Yes,
I Love You – Bab 43
Dia
terjaga tika embun jantan masih menitik. Matanya terasa berat untuk dibuka,
mungkin sembab akibat terlalu banyak mencurahkan hujan air mata. Dia tidur di
bilik kerja suaminya. Hanya berbantalkan lengan di dalam kesejukan malam. Dia
terasa ada sesuatu menyelubungi separuh dari tubuhnya. Diambil dan diamati.
Ianya adalah comforter. Dia sendiri
tidak sedar bila dan siapa yang memberikan comforter
tersebut. Mungkinkah Izz?
Laut
fikirnya memproses semula kata-kata suaminya malam tadi. Perempuan curang,
gelaran yang cukup menjijikkan, menyebutnya pun dia tidak tergamak. Dia bangun
lalu bersila. Comforter dilipat. Dia
perlu meneruskan tugasnya sebagai isteri seperti biasa. Biarlah luka di jiwa
pudar bersama masa.
Dia
berdiri pegun di hadapan pintu biliknya. Tidak tahu sama ada perlu diketuk
dahulu atau terus masuk seperti selalu. Tidak tahu pintu itu berkunci atau
sudah dibuka. Tangan kiri memegang comforter,
tangan kanan memulas tombol pintu bilik perlahan-lahan. Berdebar dadanya
tatkala pintu bilik itu terbuka. Kaki digagahkan untuk melangkah masuk meskipun
hati goyah.
Katilnya
kosong. Deruan air kedengaran di bilik mandi. Cepat pula Izz bangun apabila dia
tidur sendirian. Selalunya liat hendak bangun pagi. Hasya membuka almari
pakaian. Baju kemeja, seluar slack dan
tali leher Izz diletakkan di atas katil. Dua helai sejadah dihamparkan.
Izz
keluar dari bilik air. Matanya menangkap susuk tubuh Hasya yang sedang
membelakanginya. Pintu bilik air sengaja ditutup kuat menyebabkan gadis itu
terperanjat. Jantungnya berdetak hebat. Tidak berani hendak bertentang mata
dengan Izz. Sehelai tuala melayang lalu jatuh di atas kaki Hasya.
“Awal
abang bangun hari ni...” Hasya mengalah. Dia menegur Izz malangnya tidak
bersahut. Lelaki itu mendiamkan diri.
Hasya
masuk ke bilik air. Mandi ala kadar dan berwuduk. Sebaik keluar dari bilik air,
Izz sudah pun menunaikan solat Subuh. Lelaki itu tidak menunggunya untuk
berjemaah bersama. Rutin yang mereka lakukan bersama sejak berkahwin. Setitik
air mata menuruni pipinya.
Izz
sudah lengkap berpakaian. Izz sudah siap berdandan. Hasya sedikit pun tidak
dipedulikan seolah-olah gadis itu tiada di hadapannya. Hasya mahu mengambil briefcase Izz tetapi belum sempat dia
mencapainya, tangan Izz lebih pantas merebutnya. Hasya hampir tersembam apabila
briefcase lelaki itu kasar menghentam
tubuhnya.
Hasya
menggosok-gosok belakang badannya yang sakit. Izz langsung tidak menunjukkan
sebarang reaksi. Menitik air mata Hasya mengingatkan sikap Izz terhadapnya.
Tambah pilu apabila pakaian yang disediakan, tidak disentuh langsung lelaki itu
sedangkan setiap hari Hasya menyediakan pakaiannya ke pejabat. Hasya mengesat
air matanya. Dia turun ke bawah.
Hasya
membantu Mak Bee menyediakan sarapan seperti biasa. Dia buat-buat ceria. Tidak
mahu orang lain menyedari kesedihannya. Roti canai segera digoreng dengan api
sederhana. Mak Bee pula memanaskan gulai daging lebihan semalam untuk dimakan
dengan roti canai.
Semua
orang turun bersarapan setelah makanan siap dihidangkan.
“Sarapan
apa hari ni... Sya?”
Hasya
yang sedang meletakkan dua keping roti ke dalam pinggan berpaling ke arah Izz.
Lelaki itu senyum mengejek ke arahnya.
“Roti
canai cicah gulai daging.” Soalan Izz dijawab dengan sopan.
“Wah,
roti canai! Pekena pulak dengan gulai daging! Best ni!” Izz tersenyum simpul melihat hidangan kegemarannya di
hadapan mata.
“Memanglah sedap sebab gulai daging ni Hasya
yang masak.” Natalia menceduk gulai ke dalam pinggan suaminya setelah
pinggan-pinggan lain selesai diisi.
“Masakan
Hasya memang tip top! Takde bandingan! Betul tak, Sya?”
Hasya
tersenyum nipis. Pandai sungguh lelaki ini berlakon. Dalam bilik tadi, bukan
main lagi dia melancarkan ‘Hari Bisu Sedunia’. Sekarang namanya asyik disebut.
“Nampak
gayanya sayang kena berguru dengan Hasya. Nanti boleh tunjuk skill memasak kat Brunei.” Izzdiyad
mengusik isterinya.
“Maknanya
abang cakap sayang masak tak sedaplah?” Natalia mencebik. Kemudian dia ketawa
bahagia.
“Sedap...
tapi... kurang menyengat je.” Izzdiyad ketawa lagi.
Natalia
mencubit lengannya perlahan. Refleks dia mengaduh sakit.
“Sya...
Kak Nat nak berguru ni. Boleh, kan?” Natalia separuh bergurau.
“Apa
pulak tak boleh Nat? Kalau ada lelaki asing datang nak belajar pun dia sanggup
jadi cikgu, takkan biras sendiri dia tak sudi ajar?” Izz tersenyum sinis.
“Kalau
macam tu, Sya ajarlah abang Yad sekali. Boleh jugak memasak kalau Kak Nat kau
ni bersalin lagi.” Tambah Izzdiyad pula.
Natalia
tersedak mendengar percakapan suaminya. Beberapa teguk air segera dihirup.
“Abang
ni... Insyirah tu masih kecil lagi. Sebelum kita tambah anak, biarlah Hasya beranak
pula. Boleh jugak jadi kawan Insyirah.”
“Korang
jangan risaulah. Ada rezeki nanti, asyik beranak sajalah si Hasya ni.” Sesuap
roti canai masuk ke dalam mulut Izz.
Hasya
yang tahu dirinya diperli hanya mampu senyum segaris. Mereka yang bergurau
tetapi hatinya yang kacau!
“Izzdiyad...
Izzdihar... habiskan sarapan tu dulu. Jangan asyik bergurau senda depan rezeki!
Macam budak-budak!” Datin Faridah bersuara agak kuat.
“Yes... madam! Serentak Izz dan Izzdiyad
menabik ibu mereka.
Datuk
Izzuddin hanya menjadi pemerhati. Malas hendak ikut campur di dalam perbualan
muda-mudi. Sesekali dia tersenyum melayan gelak ketawa anak menantunya.
Usai
sarapan, Datuk Izzuddin bergegas ke pejabat. Datin Faridah perlu menghadiri
perasmian Butik sahabat baiknya. Izzdiyad keluar entah ke mana. Natalia
menjenguk bayinya di tingkat atas. Mak Bee mencuci pinggan mangkuk di dapur.
Tinggallah Izz dan Hasya di meja makan. Secara automatik, perang dingin mereka
bermula kembali.
Hasya
hanya memandang sekeping roti canai yang berada dalam pinggannya. Sedikit pun
belum dicubit. Kuah gulai daging yang masih berasap sekadar dilihat. Seteguk
air belum pun melalui kerongkongnya hari itu. Selera makannya tiada.
Semua
orang terlalu berselera menjamah sarapan pada pagi itu. Semuanya makan
bertambah termasuklah lelaki yang berada di hadapannya. Tiga keping roti canai
bersama dua mangkuk gulai daging berjaya dihabiskan Izz. Itu belum dikira lagi
dengan dua cawan teh o.
“Abang...”
Izz
diam. Malas hendak respon pada percakapan isterinya. Dia mengesat mulut dan
tangannya yang sudah dibasuh dengan tisu.
“Abang...”
“Hey...!
Jangan ingat aku dah maafkan kau! Aku cuma berlakon depan orang lain!” Jari
telunjuk kiri dituding di hadapan muka Hasya. Pantas Izz mengeluarkan amaran
sebelum mendengar apa yang ingin Hasya perkatakan.
Hasya
tidak jadi hendak meneruskan bicara. Sudahnya, dia hanya memandang Izz menapak
ke luar rumah. Dia terus mengekori Izz walaupun lelaki itu benci kepadanya. Dia
memerhatikan Izz memakai stokin dan kasut. Briefcase
di atas sofa dicapai lalu dihulurkan tetapi tiada tangan yang menyambut. Izz
sudah masuk ke dalam perut Caldinanya. Akhirnya, Hasya meletakkan briefcase itu di tempat duduk penumpang.
Dia
pergi ke pintu sebelah pemandu. Enjin kereta sudah dihidupkan. Izz mahu menutup
pintu tetapi Hasya tercegat di situ.
“Heyyy!
Tepilah, aku nak tutup pintu!” Jerkahnya.
Hasya
mencapai tangan kanan Izz, mahu dikucup seperti biasa tetapi lelaki itu
melarikan tangannya.
“Abang...
jangan halang hak Sya yang satu ni.” Pegangan Hasya sungguh kejap, tangan Izz
belum dilepaskannya. Matanya sudah berkaca.
Izz
akhirnya mengalah. Dia membiarkan Hasya mengucup tangannya. Dua titis air mata
Hasya membasahi belakang tangan kanannya. Hatinya dipagut sayu namun dia tetap
bersikap bersahaja. Sebaik Hasya beredar sedikit, dia menutup pintu keretanya
dengan kuat.
Hasya
memandang kereta Izz berlalu pergi dari halaman rumah sehingga kereta itu
hilang dari pandangannya di jalan besar. Izz sempat memandang perlakuan
isterinya melalui cermin pandang belakang.
Hasya
tidak segera masuk ke dalam rumah sebaliknya dia menuju ke kolam ikan. Kolam
ikan koi Datuk Izzuddin berkonsepkan Taman Jepun. Di sekelilingnya dihiasi
dengan pepohon bonsai, kemboja dan busida. Ikan koi yang berwarna-warni
kelihatan sangat cantik di dalam kolam air yang jernih. Hati Hasya yang walang
kembali riang. Krisis dalaman rumahtangganya ingin dilupakan seketika.
Caldina
yang tadinya dipecut laju segera diperlahankan mengikut had laju apabila wajah
Hasya tidak kelihatan lagi. Izz memandu di lorong tengah. Fikirannya melayang
jauh ke awan. Dia membrek secara mengejut apabila lampu isyarat di hadapannya
bertukar merah. Kenderaan belakang membunyikan hon apabila Izz masih tidak
bergerak apabila lampu isyarat berwarna hijau. Izz tersentak.
Izz
membelok ke sebuah stesen minyak. Dia menyembamkan mukanya ke stereng. Hatinya
terasa begitu sebal, serba tidak kena. Sejak dari malam semalam, gambar-gambar
Hasya bersama Thaqif bermain di ruang
matanya. Tidak mampu dihindari dari ingatannya. Semakin difikirkan semakin
menyesakkan dadanya. Namun, dia tidak boleh berdiam diri tatkala melihat
‘kemesraan’ kedua-duanya di dalam video.
Sebaik
melihat wajah Hasya, amarahnya meluap-luap. Oleh kerana itu, dia tidak mahu
berada berhampiran Hasya kerana gadis itu ibarat api dan marahnya umpama
minyak, memang tak boleh dekat. Akalnya mengatakan Hasya bukan punca masalah
tetapi hatinya menafikan dengan menuduh Hasya tetap bersalah.
Izz
mengambil telefonnya di
atas dashboard. Jari jemarinya laju
menghantar mesej.
Mimi, I amik cuti half
day.
Sms
itu dihantar. Dia menunggu balasan dari Mimi tetapi sepi. Izz mengandaikan Mimi
sudah tahu apa yang perlu dibuat. Telefon
dimasukkan ke dalam poket seluar. Izz mula memandu meninggalkan tempat
itu. Dia memandu tanpa arah tujuan. Sekadar ingin membuang masa, dia tahu dia
tidak akan dapat menguruskan kerja dengan baik di dalam keadaan minda yang
bercelaru.
Hampir
setengah jam memandu, telefonnya
menjerit minta diangkat. Handsfreenya
dipasang.
“Hello!”
“Hello... Encik Izzdihar ada kat mana
ni?”
“Highway Kesas. Kenapa call? I dah mesej you... I cuti pagi ni.”
“Mesej?
Tak ada pun. Encik Izzdihar ada meeting
dengan William Carlson jam 10.10 minit pagi nanti.”
“You jangan nak bohong Mimi. I ada sms you tadi. Batalkan je meeting
tu.”
“Betul!
Memang tak ada. Dah tak sempat nak batalkan.”
“You ni Mimi, memang tak boleh harap. Okeylah!
Kejap lagi I sampai!”
Izz
memeriksa semula sms yang dihantarnya tadi. Dahi ditepuk, sms itu bukan ke
nombor Mimi.
Eriyza : Jika tiada aral, bab seterusnya akan dipos tidak lama lagi. Apa akan berlaku pada pasangan ini?? Tungguuuuu.....
20 comments
mesti terbagi kat hasya kn..huhuhu..
Cepat la ..xsbar nk bc n3 seterusnya
@Anonymous:
Bagi kat Zikri kot :p
@emyliana adlin:
Sabar noo.
amende la izz neh...sesak napas ngan perangai membuta tuli dia neh..geramsss
@yoo zara:
Kasik brain wash
sket kat Izz.
Aduih,lemah jiwa betulla dgn Izz ni.
-nuyrah-
sian nyer kat hasya...cemburu tk bertempat izz nih!jgn nyesal dh lh izz,nk sha plak yg merajuk panjang ngan si hubby...biaq padan si izz...
Izz ni suka ikut panas baran dia ja... suka menuduh tampa usul periksa.. kasihan Sya... ni nama cemburu buta hidup meraba-raba... ubah diri sendiri dulu baru boleh cakap Sya macam-macam....
cian Sya..
tp kan, Izz salah msg ke no siape erk?xsabar nk tau nie.heheh...
Izz jgn la cemburu sgt..kan baru kwin...
p la jumpe Thaqif tu..terus terang..
salah sdri gak.pas tu nk tuduh2 Sya lak.ini y nk marah nie.hehehe....
xpe2...dlm dunia rumahtangga mst la byk cabaran & dugaan...(ewah.cam dh kwin je gayanye nie)
sian sya.
Izz langsung tak matang. Sbg suami dia tak boleh la tlampau ego, klu ada salah faham tnya la elok2x. Lgpun Sya mn ada p mn2x klu tak dgn Izz atau dikalangan family Izz. Takkan Izz tak boleh fikir. Dr mula2x lg dia pandang rendah dgn Sya. Pdhal Sya bukannya bebal dia sorg yg cerdik. Tak belajar tinggi tak bermaksud tak mampu nak menongkah dunia. Jgn la biarkan ego mu mencalarkan hati seorg isteri yg solehah. Nnti bila dah hilang sesal dah tak guna lg. Sabar org perempuan ni pun ada batasnya. Kmungkinan Sya akan pergi jauh dan takkan kembali lg.
@Anonymous:
Hehehe! :)
@norihan mohd yusof:
Hasya x reti merajuk.
@Kak Sue:
Comel plak falsafah akak tu. :)
@Riena:
Cuba teka mesej tu
masuk ke hp sape??
@baby mio:
Memang kesian.
@IVORYGINGER:
Setuju dgn anda.
Sedihnye sya!!
Sedihnye sya!!
Post a Comment
Terima kasih kerana sudi membaca novel ini.
Sebarang komentar dari anda amatlah penulis hargai.