan Hasya. Ketawa Izz meledak secara tiba-tiba. “Jangan nak temberang!
Masa kau Form 5, Hasya baru 12 tahun.
Kau ingat aku akan percaya bini aku reti bercinta time tu?” Izz ketawa lagi. Tidak semudah itu Zikri boleh menipunya.
Izz menghenyakkan punggungnya ke
sofa. Zikri sedikit pun tidak dipelawa duduk. Baginya, Zikri adalah tetamu yang
tidak dijemput, jadi lelaki itu tidak perlu mendapat layanan yang baik dari tuan
rumah.
Zikri mengetap bibir. Geram dengan
Izz yang mempersendakan perasaan cintanya yang pernah bercambah buat Hasya. Dia
cuba menyabarkan hatinya agar tidak meletus ‘rusuhan’ antara mereka berdua.
“Dengar dulu, Izz! Kami tak
bercinta... aku yang suka kat Sya. Dia mungkin tak tahu makna cinta. Tapi kau
jangan lupa... aku dah 17 tahun masa tu. Dah reti nak berkasih sayang. Dah tahu
rindu dendam.” Akhirnya rahsia yang disimpan kukuh bertahun lamanya terbongkar
juga.
“Owhhh...! Jadi, sekarang ni kau nak
bertindaklah, ye? Nak sambung balik cinta kau yang tak kesampaian? Nak rampas
Sya daripada aku, begitu?!” Izz masih tidak berpuas hati dengan penerangan
Zikri. Dia hanya tahu Zikri cuba merosakkan hubungannya dengan Hasya.
Zikri bertenggek di sebuah kerusi
kayu jati. Kakinya sudah lenguh kerana berdiri terlalu lama. Tekaknya pun mulai
haus kerana terlalu banyak bercakap. Tiada tanda-tanda tuan rumah ingin membuat
air minuman, jauh sekali menghidangkan makanan ringan.
Sejak tadi, dia tidak melihat kelibat
Hasya. Dia ingin sekali bertanya kepada Izz, namun dia bimbang lelaki itu
berfikir yang bukan-bukan lagi. Lantas, soalan itu hanya dibiarkan bersarang di
dadanya, langsung tidak dikemukakan.
Zikri beristighfar. Sukar untuk
membuatkan Izz faham. “Aku tak berniat begitu, Izz. Ketika aku tahu dia
pengantin kau pada hari kau menikah... aku dah redha. Sya bukan jodoh aku.”
Perlahan Zikri menuturkan kata-katanya. Ada sedikit rasa pilu di hatinya.
“Redha konon!” Izz sengih tepi. “Habis,
kenapa kau masih simpan semua gambar-gambar dia? Kenapa kau edit dengan Adobe Photoshop, print
dan letak dalam sketch book? Kenapa
kau buat semua tu?!” Izz masih ingat dengan jelas peristiwa di rumah Zikri,
saat dia tersalah mengambil sketch book
yang merungkai semua misteri tentang gadis pujaan Zikri.
Zikri memandang wajah Izz lama.
Agak malu untuk meluahkan semua rasa yang pernah tercipta buat Hasya. Demi
keharmonian rumahtangga Izz, dia sanggup tampil membuat pengakuan. “Aku akui
kesilapan yang berlaku. Semua tu terjadi kerana cinta pertama sukar untuk
dilupakan.” Dia beralih duduk di kerusi jati. Sakit punggungnya bertenggek di
situ.
Zikri menyambung lagi bicaranya. “Semasa
belajar di Dungun, setiap kali berpeluang balik kampung, aku lebih suka ikut
Hafiz ke Terengganu. Satu-satunya adik perempuan yang dia ada berjaya menambat
hati aku. Walaupun masih kanak-kanak tetapi Sya pandai menjaga diri. Cuba kau
bayangkan... selama berada di rumahnya... sehelai rambutnya pun aku tak pernah
nampak.”
Izz bersetuju dengan penilaian
Zikri tentang peribadi Hasya. Gadis itu memang sangat menjaga auratnya. Pada
mulanya, Izz sendiri menganggap isterinya cuma berpura-pura tetapi setelah
beberapa bulan hidup bersama, dia mula akur dengan sifat isterinya itu.
“Kalau kau dah tergila-gilakan
sangat kat Sya... kenapa kau tak suruh Mummy kau pinang dia? Kenapa kau mesti
kacau dia selepas dia jadi isteri aku?!” Izz sudah bangun dari sofa. Hatinya
panas mengenangkan sahabat baiknya sendiri sanggup mengganggu isterinya.
Zikri bengang dituduh sebagai
pengacau. Sejak Hasya berkahwin dengan Izz, dia tidak pernah bertemu dengan
gadis itu berdua-duaan. Walaupun hatinya sakit setiap kali melihat Hasya
bersama Izz tetapi tidak terdetik di hatinya untuk memisahkan mereka berdua.
“Kalau aku tahu Sya akan kahwin
dalam usia semuda ni... dah lama aku pinang dia!” Suara Zikri agak tinggi.
“Tapi... dah tertulis dia hak kau. Walau bertahun lamanya aku mencari dia...
tetap tak jumpa.” Zikri mengeluh kuat.
“Apa maksud kau? Kau kan dah biasa
pergi rumah dia... macam mana pulak boleh tak jumpa? Takkan alamat hilang
kot?!” Perli Izz lagi. Alasan lapuk!
“Selepas tamat SPM, aku ada pergi
ke rumah Sya di Terengganu... tapi... mereka dah berpindah. Bila aku tanya
jiran-jiran dorang... mereka pun tak tahu alamat baru keluarga Sya. Aku cari
Hafiz kat Dungun... dia pun dah tukar sekolah. Aku kehilangan arah. Puas aku
cuba cari dorang... namun usaha aku sia-sia.” Wajah Zikri sugul.
Izz berlalu ke dapur. Dia
meninggalkan Zikri seorang diri di ruang tamu. Seketika kemudian, dia kembali
semula dengan membawa dua tin Kickapoo. Tekaknya berasa haus kerana terlalu
lama bertengkar dengan Zikri. Mungkin lelaki itu juga sudah dahaga. Setin
Kickapoo dilempar kepada Zikri. Kemas tangkapan tangan kanan Zikri.
“Thanks.” Ucap Zikri sepatah.
“Tell me more...” Izz membuka penutup air tinnya. Dia semakin
berminat hendak tahu kisah cinta Zikri yang tidak kesampaian. Sepanjang
mengenali Zikri, lelaki itu tidak pernah bercerita tentang gadis idamannya,
jauh sekali untuk dikaitkan dengan mana-mana perempuan.
Zikri meneguk airnya, membasahkan
tekak sebelum kembali bercerita. “Lama jugak aku berusaha menjejaki dorang...
tapi... tetap gagal. Akhir sekali, aku jumpa Hafiz masa hari pernikahan kau.
Masa tu, aku terlalu gembira... tak sabar-sabar aku nak tanya berita tentang
Sya. Tapi...” Tiba-tiba air mata Zikri menitis.
Izz tergamam. Tidak pernah dia
melihat Zikri menangis. Terlalu mahal nilai air mata seorang lelaki seperti
Zikri. Zikri menekup mukanya dengan tangan kanan. Tangan kirinya masih memegang
air tin. Izz membiarkan Zikri melampiaskan kesedihannya. Dia sekadar memandang.
Zikri mengesat air matanya.
Ceritanya diteruskan. “Kegembiraan bertukar menjadi kedukaan bila aku nampak
dia di hari pernikahan kau. Selama ini... aku mencintai Sya sepenuh hati.
Malah... aku nak jadikan dia isteri. Kau lebih bertuah Izz kerana takdir
menentukan dia milik kau.”
“Zik, semuanya dah musnah... tiada
lagi tuah. Hasya sudah keluar dari rumah.” Tanpa sedar, kata-kata itu terluncur
juga dari mulut Izz.
Zikri melongo. “Jangan kata kau
halau dia sebab... aku.” Ada rasa kesal bermukim di hati Zikri.
“No! Bukan kau penyebab utamanya... tapi... Thaqif!” Izz menggenggam
kuat tin Kickapoo sehingga kemek.
“Thaqif?” Terlucut tin Kickapoo
dari genggaman Zikri. Tin itu bergolek sehingga ke kaki Izz. Mujurlah airnya
sudah dihabiskan.
Izz cuma mengangguk. Malas hendak
membuka cerita tentang lelaki yang membuat onar di dalam kehidupannya.
“Aku balik dulu, Izz. Kau mungkin
tak percaya pada aku... tapi... kau patut percaya kepada isteri kau.” Zikri
menepuk bahu Izz sebelum berlalu meninggalkan banglo mewah itu.
Eriyza : Selamat membaca. Semoga terubat rindu kalian.
26 comments
best,lama tunggu nak lagi.
lma sgat nak smbung nak lagi eak.....best sgat
cepat smbg yer .....tk sabar..
terima kasih tapi lambat sngt nak tunggu new entry
kalau buat novel dah lama beli
Akhirnya ada sambungan lg... Erisza, please keep it up posting the new entry more and more... ;D We love to know what happen to Sya n her stupid husband Izz... (meroyan tak bertempat, Sya hilang terus br padan muka... terlebih emo sudah... hehehe...)
Takkkk sabar nak bca n3 bru .
bestnye.xsabar nak baca bab seterusnya.
Salam,
Novel di blog eriyzanovella agak menarik. Saudari berminat tak untuk menjual enovel terus kepada pembaca?
kalau berminat, sila hubungi saya di penulis@appnovella.com dan join Kelab Penulis Appnovella di facebook untuk keterangan lanjut
X sabar nak tgu pencarian izz dengan kehilangan buah hati nya hasya....berkarya lah dari untuk peminat mu
bila nak sambung ni...
Salam eriyza...bukan mudah nk hasilkan novel yg menarik..teruskan usaha berkarya...
Bila nak sambung writer....best sngt citer ni....
Best...best..bila nak sambung??
salam. bl ni smbg enovel ni? dh lm sy tgg.
Bila nak sambung.. APA yg akan jd kt hasya??? Sambung please... I'm curious...
wahhh. lamanya citer tak bersambung.. bila nak sambung ni?? dah berbulan.. apapun citer ni best...
bila nak sambung n3 baru??
Bestt..bila nk smbungg cite niee..xsbar nk bca n3 strusnya :))
biler lagi nak sambung niee.... nak layan sedey ni best gilerrrr ...nak tau ape jadi ngan hasya
nice skrip. try my enovel at http://ashikakkoii.blogspot.com/
maybe we can share ideal with other :D
Slm.mn sambungannyer
Slm.mn sambungannyer
salam sis...mana sambungannya...lama menanti..
Salam sis... sumpah.. serius best sangat cerita sis.. good job sis.. tapi nak sambungannya.. hehe.. keep it up sis.. chaiyok..
assalamualaikum sis , seronok sgt baca novel ni . hhihik . baru jumpa malam tadi . good job ! btw biler nak smbung yee . hihik
Bila nk smbg
Jmpt juga ke blog e-novel sy
Ladyeefa.blogspot.my
bila nak sambung lagi...
Post a Comment
Terima kasih kerana sudi membaca novel ini.
Sebarang komentar dari anda amatlah penulis hargai.