Yes,
I Love You – Bab 32
Dia
bersiul riang sambil berjalan ke pintu pejabat. Beberapa orang pekerja yang
masih belum pulang ditegurnya. Dia ramah seperti selalu. Mengusik dan bergurau
senda dengan rakan sekerja perkara biasa baginya. Malah, dia antara ‘pelawak’
yang disenangi ramai di syarikat itu. Dia berhenti berjalan tatkala namanya
dipanggil. Jantung berdegup kencang.
“Amar.”
“Encik
Izzdihar.” Senyuman dikupas.
“I nak pinjam
helmet you.”
Biar betul? Dia tersalah dengarkah? “Boleh... tapi...
helmet saya buruk. Mungkin tak sesuai untuk Encik Izzdihar pakai.” Amar
menunjukkan topi keledar yang dikeleknya.
Bosnya langsung tidak memberi sebarang komen terhadap
topi keledarnya yang buruk. Amar ragu-ragu hendak memberikan topi keledarnya
kepada bosnya yang sudah menghulurkan tangan. Bosnya benar-benar serius, tidak
main-main. Jaketnya yang disarung di bahagian hadapan badan dibetulkan setelah
melurut ke lengan.
“Nah! Buat tambang balik.” Izz mengambil topi keledar
Amar lalu memimpin tangan Hasya keluar dari pejabat.
Amar menayangkan duit RM50 yang diberi oleh Izz. Dia
tersenyum lebar. Kalaulah setiap hari dapat membuat perniagaan ‘sewa topi
keledar’ kepada majikan seperti Izz, tentu dia cepat kaya.
Setelah berpesan kepada pengawal keselamatan supaya
menjaga keretanya dengan baik, Izz menghidupkan enjin motorsikalnya. Dia masih
lagi kurang percaya, ‘harta’ kesayangannya itu ditunggang Hasya. Dia tidak
pernah membenarkan sesiapa pun menunggang motorsikalnya sama ada Izzdiyad mahu
pun Zikri.
Hasya mengambil topi keledar Amar lalu cuba dipakai
tetapi Izz merampasnya. Tanpa sepatah kata, topi keledar mahalnya yang menutup
muka dipakaikan kepada Hasya. Dia pula memakai topi keledar buruk Amar. Hasya
tersengih.
Izz
mengambil selekoh tajam dengan berhati-hati. Kelajuannya dikurangkan sedikit.
Hasya memeluk pinggangnya dengan kuat. Izz tersenyum senang. Sesekali Izz
mencelah di lautan kenderaan yang bertali arus.
Kini,
mereka sudah keluar dari kesesakan kotaraya Kuala Lumpur. Petang sudah
menjelang malam. Sebentar lagi matahari akan berwarna jingga sebelum bulan
mengambil giliran menghiasi dada langit. Tunggangan dihalakan ke arah sebuah
bukit. Dari atas bukit, beberapa bahagian bandaraya dapat dilihat dengan jelas.
Dia
memberhentikan motosikalnya. Hasya turun dari motosikal. Dia terpukau melihat
keindahan hutan batu yang tersaji di hadapannya. Kilauan lampu-lampu yang
kelihatan berkelipan bak bintang menarik perhatiannya. Dia mendepakan tangan,
udara segar dihirup dalam-dalam.
Izz
masih belum turun dari motorsikalnya. Dia duduk mengiring sambil memerhati
gelagat isterinya. Di benaknya timbul seribu persoalan tentang isterinya.
Semakin lama semakin dirasakan isterinya itu gadis yang misteri, penuh dengan
rahsia. Sedikit demi sedikit rahsia isterinya terbongkar. Setiap kali rahsia
itu berjaya dibuka, dia yang terkesima.
Hasya
tersenyum meleret apabila tubuhnya didakap dari belakang. Dagu Izz berada di
atas bahu kirinya. Setelah beberapa minit berada di dalam keadaan sedemikian,
Izz meleraikan pelukannya. Tubuh Hasya dihadapkan ke arahnya.
“Sya...
siapa kau sebenarnya?”
Hasya
tergelak kecil. Soalan Izz terasa lucu di gegendang telinganya.
“Aku
serius. Siapa kau sebenarnya?” Wajah Izz tegang, sedikit pun tiada senyuman.
Gelak
Hasya mati terus. “Soalan abang seolah-olah Sya ejen FBI yang menyamar.”
“Kalau
kau bukan FBI... kau mungkin CIA, Interpol
atau apa sahaja. Seperkara yang pasti, kau memang menyamar. Kau bukan Hasya
yang aku kenali dulu.”
Wajah
Izz ditenung. Ada rasa hairan di dalam tenungannya. “Apa abang cakap ni? Sya
masih sama macam dulu. Gadis kampung yang abang nikahi.”
“No! Kau berbeza dengan Hasya yang kahwin
dengan aku. Isteri aku tak tahu banyak benda... bukan macam kau.”
Hamburan
kata-kata Izz cukup mengguris hati kecil Hasya. Mengapa dia sering dianggap
naif sedangkan Izz tidak pernah pun bertanya. Mengapa dia sering dimarahi
walaupun dia tidak bersalah? Mengapa dia perlu mengalah bila masalah mula
menjengah? Pelbagai persoalan timbul di kotak fikirnya.
“Sya
tak faham. Apa sebenarnya yang berlaku?”
Izz
merenungnya tajam. Dia keliru dengan personaliti isterinya sendiri. Dia sangsi
dengan perwatakan isterinya. Dia curiga pada isterinya sendiri.
“Kau
kenal Thaqif?”
Hasya
mengangguk. “Kenal.” Dia menjawab tanpa ragu-ragu walaupun baru dua kali
bertemu lelaki berkenaan.
“Apa
yang kau cakap pada Thaqif?”
“Kami
cuma saling memperkenalkan diri.”
Jawapan
Hasya kedengaran canggung di telinga Izz. “Baru nak berkenalan? Tadi kau kata
kau kenal dia? Kau cakap apa ni, hah?”
“Abang,
Sya kenal dia sebab pernah jumpa sekali dalam kedai buku. Bukannya dah lama
kenal macam yang abang sangkakan. Tadi tu, kali kedua Sya jumpa dia, sebab itu
dia tegur Sya.”
“Bagus
betul ingatan kau, ye? Kalau lelaki kacak, memang kau akan ingat muka dia sampai
bila-bila walaupun pernah jumpa sekali.” Izz mengejek.
“Hebat...
hebat!” Izz bertepuk tangan. Cuba menaikkan emosi isterinya. Dia tidak
berpuashati dengan jawapan itu.
Namun,
Hasya tidak mahu bergaduh dengan suaminya yang sedang dilanda badai cemburu. “Tak
jugak sebab Sya hanya cam dia selepas dia tegur Sya. Tapi....”
Hasya
memegang kedua-dua belah tangan Izz lalu mata Izz direnung lembut. “Sya ingat
wajah pemuda tampan bernama Izzdihar setiap detik tak kira sama ada Sya jaga
atau tidur.”
“Sungguh??”
Walaupun kata-kata Hasya disukai Izz tetapi dia masih belum boleh mengusir syak
wasangka yang masih ada di dadanya.
Hasya
mengangguk bersama sekuntum senyuman yang menawan. “Abang, Sya...”
Hasya belum sempat menghabiskan kata-katanya apabila
Izz meletakkan jari telunjuk kanan di
bibirnya.
“Cukup!
Bagi aku, mustahil dia setuju bekerjasama dengan syarikat kita serta-merta.
Sya, kau tak sembunyikan sesuatu dari akukan?” Izz masih tidak mahu percaya.
Sungguh
sukar dipercayai apabila Thaqif yang
terkenal dengan sikap cerewet dan mementingkan kesempurnaan bersetuju untuk
memberikan hak pembinaan Hotel The Starnya kepada syarikat mereka tanpa banyak
soal. Zikri turut terperanjat dengan khabar itu yang dimaklumkan oleh Thaqif sendiri.
Sebaik sahaja pembentangan kertas kerja mereka usai, lelaki itu terus
memberikan keputusan muktamad.
Izz
berjalan beberapa langkah menjarakkan dirinya daripada Hasya. Dia tidak dapat
menerima ‘persahabatan’ Hasya dan Thaqif bermula dari kedai buku. Dia juga pasti Thaqif
yang dikelilingi golongan korporat tidak pernah tinggal di kawasan yang sama
dengan Hasya. Dia juga tahu Thaqif yang belajar di sekolah swasta dan menuntut di
luar negara tidak akan menjadi rakan sekolah Hasya.
“Abang...
kalau itu rezeki abang... abang tetap akan dapat projek tu. Lagi pun paperwork yang Abang Zik sediakan memang
menepati kehendaknya. Jadi, dia tiada alasan untuk menolak.” Hasya cuba membuat
Izz faham.
Kelakuan
Izz sedikit aneh bagi Hasya. Jika orang lain pastinya gembira apabila berjaya
mendapat projek. Tetapi Izz pula asyik mempersoalkan tentang projek yang
disifatkannya sebagai terlalu mudah diberi.
“Abang
Zik?” Izz mencebik. “Aku tak suka kau panggil Zikri dengan panggilan abang.
Mulai saat ini aku tak benarkan kau panggil dia macam tu.” Izz mencerlung. Dia
benci Hasya berbaik dengan Zikri. Dia benci Hasya berbual dengan Zikri.
Amaran
Izz membuatkan Hasya diam. Mulutnya
terkunci. Bertahun-tahun lamanya panggilan Abang Zik digunakan untuk Zikri.
Panggilan itu disuruh oleh Alangnya malah ibunya tidak membantah langsung.
Kenapa Izz melarang dia menggunakan panggilan itu? Apa yang tidak kena dengan
panggilan sopan sedemikian?
“Kau
faham tak?!” Izz menengking apabila Hasya tidak memberi respon pada arahannya.
Hasya
mengangguk lemah. Wajahnya tunduk memandang rumput di kaki.
Izz
memandang sekilas ke arah isterinya. Timbul simpati di hati. Dia berjalan
mendekati Hasya. Wajah isterinya
diangkat. Ternyata wajah itu muram. Tidak ceria seperti selalu.
“Sya,
aku bukan sengaja marah kau. Aku cuma rasa ada yang tidak kena apabila projek
itu lulus dengan mudah... aku tak pasti apa sebabnya tapi bukan mudah berurusan
dengan Thaqif.” Izz merendahkan nada suaranya.
Hasya
memaut lengan suaminya. “Abang... Sya mintak maaf.”
Izz
cuma tersenyum. Hasya ditarik ke dalam pelukannya. Bukan salah Hasya pun. Izz
yang menjadikan hal remeh semakin rumit. Mereka sama-sama duduk memeluk lutut di
atas rumput menyaksikan panorama indah yang terhidang di hadapan mata sehingga
larut malam. Kepala Izz dilentokkan di kepala Hasya. Sekumpulan orang tiba-tiba
mengerumuni mereka.
“Assalamualaikum.
Encik, buat apa kat sini berdua-duaan?!” Seorang lelaki berkopiah menegur,
seorang lagi menyuluh ke arah muka mereka manakala yang lain hanya menjadi
pemerhati.
“Waalaikumussalam.” Serentak itu, Izz dan Hasya bangun.
“Boleh
saya tahu, apa hubungan kamu berdua?” Soal lelaki itu lagi.
“Kami
dah kahwin. Isteri saya ni suka benar lepak atas bukit sejak dia mengandung.
Sebagai suami, saya turutkan je. Maklumlah pembawakan budak. Kalau tak ikut,
nanti merajuk.” Tiba-tiba sahaja Izz menjadi terlebih ramah apabila berdepan dengan
pasukan pencegah maksiat. Tanpa dipinta, dia mengeluarkan kad nikahnya lalu
dihulurkan kepada lelaki itu.
“Kami
minta maaf, Encik. Puan, tak elok orang mengandung ambil angin atas bukit
lama-lama.” Kad nikah Izz dikembalikan semula dan kumpulan itu berlalu pergi,
meneruskan tugas mereka mencegah kemungkaran yang berleluasa.
Hasya
menyiku lengan Izz. “Kenapa cakap macam tu?”
Izz
sekadar tergelak kecil. “Sebab aku harap kata-kata aku jadi kenyataan.”
Hasya
terdiam. Izz tersenyum. Malam semakin kelam.
Eriyza : Komen anda amat penulis hargai agar pengisian cerita ini dapat diperbaiki pada masa akan datang. Terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca.
10 comments
Hihi..cemburu tu tanda nyer syg tp kalu dh terlebih mmg hasya makan ati lh..come on lh izz please lh be open minded...itu ini sume tk bleh cemburu tahap kronik name nyer izz!hehe...tergugat ker izz...bile thaqif cam ade pape di sebalik projek yg dilulus kn...kena yakin lh izz yg ajal jodoh rezki sume dari yg maha ESA.so usah lh prasangka,tu lh dulu kutuk sngt perempuan kampung!la ne itu lh jugak yg wat hati mu sentisa libang libu....hehe jgn cemburu sngt izz takut makan ati nanti parah jd nyer izz...hasya dh sah2 hak mu so rase nyer tk sape leh rampas ati nye...tu lh senjata makan tuan...hehe
Izz ni cemburu x bertempat ni.... BAHAYAAAAA... kalau nak cemburu tu biar bertempat.... kalau rasa terguggat dengan Thaqif tu apa kata Izz berterus terang ja dengan Sya tentang perasaan hati... jangan terlalu EGO... selidik sendiri siapa Sya dan jang tuduh Sya sesuka hati ... orang kampung pun ada hati dan perasaan ....
Best nak lg boleh tq.
terbuai-buai perasaan nie..huhuh..
izz nie terlalu cemburu la..
kalau betul syg sya tu..cpt2 ikat sya tu..hehe...
**kak eriyza..wt smbungan cpt2 ya...heheh..**
@norihan mohd yusof:
Izz baru tahu 'aura' budak kampung.
@Kak Sue:
Izz vs Thaqif, sapa bakal menang??
@baby mio:
Boleh. :)
@Riena:
Ikat guna tali kaa??
Hehehe! ;)
eheh....lama rasanya x bace cite nih....
@strawberry.chocolate81:
Selamat datang kembali. :)
Post a Comment
Terima kasih kerana sudi membaca novel ini.
Sebarang komentar dari anda amatlah penulis hargai.