Yes,
I Love You – Bab 34
Dia
berjalan terjingkit-jingkit. Dari pokok bunga kertas ke pohon bonsai, dia
menyelinap agar bayangnya tidak dilihat. Di sebalik pohon bonsai yang diukir
bulat-bulat umpama bola, dia mengintai kelibat suspeknya. Sebuah kotak segiempat
tepat yang dipegang sedari tadi, disembunyikan di belakang badannya.
Suspek
dilihatnya sedang bermain buaian sambil menyanyi riang. Lagu yang dibawanya
tentulah lagu klasik, lagu yang menjadi kegemarannya. Dia terus mengendap
suspek, mengamati agar suspek tidak menyedari kehadirannya nanti.
Bahunya
ditepuk dari belakang. “Oittt...!” Izzdiyad mencerlung garang.
“Astaghfirullahalazim.
Terkejut aku.” Dia mengurut-urut dadanya. Sungguh dia terperanjat dengan
kehadiran abangnya yang tidak diundang.
“Izz...?!
Sorry laa. Aku ingatkan penyamun mana
tadi. Nasib baik aku tak hempuk dengan boots
ni, tau.” Izzdiyad menunjukkan boots jenama
Sidi buatan Itali milik Izz yang berada di tangannya. Dia tersengih panjang.
“Weh,
ada ke patut riding boots aku yang
mahal tu kau nak buat senjata?” Izz membulatkan matanya. Tergamak Izzdiyad
menggunakan kasut yang dia gunakan untuk menunggang motosikal sebagai bahan
untuk memukul dirinya yang disangka orang jahat.
“Kau
buat apa ni Izz? Terhendap-hendap macam pencuri, siap jalan berjingkit lagi.”
Izzdiyad turut mengendap seperti Izz, cuba memandang apa yang dilihat oleh adiknya.
Ada benda baguskah?
“Laa...
bini sendiri pun kau mengendap?” Izzdiyad sengih tepi. “Demam semalam buat kau
jadi tak betul ke?” Izzdiyad cuba
menyentuh dahi adiknya.
Izz
menepis tangan Izzdiyad. “Kau ni Yad, mulut takde insurans laa. Aku nak buat suprise tuk Sya... sebab tu laa aku
intai dulu dia duk buat apa.”
Kacau
daun betul! Rosak rancangan aku! Hati Izz mendengus geram.
“Owhhh!
Suprise? Adegan menarik ni. Bolehlah
aku join sekali.” Izzdiyad mengusik
adiknya. Kening diangkat sebelah.
“Aku
cancel jelah. Kalau kau tengok,
takdelah suprisenya lagi.” Mana boleh
tengok, malulah dia nanti. Sudahlah ini kali pertama dia mahu membuat kejutan
seperti ini. Izz berpeluk tubuh. Apa punya abanglah si Izzdiyad, tak bagi muka
langsung.
Dia
mengambil kotak tersebut lalu mahu menapak pergi. Izzdiyad tersengih
memerhatikan rajuk si adik. Pantas tangannya menarik lengan Izz.
“Aku
bagi chance. All the best, bro.” Dia menepuk-nepuk bahu Izz sambil ketawa lalu
menghilang ke arah gazebo.
Izz
mengendap sekali lagi. Cuba melihat kelibat si isteri tetapi malangnya
isterinya sudah tiada di atas buaian.
“Alah,
ke mana pulak si Hasya ni pergi?” Dia menepuk dahi. Geram kerana rancangannya
gagal gara-gara terserempak dengan ‘pengawal keselamatan’.
Kotak
yang masih dipegang dipeluk ke dadanya. Dia menapak ke arah buaian tersebut.
Matanya meliar mencari susuk Hasya tetapi bayangnya pun tiada. Dia naik ke atas
buaian besi. Dia duduk di tempat yang baru ditinggalkan Hasya.
Izz
berbuai perlahan. Dia memejamkan matanya. Angin petang yang bertiup nyaman
cukup membuatkan tubuhnya terasa segar. Dia mendengar derap kaki menuju ke
arahnya. Matanya dibuka pantas. Kelihatan seseorang tersenyum simpul sedang
menapak melalui buaian yang didudukinya. Kotak segera disembunyikan di belakang
badannya.
“Izz,
masih demam lagi?”
“Alhamdulillah.
Dah okey. Nak ke mana, Nat?” Izz menegur apabila melihat Natalia membawa dua
buah mangkuk. Satu mangkuk besar dan satu lagi lebih kecil.
“Nak
makan buah pauh kat gazebo. Come, join me.”
“Eh,
takpelah. Izz tak berapa gemar makan buah yang masam.”
“Okey.
Pergi dulu, ye.” Natalia berlalu pergi. “Izz...”
Izz
berpaling ke arahnya. “Yes.”
“Hasya
pun ada kat sana.” Natalia seakan tahu yang Izz sedang mencari isterinya.
“Yad
mana? Tak nampak pun?” Izz segera mengalih topik.
“Kat
sana jugak. Tengah tunggu buah pauh ni haa. Jomlah sekali.” Natalia mula
menapak pergi.
Izz
melompat turun dari buaian. Nampak gayanya kejutan yang telah dirancang
terpaksa dibatalkan. Dia menapak ke dapur. Kotak itu dimasukkan sementara ke
dalam salah sebuah kabinet dapur tingkat atas.
Gelak
tawa sekumpulan manusia kedengaran sewaktu dia menghampiri gazebo. Kesemua ahli keluarganya berada di situ sedang menikmati minum
petang. Menunya buah pauh dicicah bersama kicap yang dimasukkan cili api dan
sedikit gula.
“Izz,
kau pun nak join jugak acara makan
buah pauh? Kau tak suka benda masam, kan?” Izzdiyad mengusik. Dia mahu melihat
muka kelat adiknya.
Izz
menjeling tajam pada Izzdiyad. Suka sangat cari pasal. Selipar ditanggalkan
lalu dia menapak naik ke atas gazebo.
Dia ingin duduk di sisi Hasya tetapi isterinya diapit oleh Natalia dan mamanya.
Hanya ada satu tempat kosong di sebelah Izzdiyad.
“Duduklah.
Kenapa kamu tercegat kat situ?” Tegur Datuk Izzuddin.
“Rimas
mama tengok kamu berdiri macam tu.” Datin Faridah memasukkan buah pauh ke dalam
mulutnya. Sedap!
“Abang...
ke sana sikit.” Arah Natalia kepada suaminya.
“Kenapa
pulak? Izz, kau duduk sini jelah. Aku malas nak bergerak.” Izzdiyad mengarahkan
Izz duduk di sebelahnya.
Hasya
memandang suaminya dengan senyuman. Izz merenung tajam ke arahnya. Datuk
Izzuddin sekadar menggeleng. Datin Faridah memandang ke arah Izzdiyad dengan
membuat isyarat mata agar Izzdiyad mengalah. Izzdiyad tersenyum kerana dia
hanya ingin mempermainkan Izz.
“Biar
sayang sajalah beralih tempat.” Natalia baru hendak bangun apabila Izzdiyad
mula mengengsot ke ruang kosong yang ada.
“Abang...
mehlah duduk sini.” Hasya membuka mulut.
Izz
mengambil tempat di sebelah Hasya. Suasana diam seketika. Hanya kunyahan buah
pauh yang kedengaran. Izz cuma memandang orang lain makan. Dia sedikit pun
tidak beminat hendak turut serta dalam acara makan buah pauh.
“Rasalah.”
Hasya mengunjukkan bekas berisi buah pauh kepada Izz. Lelaki itu teragak-agak
hendak merasa buah pauh yang semestinya masam. Dia mencicah buah pauh ke dalam
kicap. Buah pauh dikunyah perlahan.
Belum
pun habis buah pauh itu dikunyahnya, dia menjerit. “Pedasss...”
Datuk
Izzuddin dan Datin Faridah saling berpandangan. Natalia sekadar tersenyum
kecil. Izzdiyad terus mengunyah buah pauh tanpa mempedulikan jeritan Izz.
Suasana di gazebo menjadi bising
dengan suara Izz.
Hasya
menghulurkan segelas air masak kepada Izz. Rakus Izz meneguk air tersebut. Air
masak Hasya yang berbaki setengah gelas disambar lalu diminum sekaligus.
Walaupun sudah satu setengah gelas air diteguk, dia masih kepedasan, cili api
yang digigitnya cukup untuk membuatkan telinganya berasap.
Izz
berdiri. Dia mengipas-ngipaskan mulutnya. Matanya berair menahan pedas.
“Tunggu,
ye. Sya ambilkan yogurt dari peti
ais.” Dia pantas turun dari gazebo.
Izz turut mengekorinya. Dia sudah tidak boleh menunggu lama. Rasa pedasnya
perlu dihilangkan segera.
Sebaik
Hasya membuka pintu peti sejuk, Izz terus mencapai sebotol air sejuk. Tanpa
mengambil gelas, dia meneguk terus air itu dari botol. Sekelip mata, separuh
air dari botol sudah habis diteguk. Rasa pedasnya hilang tetapi cuma seketika.
“Sya,
pedas lagi ni.” Izz buat muka kasihan. Wajahnya sudah disimbahi peluh. Air mata
sudah mengalir.
Hasya
cuma menggelengkan kepala melihat aksi Izz. Yogurt
Liteyo berperisa blueberry
diambil. Sudu dicapai.
“Makan
ni.” Yogurt sudah disudu, hanya
menunggu Izz membuka mulut untuk disuap.
“Mana
hilang pedas makan yogurt. Pergi
ambil gula.” Izz masih berdegil.
“Abang...
cubalah makan dulu.” Sudu berisi yogurt
masih disua di hadapan Izz. Dia geram betul dengan suaminya yang tidak mahu
mencuba petuanya.
Lambat-lambat
lelaki itu menerima suapan yogurt
dari isterinya. Dari satu suap ke beberapa suap, akhirnya yogurt itu
dihabiskannya. Patutlah Hasya suka makan yogurt,
rasanya sedap.
Seketika
kemudian, rasa pedas tiada lagi. “Sya, mana kau tahu yogurt boleh hilangkan pedas?”
“Sebab
capsaicin perlu dilawan dengan kasein.” Selamba jawapan Hasya.
“Errr...
aku tak faham. Maksudnya...?” Izz menggaru kepala.
Entah
apa bendalah Hasya mengarut. Masa belajar Sains dulu, tak ada pun disebut
tentang benda-benda tersebut. Aku ada ponteng kelas Sainskah dulu? Izz terus
berfikir.
Hasya
senyum. “Tunas rasa tidak mengesan pedas. Deria kesakitan di lidah yang merangsang
bahan kimia yang disebut capsaicin dalam
makanan pedas seperti cili. Sebab itulah, rasa pedas boleh dirasa oleh tangan,
esofagus dan perut. Untuk menghilangkannya, kita perlu ambil kasein yang terdapat dalam produk tenusu
atau yogurt kerana ianya dapat
melarutkan bahan kimia tersebut.”
Izz
mengangguk. Seakan tidak percaya kata-kata itu keluar dari mulut Hasya. Teori
yang boleh diterima pakai.
“Lagi
satu, pedas mewujudkan rasa terbakar. Jadi, secara automatik kita fikir air
sejuk dapat menghilangkan rasa pedas tersebut. Sebenarnya, capsaicin tidak larut dalam air, maka ia hanya melegakan sementara
sahaja.” Hasya tersenyum kecil sebelum kembali ke gazebo.
Wajah
Izz sudah berubah rona. Bibir atas diketap perlahan. Dalam nasihat terpalit
sindiran.
©Eriyza : Mungkinkah ini penamat enovel Yes, I Love You?? Membaca dan mencari idea adalah 2 perkara yang sungguh besar bezanya. Penulis sedar karya ini tidak sehebat novel lain yang ada di pasaran. Sejujurnya, penulis tidak mahu muncul di khalayak sebagai seorang novelis. Justeru, terima kasih kepada anda yang sudi memberi komen pujian atau kritikan kerana ia menjadi penyuntik semangat untuk penulis melakar cerita Izz dan Hasya.
21 comments
kenapa nak berhenti sampai sini je.... sambunglah lagi...
cerita ni ok... tapi bab ni kenapa pendek sangat x puas lah... hehehe
@Kak Sue:
Errr, abis macam ni je takleh ke kak?? Huhuhu! :)
BEST NAK LG.
janganlah berhenti kak..
citer ni best lah..
sambunglah lagi..
alaaaaa....baru nak feel balik bace cite ni...x kan dah nak benti.haaaiiiiiiiihhhhhh......
@baby mio:
Terima kasih.
@Ramlan Bin Othman:
Citer ni biasa² je.
@strawberry.chocolate81:
Hehehe! :)
ini betul2 tk adil...nk gggggggg lh dek..jgn lh stop kn lagu tu...sambung g yer...akk still nk bc sampai ending or di naskah kn ker novel kisah izz n hasya...pleaseeeeeeeee...
Dearest Eriyza,
Cerita ni best sgt.. akak tunggu lama utk sambungan.. jgn la berhenti kat sini je.. kalau ada free time sambung la balik cite nie sampai ending.. teruskan berkarya.. keep it up..
alaaa...jgn la tamat kan kt sini je...smbung la lg sis...
wt la izz jeles ngn sya..
wt kisah sya lari gune moto kesygan izz ke...heheh..
harap2,satu hari t leh d novel kan..sbb cter nye best n leh d wt koleksi d antara novel2 tersayang t... =)
cte ni best...please hbskn kat blog..n klu dibukukn still akn bli tuk buat koleksi... :-)
@norihan mohd yusof:
Mungkin sy jual seniri kalo sy rajin. :)
@Kak Yattie:
Terima kasih sbb sabar menunggu citer ni bab demi bab.
@Riena:
Ada cadangan nak jual. :)
@Anonymous:
Thanks. :)
Assalamualaikum sist,
Slm knl dri saya di indonesia.
Please sist jgn berhenti disini cerita ini best sangat. saya bru ketemu cerita ini kemarin, dan dari kmrn jg bca dri bab 1 dan dah klar bab 34. saya pgn baca lagi sist. Ayolah, semangat menulis, saya tunggu :)
@Asih firmansyah suyadi:
Terima kasih sobat.
Happy reading. :)
Jgn menyerah kalah sebelum bertempur..... jln cite dah bagus jgn tak sambung pulak karang ramai yg meroyan termasuk le akak.... nak tahu jugak si Sya ni belajar tahapa mana eek ....macam misteri je minah ni...ce cite ce cite. ....hehehe
@noorliyana Shamsuddin:
Misteri laa best. :)
kak Eriyza, ramai y menyokong akak..
kalau jd nk bukukn harap akak leh maklumkan..xsabar nk tunggu kemunculan novel nie....
Post a Comment
Terima kasih kerana sudi membaca novel ini.
Sebarang komentar dari anda amatlah penulis hargai.