Tubuh
dihempas ke katil. Rasa tidak sedap badan. Kepala pula berdenyut-denyut. Perut
lapar tetapi tiada selera untuk makan. Dia terbaring lesu di situ. Matanya
dipejam rapat. Cuba untuk tidur namun gagal. Dahi dipicit perlahan dengan
tangan kiri.
Tombol
pintu bilik dipulas. Hasya hairan melihat suaminya terbaring di atas katil
tanpa menyalin pakaian pejabatnya. Kebiasaannya, Izz akan mandi sebaik pulang
dari pejabat. Letih sangat agaknya. Hasya mendekati suaminya.
Hasya
membuka stokin Crocodile yang masih tersarung di kaki Izz. Tali leher berwarna
ungu berbelang hitam dan putih berjenama Giorgio Armani suaminya dilonggarkan lalu ditarik perlahan. Izz membuka
matanya apabila menyedari ada sesuatu sedang bergerak di lehernya. Pandangannya
terarah kepada Hasya.
“Kau
buat apa ni?” Tangan Hasya ditepis.
Dia
tidak mahu diganggu ketika dia tidak sihat. Rasa seperti mahu marah orang
sahaja jika ada yang mengacaunya ketika itu.
“Tanggalkan
necktie. Kenapa abang tidur dengan
baju pejabat? Stokin pun tak tanggal?” Hasya tetap tersenyum walaupun lelaki
itu bersuara tinggi.
“Badan
aku rasa seram sejuk. Kepala pun pening.” Izz memicit pelipisnya dengan
kedua-dua belah tangan.
Jari
jemarinya terus di bawa ke dahi Izz, kemudian berlari pula ke leher suaminya. Suhu
badan Izz agak panas. “Abang demam ni.”
Tanpa
disuruh, Hasya memicit-micit pelipis suaminya perlahan. Lelaki itu memejamkan
matanya rapat, terasa sedikit lega apabila jari jemari isterinya menjamah
lembut pelipisnya.
“Agaknya
laa. Tengah hari tadi aku redah hujan.” Selepas makan dengan klien di Restoran
Nila Utama, hujan turun dengan lebat. Izz terpaksa berlari di dalam hujan untuk
ke tempat parkir keretanya kerana dia perlu bergegas ke pejabat. Satu mesyuarat
penting perlu dihadiri.
Hasya
melurutkan comforter separas dada
yang Izz gunakan untuk menutup tubuhnya sehingga ke hujung kaki.
“Sya,
aku sejuk ni. Kenapa kau tarik comforter
tu?” Izz merengek. Sedikit berkecil hati dengan tindakan isterinya.
“Kalau
nak cepat baik, abang tak boleh berselimut. Nanti haba dalam badan tak boleh
keluar.” Hasya simpati melihatkan Izz yang menggigil tetapi dia perlu bertegas
agar Izz cepat sembuh.
Hasya
mengambil sehelai tuala kecil yang bersih dari laci almari bajunya lalu
dibasahkan dengan air. Tuala itu diletakkan ke atas dahi Izz.
“Sya...
aku rasa nak muntah.” Susah payah Izz cuba bangun.
“Sekejap,
Sya ambilkan baldi.” Hasya pantas berlari ke bilik air. Sebaik sahaja dia
sampai di sisi Izz, lelaki itu terus memuntahkan isi perutnya. Habis lencun
baju Hasya. Cadar turut terkena sama.
“Sya...
nak muntah.” Uwekkk! Sekali lagi Izz menghamburkan isi perutnya. Mee kari dan horlicks
ais yang ditelan siang tadi terkeluar semuanya. Kali ini Hasya sempat
menadahnya dengan baldi.
“Ada
rasa nak muntah lagi?” Belakang badan Izz digosok-gosok lembut.
Izz
menggeleng perlahan. Dia berasa lega setelah semua isi perutnya dikeluarkan.
“Kumur.”
Hasya memberikan segelas air masak. Izz berkumur sebelum meluahkannya kembali
ke dalam baldi. Terasa hilang sedikit rasa payau di tekak.
“Sya...
maaf..” Lemah sahaja Izz bersuara.
“Takpe,
Sya tahu abang tak sengaja.” Senyum dikupas.
Izz
berbaring di atas settee sementara Hasya
menukar pakaian dan cadar. Setelah selesai semuanya, Hasya membantu Izz naik ke
katil. Tuala dibasahkan semula dan diletakkan di atas dahi Izz.
“Abang
berehatlah dulu. Sya nak buat bubur nasi.”
Izz
cuma senyum nipis. Kelopak matanya sudah semakin berat. Dia tidak mampu
bertahan lagi. Dia sendiri tidak sedar bila dia terlena.
“Abang...”
Hasya mengejutkan suaminya perlahan.
Izz
menggosok-gosokkan matanya. Kepalanya masih sakit tetapi tidak sekuat tadi. Dia
tidak pasti berapa lama dia tidur.
“Makan
sikit.” Isterinya membawa semangkuk bubur nasi. Segelas milo suam diletakkan di
atas meja kecil katil.
“Tadikan
abang muntah. Mana boleh biarkan perut tu kosong. Makanlah sikit... kang sakit
perut, susah pulak.” Sehabis lembut Hasya memujuk.
“Hmmm...
yelah.” Izz bangun perlahan-lahan. Dia bersandar di kepala katil.
Hasya
duduk di birai katil. Dia menemani Izz makan bubur nasi yang cuma berlaukkan
ikan kembung goreng yang telah dihancurkan dan kicap manis. Cara yang sama
selalu dilakukan oleh ibunya ketika dia demam.
Lima
suap disudu, Izz menghulurkan mangkuk kepada Hasya. Dia betul-betul tiada
selera hendak menelan bubur nasi itu. Milo yang telah suam disuakan kepadanya,
hanya dua teguk dihirup dan dia menggeleng.
Hasya
mengambil sebesen air. Daun-daun bunga raya yang ditanam di halaman rumah telah
dipetik ketika dia menunggu bubur nasi masak. Daun-daun bunga raya diramas di
dalam besen itu sehingga mengeluarkan lendir. Izz sekadar memerhatikan
perbuatan isterinya.
“Abang..
Sya jaram kepala, ye.”
Izz
tidak menjawab, dia sekadar mengangguk.
Kepala
Izz diletakkan di atas ribanya. Hasya menceduk air ramasan bunga raya dengan
jari jemarinya lalu dititik sedikit demi sedikit di atas rambut Izz. Dia
mengusap-usap rambut Izz agar air itu rata. Berulangkali cara itu dilakukan.
Tuala
di dahi Izz dialihkan. Dia merasa suhu di situ. Masih panas tetapi tidak
sepanas tadi. Tuala tersebut dibasahkan lagi dan diletakkan semula ke atas dahi
Izz. Lebihan air ramasan bunga raya disapukan pula ke tubuh Izz beberapa kali
supaya tidak membazir.
Hasya
terus setia menunggu di sisi Izz sehingga suaminya tidur semula. Kemudian, dia
membawa dulang berisi bubur dan milo ke dapur. Selepas itu, besen air bunga
raya pula dicuci. Akhir sekali, dia ke bilik air membersihkan kesan muntah pada
cadar dan bajunya sebelum direndam di dalam besen.
Izz
tersedar dari tidur kira-kira pukul 3.13 pagi. Kepalanya sudah tidak berdenyut
lagi. Dia membuka matanya. Hanya cahaya lampu meja yang menerangi bilik. Dia
tidak nampak Hasya, dia menggagau mencari susuk isterinya.
Ke
mana pula perginya Hasya? Belum tidur lagikah? Mungkinkah dia sedang solat
tahajud? Persoalan itu bertali arus menghantui pemikirannya. Izz berasa tidak
sedap hati selagi isterinya tidak ditemui.
“Sya...
Sya...” Dia memanggil Hasya tetapi tiada sahutan.
Tuala
di atas dahi dialihkan ke dalam besen kecil yang masih berada di atas meja di
sebelah katil. Dia bangun. Sewaktu hendak menuruni katil, dia perasan ada
sesuatu menghalang laluannya. Rupa-rupanya Hasya tidur di sisi katil sambil
bertimpuh di ambal.
“Sya...”
Tangan Hasya digoncang perlahan. “Sya... bangun! Tidur atas katil.”
“Hmmm...”
Hanya itu yang keluar dari mulut Hasya tetapi matanya tetap terpejam rapat.
Mungkin keletihan melayan karenah Izz tadi.
Izz
kasihan melihat isterinya tidur di dalam keadaan begitu. Dia mengumpul sisa
tenaga yang ada lalu mencempung tubuh Hasya ke atas katil. Comforter ditarik hingga ke paras dada. Dahi isterinya dicium
seketika sebelum dia berlalu ke bilik air.
Izz
berdoa panjang usai menunaikan solat Isyak. Dia mengadu keluh kesahnya kepada
Allah SWT. Dia mengharapkan tali pernikahannya dengan Hasya tetap utuh terikat
sampai bila-bila. Doa dipanjangkan lagi agar rumahtangga mereka senantiasa
berada di dalam rahmat Ilahi. Izz mengaminkan doanya sebelum menyidai sejadah
di atas tempat yang sudah disediakan.
Izz
merangkak naik ke katil. Dia berhati-hati agar isterinya tidak terjaga. Dia menarik comforter lalu tidur rapat di
sisi isterinya. Hasya yang tidur mengiring
ke arahnya direnung lama. Wajah isterinya kelihatan sungguh menawan walaupun
hanya disimbahi cahaya lampu yang sedikit. Rambut Hasya yang menutupi pipi
dikuak perlahan.
Pipi
isterinya dielus-elus lembut dengan belakang jari jemarinya. Wajah putih bersih
itu direnungnya lagi. Dia mengucup dahi Hasya lama sebelum beralih ke pipi
isterinya. Kucupan di pipi isterinya juga lama. Izz merangkul pinggang Hasya.
Dia mahu tidur lena dalam rimbunan kasih sayang isterinya.
“Sweet dreams... sayang. Abang sayang
Sya.” Dia tersenyum senang.
Kali
pertama Izz memanggil Hasya sayang dan membahasakan dirinya sendiri sebagai
abang. Tetapi ungkapan itu langsung tidak didengari Hasya yang begitu lena
tidur. Rangkulan di pinggang isterinya dieratkan lagi. Sungguh dia merasa
bertuah kerana dikurniakan isteri sebaik Hasya.
Di
dalam diam Izz merancang untuk memiliki keluarga yang besar. Dia mula
memikirkan untuk mempunyai zuriat dengan Hasya. Setelah beberapa bulan hidup
sebumbung dengan isterinya, dia mengkaji tingkah laku dan gerak-geri Hasya. Dia
berpendapat Hasya berpotensi untuk mendidik anak-anaknya menjadi hamba Allah
yang berjaya. Dia membayangkan masa depan yang lebih baik untuk keluarganya.
“Sayang...
abang akan bekerja lebih tekun untuk memastikan masa depan kita terjamin. Abang
akan pastikan sayang dan anak-anak kita hidup selesa hasil titik peluh abang.”
Kedengaran lagi janji-janji Izz di cuping telinga isterinya.
Hasya
masih nyenyak tidur di dalam rangkulan Izz. Dia sedikit pun tidak tahu suaminya
sedang mengemudi harapan seluas lautan untuk melayarkan bahtera rumahtangga
mereka ke pelabuhan bahagia. Izz memejamkan matanya rapat, berharap mimpi yang
bertandang nanti adalah mimpi indah tentang dirinya dan Hasya. Demamnya sudah
semakin surut tetapi jantungnya berdegup kencang saat kepala Hasya terlentok di
atas dadanya.
Eriyza : Ramai orang membaca enovel ini tetapi tidak ramai yang sudi meluahkan buah fikiran. Terima kasih buat pembaca setia yang sentiasa memberi respon. Penamat bagaimanakah yang anda mahu??
26 comments
alahai...cam menusuk kat ati plak n3 kali nih..mane tk nyer syahdu jer bile izz bahasa kn diri abg n sya ngan sayang.terase betapa romantik nyer izz..nape tk izz terus kn jer panggilan cam tuh...semuge doa yg tulus dari hati izz pd yg maha ESA di makbul kn..agar punyai zuriat n jodoh yg berkekalan hingga ke hujung nyawa wat isteri yg dh mula bertapak di ruang hati izz...
salam dek Eriyza...akk berharap sangat agar ending nyer yg hepi2 ye...n asam garam dlm rumah tangga pasti ade konflik nyer...itu lh yg utuh kn rase di hati bile ade rase cemburu,marah,gaduh2 tu lh yg mematang kn perjalanan kebahgian wat izz n sya.kehadiran baby akn menguat kn lg ikatan izz n sya nih.so akk harap sngt sya akn ade baby gak...pape pn tq dek..best sngt novel u nih dek..setiase agak tunggu2 n3 baru dari u dek...
end die nak hasya n izz ade ank2 yg comey..hihi
Nk ending yg happy. ∩__∩ N crita ni hbis kt blog kn?
of course la ending yg sweet dan manis :)
Nk happy ending gak..
Sweet sgt izz & sya nie...
sedih laa..sya baik sangat..iz n sya..combination yg mantop..hehe..
Happy ending boring laa sis... kalo bleh twist laa sket... biar lain dari yg lain
Sebenarnya Izz x berani lagi berterus terang dengan Sya lagi...
cuba tukar dulu panggilan untuk supaya sedap Sya mendengarnya...
berterus terang tentang rancangan Izz untuk kembangkan kelurga dengan Sya...
wahhh..sweet nye perancangan Izz..
kalau Sya dgr mst die terharu kn?
tp t mst ada dugaan sblum Izz meluahkan perasaan die y sebenar pada Sya kan?
jalan cerita dah cantik..tp bila akk nk smbg lg citer ni? dah lama tggguu
opkos la nak Hansya ngan Izz...n pastinya ade gelombang pasang surut la dlm rumahtanggakan...xkannya tenang n mendatar je...kalo mendatar x best la jugak tp ending dia mesti la diowang ni bahagia bersama...sengketa, dendam n amarh seme 2 terjawab sudah akhirnya. Izz nak anak2 ramaikan? haaaa kasi la ade twins jugak...mesti chomels...
@norihan mohd yusof:
Nak hepi ending ye??
Mana nk cekup idea ni?? ;)
@miss mine:
Owh! ("-")
@nina ali:
Tak tahu lg, mgkn akan dijual sendiri. :)
@hk:
Aha. :)
@baby mio:
Terima kasih.
@nursya:
Depa mmg sweet and sour gitu. :p
@fazi syah:
Pasangan yang saling melengkapi.
@Anonymous:
Awak nk sad ending ye??
Boleh je. :)
@Kak Sue:
Izz malu nk panggil sayang.
Hehehe! :p
@Ramlan Bin Othman:
Terima kasih sbb menunggu.
@strawberry.chocolate81:
Anak kembar?? Macam best bunyinya. :)
As salam... blog yg baru akak jumpa sebab blog yg selalu akak singgah tak ada cite baru hahaha. ..
Cerita ni memang akak tunggu di P2u.... awak punya jgn cite memang ok sangat n kalau boleh tu cuba cite details sikit arrr plot plot antara Say n Izz jgn buat anti climate pulak...masuk akak tak tempat nak menghayati keadaan dia orang plot tu dah habis ..... maaf kalau akak salah....
@noorliyana Shamsuddin:
Pandangan akak tak salah cuma sy cuba 'lari' dari kebiasaan penulis lain. Terima kasih atas komen.
@Eriyza:
no..x mau sad ending..sweet x pe..hehe
Post a Comment
Terima kasih kerana sudi membaca novel ini.
Sebarang komentar dari anda amatlah penulis hargai.