Yes, I Love You – Bab 38
Panorama
indah pada waktu malam bandaraya Kuala Lumpur kelihatan jelas dari bilik Hotel
Hilton. Seorang lelaki berdiri di jendela sambil membuang pandang ke luar
jendela. Hatinya menggebu rindu. Rindu pada si gadis yang baru dikenali. Hanya
pernah ditemuinya beberapa kali.
“Hasya.
...” Satu keluhan dilepaskan. Sejak akhir-akhir ini sepotong nama itu sentiasa
meniti di bibirnya. Dia sendiri tidak mengerti mengapa gadis itu membawa debar
yang bukan sedikit di hatinya setiap kali mata saling bertatapan. Dia tidak
pernah merasai perasaan sedemikian pada mana-mana gadis lain walaupun hidupnya
sering dikelilingi wanita cantik.
Dia
berkira-kira untuk menyatakan hasrat hatinya semalam tetapi segala-galanya
terbantut apabila Zikri membawa sekumpulan ‘penyanyi’ untuk meraikan ulangtahun
kelahirannya. Jika tidak, pasti dia sudah meluahkan hasratnya untuk melamar
gadis itu. Dia tertanya-tanya apa agaknya reaksi Hasya kalau rancangannya
menjadi kenyataan.
“Hasya...
“ Dia mengeluh lagi.
Telefon
bimbitnya berbunyi. True tone Falling For
You dari Colbie Caillat membuai perasaannya. Dia mendengar lagu seketika
sebelum menjawab panggilan tersebut.
“Hi...
dad.”
“Hey... son. How are you?” Ceria suara si
pemanggil di corong talian.
“Fine. Daddy dengan mummy sihat?”
“Kami
okey je. Mummy kamu dah bising. Dia tanya bila kamu nak balik?”
“Tak
tau lagi. Maybe after semua benda settle.” Dia berdalih walhal semua kerja
yang patut diuruskan di Kuala Lumpur sudah selesai.
“So, how’s
your job?” Bapa yang prihatin sentiasa mengikuti perkembangan kerjaya
anaknya. Jatuh bangun sesebuah syarikat bergantung kepada cara penerajunya
bekerja.
“Everything going to be alright.”
Si
bapa kelegaan di hujung sana. Segala tunjuk ajar yang telah dicurahkan selama
ini kepada anaknya berbaloi juga akhirnya.
“Well done, son. Tak lama lagi bolehlah kamu ambil alih tempat daddy.” Ayahnya
ketawa senang hati.
“Ishhh,
daddy ni! Thaqif mana layak gantikan daddy. Lagi pun daddy masih diperlukan
dalam syarikat kita.”
“Sekarang
memang laa tapi lepas kamu kahwin nanti, bolehlah pertimbangkan untuk terima
jawatan tu.” Serius bunyi suara ayahnya kali ini.
Kahwin?
Ayahnya seperti tahu-tahu sahaja Thaqif sedang dilamun cinta. Cinta pandang
pertama pula. “Kalau macam tu... Thaqif fikir lepas kahwin sajalah."
“Kamu
ni Tha...”
“Daddy
cakap dengan siapa tu? Thaqif?” Kedengaran suara wanita di belakang suara si
pemanggil. Bising jadinya apabila wanita itu mahu bercakap dengan anak
tunggalnya.
Thaqif
hanya tersenyum menangkap ‘perbalahan’ daddy dan mummynya di corong telefon
bimbit.
“Thaqif...
baliklah. Dah lama sangat kamu kat sana.” Akhirnya telefon bimbit si daddy
berjaya ‘dikuasai’ si mummy.
“Sabar
ye, mummy. Nanti Thaqif balik laa.” Dia ketawa. Ibunya masih melayannya umpama
seorang anak kecil sedangkan dia sudah dewasa.
“Kerja
kamu kat sana belum siap? Bukankah kamu sepatutnya pergi tiga hari je? Kenapa
sampai seminggu pulak?”
“Tinggal
sikit lagi kerja yang belum beres. Thaqif nak pastikan semuanya sempurna
sebelum balik Penang.” Thaqif memujuk ibunya.
Sebetulnya
ada ‘sesuatu’ di Kuala Lumpur yang menghalang Thaqif pulang lebih awal. Kalau
boleh, Thaqif mahu tinggal lama di situ agar usahanya berhasil.
“Pastikan
kamu terus balik ke sini selepas kerja siap. Jangan merayau tak tentu hala
pulak.”
Thaqif
hanya tersengih .
“Thaqif,
dengar tak pesan mummy?” Ibunya masih membebel apabila Thaqif tidak
mengendahkan percakapannya.
“Ya!
Thaqif dengar ni. Mummy janganlah risau.”
“Jangan dengar saja tapi tak ikut. Okeylah, mummy
nak keluar dengan daddy ni... take care
of yourself. Jangan lupa call mummy,
tau.”
“All right. Love you, mom.” Manja nada
suara Thaqif.
“Love you too, son. Waittt... make sure
balik sebelum birthday kamu. Mummy
dah buat preparation untuk
raikannya.”
“Okey.” Thaqif menekan butang merah di
telefon bimbitnya.
Parti
hari lahir? Sekali lagi? Dua kali dalam setahun? Dia senyum sendirian. Parti
hari lahir tajaan ibunya sudah pasti meriah dan mewah. Namun, majlis hari lahir
anjurannya sendiri jauh lebih bermakna kerana adanya seorang gadis yang
istimewa.
Dia
melabuhkan punggung di atas kerusi. Jam di skrin telefon bimbit dikerling. Ada
tetamu yang dinanti sejak pagi lagi.
Hanya waktu malam sahaja mereka dapat
datang. Ketukan di pintu melahirkan segaris senyuman di bibirnya.
Pintu
bilik dikuak. Dua orang lelaki berpakaian serba hitam masuk ke dalam.
Keduanya-duanya berbadan tegap. Seorang daripadanya memakai topi lusuh biru
berjenama Nike manakala seorang lagi memakai bandana merah di kepala.
“Macam
mana? Dah siap?” Tanpa sebarang ucapan salam atau sapaan sopan, Thaqif terus
menghamburkan soalan.
“Sudah,
bos.” Lelaki bertopi menghulurkan sekeping sampul surat besar bersaiz A4 yang
berwarna coklat tua.
Thaqif
pantas mencapainya. Dia terus duduk di atas katil. Isi dari sampul surat
tersebut dikeluarkan lalu diselerakkannya di atas katil. Puluhan keping gambar yang
terdampar di hadapan mata ditilik satu persatu.
“Bagus!
Kerja korang memang bagus!” Dia tersenyum puas.
Gambar-gambar
candid Hasya dengan pelbagai aksi
menarik kini menjadi miliknya. Separuh dari gambar itu memaparkan wajahnya dan
Hasya. Mereka bagaikan pinang dibelah dua. Orang-orang suruhannya masih berdiri
di situ.
“Tapi...
takkan ini je?” Thaqif musykil. Seingatnya, dia mengarahkan lelaki-lelaki itu
membuat dua perkara. Satu sudah diberi kepadanya, bermakna ada satu lagi
tugasan yang belum diselesaikan.
“Ada
lagi, bos.” Lelaki yang memakai bandana tersengih. Sesuatu dikeluarkan dari
poket seluarnya. “Benda ni semestinya ada.” Sekeping cakera padat dihulurkan.
Senyuman
Thaqif semakin lebar. Dia segera memasang cakera padat tersebut. Matanya cerah
tatkala memandang dia dan si gadis tersenyum manis ketika duduk di meja utama.
Detik-detik indah itu ingin dirakamkan di dalam memori ingatannya sampai
bila-bila. Dia tidak mahu kenangan seistimewa itu berlalu pergi begitu sahaja.
“Good job, guys!” Thaqif menunjukkan
tanda bagus dengan kedua-dua ibu jarinya kepada kedua-dua lelaki yang berada di
hadapannya.
Kedua-dua
lelaki itu hanya ketawa mendengarkan pujian dari bos mereka. Jika bos suka
hasil kerja mereka, maka poket mereka juga akan membuahkan ‘hasil’ yang
lumayan. Kalau kena gaya, selain upah, bonus juga menjadi habuan mereka.
“Ada
apa-apa lagi yang bos nak kami buat?” Soal lelaki yang memakai topi. Lelaki
yang memakai bandana hanya menunggu arahan seterusnya.
Thaqif
mencapai remote control. Butang
ditekan sekaligus mematikan pemain cakera padat tersebut. Dia berjalan semula
ke jendela dengan memasukkan tangan kanannya ke dalam poket seluar. Tangan kiri
pula terletak elok di atas belakang pinggang.
“Aku
rasa...” Kata-kata Thaqif terhenti di situ.
Kedua-dua
lelaki tersebut saling berpandangan sesama sendiri. Thaqif masih membelakangi
mereka. Lelaki yang memakai bandana berjalan mendekati Thaqif.
“Kenapa
bos?”
Thaqif
masih memandang ke luar jendela. Satu keluhan dilepaskan. Dia seumpama
menanggung beban yang berat. Ya! Memang berat menanggung beban yang bernama
rindu. Apatah lagi apabila rindu semakin membuatkan dia tidak keruan.
Perlahan-lahan
Thaqif memalingkan tubuhnya. “Melampau tak tindakan aku ni?”
“Taklah.
Kuasa cinta, bos.” Lelaki yang bertopi tersenyum lebar sehingga menampakkan
susunan giginya yang tidak teratur.
“Lagi
pun bos tak menyakiti budak perempuan tu. Rasanya taklah teruk sangat taktik
yang bos guna ni.” Lelaki berbandana pula menambah ‘perisa’ bagi menyokong
kata-kata rakannya sebentar tadi.
Menyakiti
budak perempuan? Thaqif tersentap. Wajah kedua-dua lelaki di hadapannya di
pandang bersilih ganti. Bagaimanakah agaknya reaksi Hasya jika dia mengetahui
Thaqif cuba mengoratnya dengan cara sebegitu? Akan sakitkah hati gadis itu?
Akan bencikah gadis itu kepadanya? Tidak! Dia tidak mahu Hasya membencinya.
Thaqif
meraup mukanya. Dia berjalan ke peti sejuk mini yang terdapat di sebelah kanan
meja. Tiga kotak air minuman jambu batu dikeluarkan. “Sorry, air berkarbonat aku tak minum. Air kotak boleh?”
“Boleh
je, bos. Asalkan halal.” Lelaki bertopi melawak manakala rakannya sekadar
tersengih, malas hendak menyampuk.
Dua
daripada air kotak tersebut dilontarkan kepada kedua-dua lelaki yang berada
tidak jauh darinya. Straw ditusuk ke dalam kotak. Air jambu batu dihirup
sedikit.
“Bos, nak kami carikan nombor telefon budak
perempuan tu? Nak suruh cari rumah dia pun boleh.” Lelaki bertopi menawarkan
khidmatnya.
“Betul
tu, bos! Bisa diatur.” Usul lelaki berbandana pula. Minumannya disedut habis.
Tanpa segan silu, sekotak lagi air jambu batu diambil dari peti sejuk mini.
“Ambil
dua lagi.” Thaqif bersuara. Tekaknya masih terasa haus.
“Korang
berdua tak perlu buat benda-benda tu semua. Aku akan mintak sendiri nanti. Kerja
korang dah selesai. Lagi pun, tak lama lagi aku dah nak balik. Kalau ada apa-apa
hal, aku cari korang.” Thaqif bersuara tegas. Kedua-dua lelaki itu mengangguk
tanda faham.
Eriyza : Cerita pasal Thaqif laa pula. Selamat membaca. Bab seterusnya akan disiarkan dalam masa terdekat, jangan lupa baca, tau.
14 comments
nak lagi ...
Suke Thaqif. Blh buat dia jd hero? Heee :)
-nuyrah-
@Anonymous:
Boleh :)
@Anonymous:
Hero kedua kot. :p
Thaqif boleh buat Izz lebih menghargai Sya ok... jangan main kotor Thaqif x baik .... seledik dulu Sya tu dah kahwin....
ok sambungggg...
alaaaa...cian la pulak kt Thaqif nie... =(
mst Izz mkin jeles kalau tau kn?
Sya lak mst rase serba salah...
biar la nanti Thaqif jumpe ngn perempuan lain...kwn baik Sya ke..sepupu sya ke...
Kak Eriyza...sambung g kak.hehehe ^_^
best...
sangat best ade cabaran buat is....nk lagi yer my writer....
@Kak Sue:
Dengar tu, Thaqif! ;)
@Riena:
Masalahnya Thaqif nampak Hasya je. :p
@baby mio:
Terima kasih.
@norihan mohd yusof:
Aha, ada saingan baru gempak.
ala x suka la ada thaqif... myemak jer... biar jer izz sorg2 layan hasya... hehehe
Thaqif ni nak buat jahat ke?
Post a Comment
Terima kasih kerana sudi membaca novel ini.
Sebarang komentar dari anda amatlah penulis hargai.