Yes,
I Love You – Bab 42
Dia
menolak kerusi kerja ke belakang dengan kaki. Laju roda kerusi itu menjauhi
meja kerjanya. Beberapa buah buku berkenaan perniagaan berselerak di atas meja
kerjanya. Laptopnya masih terpasang tetapi percubaannya untuk mencipta banner syarikat menggunakan perisian Adobe Photoshop gagal. Dia menarik nafas
panjang sebelum dihembus kuat.
Dia
berfikir sejenak. Cuba mencari penyelesaian terbaik untuk menyiapkan kerjanya.
Walaupun mencipta banner syarikat
bukanlah tugasnya tetapi tiada salahnya jika dia mahu mencuba ilmu baru. Minggu
lalu, dia sempat belajar menggunakan Adobe
Photoshop daripada Zikri. Namun, pelajaran secara ringkas tidak banyak
membantu.
Pintu
bilik kerjanya diketuk. Dia yang sudah maklum akan ‘tetamu’ di luar membenarkan
orang itu masuk.
“Minum
dulu... bang.” Hasya menghulurkan mug yang berisi kopi kepada Izz. Seperti
biasa, senyuman sentiasa bermain di bibirnya.
Izz
menghidu seketika aroma kopi tersebut sebelum dihirup perlahan.
Hasya
meletakkan sepiring kuih siput serta segelas air masak di atas meja kecil di
sebelah meja kerja Izz. Dia mengambil semula dulang sebelum keluar dari bilik
tersebut.
“Syaaa...”
Hasya
berhenti memulas tombol pintu. Wajahnya dipalingkan sedikit ke arah Izz. “Abang
nak apa-apa lagi?”
“Jangan
keluar dulu. Temankan aku.” Kaki Izz menunjal kerusi kerja mendekati meja
kerjanya semula.
Izz
meletakkan mug di sebelah air masak. Kuih siput diambil lalu dicampak ke dalam
mulutnya. Dia mengunyah laju. Matanya dipejam rapat, menikmati kelazatan kuih
siput tersebut.
“Lembut...
rangup.” Pujinya ikhlas.
Hasya
cuma tersenyum kecil. Dia sudah biasa mendengar pujian tentang ‘kuih siput’
buatannya.
Segenggam
lagi kuih siput diambil lalu dilontar ke dalam mulutnya. Izz menikmati setiap
kunyahan dengan perasaan senang. “Kau belajar buat kuih ni dengan siapa? Emak?”
“Taklah.
Belajar dengan Mak Cik Aminah... jiran sebelah rumah.”
“Aku
pernah makan kuih siput yang keras. Silap haribulan... gigi boleh patah. Kuih
siput kau ni lain... lemak dan sedap. Perfect...!”
Izz menunjukkan tanda bagus dengan ibu jarinya.
Hasya
cuma tersenyum. Dia menarik kerusi kosong lalu dilabuhkan punggungnya. Skrin
laptop Izz diperhatikan. Perisian Adobe Photoshop masih terpasang. “Abang nak design apa ni?”
“Cadangnya
nak buat banner syarikat tapi... aku
bukan pandai sangat guna Photoshop.”
“Eh,
kenapa pulak abang kena buat?!” Hasya menopang pipi kanannya dengan tangan
kanan. Mata masih tidak lepas dari skrin laptop.
“Saja...!
Aku nak belajar guna Photoshop. Lagi
pun, Zikri pernah ajar aku... jadi... aku nak try laa buat sendiri. Malangnya... aku sangkut dekat step ketiga.”
“Alah,
apa susahnya? Abang carilah tutorialnya dalam Youtube. Mesti ada orang upload
tutorial... terutamanya mat salleh.” Idea bernas dari Hasya.
“Aha...!
Kenapalah aku tak terfikir dari tadi?” Izz ketawa kecil. Ketawa kerana menyedari
kebodohan dirinya sendiri.
“Sya...
kuih siput ni dah nak habis. Kau nak makan tak?” Izz melihat kuih siput di
dalam pinggan yang masih berbaki setengah. Ingin dihabiskan kesemuanya tetapi
dia tetap mempelawa isterinya makan kerana sejak tadi hanya dia seorang yang
makan manakala Hasya sekadar memandang.
“Tak
nak. Sya dah makan tadi. Abang habiskanlah.” Hasya menggeleng. Sewaktu
menggoreng kuih siput tadi, dia sudah makan bersama Natalia di dapur.
Segenggam
lagi kuih siput diambil lalu disumbat kesemuanya ke dalam mulut. Penuh mulut
Izz dengan kuih siput. Kunyahannya yang laju mengeluarkan bunyi. Hasya ketawa
kecil melihatkan aksi Izz yang rakus menghabiskan saki baki kuih siput. Izz
terbatuk-batuk, tersedak akibat kegopohannya makan kuih siput. Hasya
menepuk-nepuk perlahan belakang badan Izz. Setelah batuk Izz agak reda, dia
menghulurkan air masak. Izz berdehem beberapa kali, tekaknya terasa perit dan
pedih.
Laman
sesawang Youtube dibuka. Izz menaip ‘adobe photoshop tutorial’ di kotak
carian. Sekelip mata, skrin komputernya penuh dengan pelbagai tutorial tentang Adobe Photoshop. Berpinar mata Izz melihatnya.
Setelah mengikuti beberapa siri tutorial di Youtube,
akhirnya Izz berjaya juga menyiapkan bannernya.
Dia sengih tepi. Hasil kerjanya buat kali pertama tidaklah begitu baik tetapi
tidaklah terlalu buruk.
“Macam
mana? Okey tak?”
Hasya
mendekatkan mukanya ke skrin laptop. “Kira okeylah untuk percubaan pertama.
Masih boleh diperbaiki lagi.” Pendapat dikemukakan.
Satu
lagi tab baru dibuka di browser Firefoxnya.
Izz masuk ke laman sesawang Facebooknya.
Ada lima friend request masuk ke
kantung Facebooknya. Izz hanya accept tiga daripadanya kerana dia tidak
akan menerima pelawaan daripada orang yang tidak dikenali.
Hasya
mengambil sebuah majalah motor lalu dibelek-belek. Dia berjalan ke arah dinding
lalu dia duduk bersila di atas lantai. Dia ralit membaca artikel mengenai teknik
menunggang motorsikal berkuasa tinggi.
Izz
kembali ke laman utama Facebook.
Matanya tertancap pada video berjudul Thaqif
n Hasya – The Birthday Party yang baru dipos oleh seseorang. Tetikus
digerakkan ke arah video tersebut, Izz berdoa agar apa yang ada di fikirannya
tidak benar.
Butang
play ditekan. Tayangan video dinanti
dengan penuh debaran. Akhirnya terjawab juga persoalan yang bermain di kepala
Izz apabila video itu mula dimainkan. Bulat matanya memandang ‘pasangan dua
sejoli’ di dalam video tersebut. Darah sudah menyirap naik ke muka. Peluh sudah
membasahi pipi. Bibir bawah sudah digigit. Penumbuk sudah digenggam.
“Hasyaaa...!”
Jeritnya tiba-tiba. Bilik kerja yang tadinya sunyi sepi dilanda halilintar
serta-merta.
Hasya
terkujat dengan jeritan itu. Majalah yang dipegangnya tercampak ke lantai. Dia
mengurut-urut dadanya beberapa kali sambil beristighfar.
Hasya
menghampiri Izz. “Kenapa abang menjerit? Terkejut Sya. Nak luruh jantung.” Dia
yang sedikit pun tidak tahu apa-apa cuba berlawak.
Izz
sudah berubah wajah. Wajahnya sudah merah. Mukanya garang. “Hey, perempuan tak
guna! Apa hubungan kau dengan Thaqif?!” Izz sudah bangun dari kerusinya. Kerusi
itu diterajang dengan kaki kiri. Laju kerusi itu meluncur ke dinding lalu terbalik.
Hasya
ketakutan. Kata-kata Izz membuatkan hatinya hancur luluh. Air matanya sudah
laju menitis. Dia pegun di situ.
“Jawab
soalan aku. Buat apa kau menangis? Pura-pura sedih?!” Dagu Hasya diangkat
kasar. Matanya dicerlung tajam pada gadis itu.
“Syaaa...
Sya tak kenal rapat pun dengan dia.” Terketar-ketar suaranya.
Izz
menunjukkan paparan video yang baru ditontonnya tadi kepada Hasya. “Tengok ni!
Alasan apa lagi kau nak bagi?!”
Bulat
mata Hasya melihat video itu. Wajahnya dan Thaqif berdua sahaja yang terakam
sedangkan di sekeliling mereka terdapat ramai insan lain termasuk Izz ketika
itu. Dia tidak pasti agenda apakah yang tersembunyi di sebalik semua itu. Dia
tidak mengerti atas alasan apakah semua ini dilakukan. Sungguh dia tidak tahu!
“Syaaa...
Sya tak tahu apa-apa pun tentang video ni. Abang, percayalah cakap Sya!” Lengan
Izz cuba dipegang tetapi lelaki itu pantas melarikan tangannya.
Izz
tidak berpuas hati dengan alasan Hasya. Dia pantas menyelongkar galeri Photos Thaqif. Sekali lagi darahnya menyirap
melihat album yang dinamakan ThaSya.
Album itu dikliknya.
Terpampanglah
berpuluh-puluh keping gambar Thaqif dan Hasya yang diambil pada hari lahir
lelaki itu termasuk lokasi yang tidak diketahui Izz. Kesemua gambar yang
terpapar di situ lebih banyak memfokuskan wajah Thaqif dan Hasya meskipun ada
kelibat orang lain di sisi mereka. Walaupun gambar itu diambil secara curi
tetapi hasilnya tetap menarik. Mungkin penangan jurugambar professional.
“Semuanya
sudah jelas sekarang! Kau isteri yang curang!” Nada suara Izz sudah mencapai
tahap tertinggi. Amarahnya tidak dapat ditahan lagi.
“Abanggg...!
Jangan tuduh Sya sembarangan!” Tegas suara Hasya. Maruah dirinya sedang dipijak
oleh suaminya sendiri. Dia perlu mempertahankan diri.
“Diam!
Perempuan curang! Tuduh sembarangan? Kat mana kau dating dengan Thaqif dalam gambar ni, haa?!” Jarinya dituding pada
gambar-gambar Hasya yang duduk di bangku manakala Thaqif berdiri tidak jauh
darinya sambil berbual mesra. Izz pasti dia tiada di tempat kejadian.
Curang?
Isteri yang curang? Tuduhan Izz terlalu berat untuk Hasya telan. Suami yang
dilayan penuh kasih sayang menghukumnya tanpa belas ihsan. Tanpa sebarang
perbicaraan, dia dihakimi secara rambang. Air mata begitu murah membanjiri pipi
Hasya.
“Abang...
semua ni salah faham. Bukan Sya sorang ada kat situ. Mama dengan kak Nat pun
ada jugak. Masa tu kami semua pergi shopping...”
Hasya menerangkan kedudukan sebenar.
“Cukuppp...!
Aku tak nak dengar lagi pembohongan kau!”
“Tapi
abang kena dengar dulu penjelasan Sya. Mama dan Kak Nat boleh...”
“Aku
kata cukuppp...!” Izz mengambil baki kuih siput yang masih berbaki di dalam
pinggan lalu dilempar kesemuanya kepada Hasya.
Beberapa
biji kuih siput tersebut ‘terbang’ mengenai muka Hasya. Hasya tergamam. Ada air
mula bertakung di lopak matanya setelah tangisan tadi kering. Dia tidak mampu membela dirinya sendiri.
Lantai
bilik itu bersepah dengan kuih siput tetapi hanya dibiarkan Hasya. Tidak
seperti selalunya, jika ada makanan tumpah, pasti dia akan segera membersihkannya.
Kini, semua itu bukan lagi keutamaannnya buat masa ini. Dia perlu ‘membersihkan’
masalah yang sedang mendepaninya. Tapi, bagaimana caranya?
Penjelasan
yang ingin diberikan hanya akan dilihat sebagai alasan oleh Izz. Setiap patah
perkataan yang bakal dituturkan akan disangkal oleh Izz. Bergetar bibirnya
tetapi tiada perkataan terungkap. Tiada gunanya dia berbalah jika hasilnya
semakin parah. Biarlah suhu api kemarahan Izz semakin rendah, barulah dia
memberi penerangan lanjut.
Air
mata Hasya sedikit pun tidak mengundang simpati di hati Izz. Air mata itu
membuakkan rasa bencinya bertambah. Air mata senjata utama wanita untuk
menundukkan lelaki. Izz tidak akan tertipu dengan air mata palsu seperti itu.
Dia benci ditipu!
Izz
menutup suiz utama laptopnya tanpa shut
down terlebih dahulu. Dia berjalan laju ke arah pintu bilik kerjanya tanpa
memandang lagi ke belakang. Dia tidak betah lagi berada berhampiran dengan
‘isteri curang’. Sebelum pintu bilik ditutup kembali, dia berpesan kepada
isterinya.
“Heyyy...!
Aku tak nak tengok muka kau dalam bilik. Perempuan curanggg...!” Berdentum
pintu bilik kerjanya dihempas.
Hasya
masih lagi berdiri di situ. Sedikit pun tidak berganjak. Sedikit pun tidak
bercakap. Angguk tidak, geleng pun tidak. Amaran keras Izz terngiang-ngiang di
daun telinganya. Hanya air mata yang menjadi jawapan kepada peperangan yang
baru meletus. Air mata diseka, bilik air dituju, tubuhnya dibasahi wuduk. Hanya
Allah tempat dia mengadu masalah yang baru berlaku.
Eriyza : Ramadhan memberi inspirasi untuk menulis. InsyaAllah e-novel ini akan dihabiskan menjelang perayaan Aidilfitri. Sila kembali membaca semula dengan kadar segera.
16 comments
Knplah Izz nie panas baran sangat. Padahal dia pn ada masa hari jadi Thaqif dan dia pn tahu apa tujuan Thaqif.
best nak lagi.
Eeee....nyampah lak ngn si izz nie...
Menuduh melulu je...pdhal dia pn ade kat majlis tu...
Klw x kwn dia suh dia bwk trn sya dr pentas ari tu ntah ape ntah jd...
Suka tuduh sya mcm2...
Huhuhu...
akhir nyer terluah lh rase hati dlm kemarahan...betapa cemburu tuh tanda nyer sayang...namun ia bersatu ngan rase amarah yg pasti akn makan diri!nape tk siasat dulu izz...andai hasya bersalah...tk kn terbela diri kerna...takut dek salah berani dek benar...jgn nyesal dh lh izz...bile terungkai yg benar...mase tuh dh tiada guna nyer...akhir nyer mkn hati.....................
alaaaa...cian sya..xpasal2 kene tuduh.
Thaqif tu btl2 dah tangkap cintan ngn sya..
tp xpe..dugaan tuk izz & sya dlm menempuh alam rumahtangga..lebih2 lg tuk mencungkil rahsia hati izz terhadap sya...
cam dlm lirik lagu tu..
Cemburu tanda cinta,Marah tandanya sayang,Kalau curiga itu karena ku takut kehilangan..
hehehe...
Kak Eriyza, kalau e-novel ni dah abz t, terbitkan novelnya nya..versi cetak.
@Anonymous:
Dia dah tak ingat seme tu.
@baby mio:
Sabar.
@nursya:
Aha, nasib baik ada Zikri. :)
@norihan mohd yusof:
Sabar jelah Hasya.
@Riena:
Buat masa ini, penulis tidak mempunyai cadangan untuk
mengeluarkan enovel ini dalam
bentuk buku walaupun dah dapat
banyak tawaran.
bukankah Izz yg ajak Sya pi majlis Thaqif tu... dan apa yg terjadi malam tu Izz ada kan.... malam tu Sya dan Izz salah sebab x mepertahankan hubungan kalian berdua...
Izz suka naik angin cuba bawa berbincang... jangan sampai menyesal sudah...
@Kak Sue:
Teruk Izz kena marah dgn Kak Sue. :(
cpat2 lh smbg cta nie
ishh..xbaek la tuduh melulu mcm tu...
@wawa:
Sudah disambung.
@Anonymous:
Aha, memang tak baik pun.
Post a Comment
Terima kasih kerana sudi membaca novel ini.
Sebarang komentar dari anda amatlah penulis hargai.