Yes,
I Love You – Bab 31
Suasana
di Izzfar Empire Holding kelam kabut. Semua pekerja yang terlibat di dalam
pembentangan projek pembinaan Hotel The Star membuat persediaan akhir. Zikri
dan barisan jenteranya sedang berbincang sementara menunggu mesyuarat dimulakan
kira-kira satu jam lagi.
Izz
masih lagi berada di bilik pejabatnya. Laci meja kerjanya dibuka. Dia
mencari-cari sesuatu di dalam laci tersebut. Sebahagian dari isi laci tersebut
dikeluarkan lalu diselerakkan di atas meja. Barang yang dicari tidak juga
dijumpai. Dia melihat-lihat pula di bawah meja, cuba meneliti jika barang
tersebut tercicir di situ, tiada juga.
Dia
mengetuk meja dengan kuat. Kedua-dua tangannya terasa sakit tetapi tidak
seteruk hatinya yang sakit kerana kehilangan barang yang penting. Dia duduk di
kerusi, cuba mengingat kali terakhir lokasi barang itu diletakkan. Akhirnya,
nombor telefon seseorang didail pantas.
“Assalamualaikum...”
Lembut suara si pemanggil menyapanya.
“Waalaikumussalam.
Sya.. kau pergi ke bilik kerja aku sekejap.”
“Okey.” Hasya menurut.
Dari
ruang tamu, dia terus berlari menaiki anak tangga menuju ke bilik kerja
suaminya.
“Sya
dah ada kat dalam bilik kerja ni.” Termengah-mengah dia menjawab.
“Kenapa
suara kau bunyi macam tu?” Izz agak cuak mendengar Hasya seperti tidak cukup
nafas apabila bercakap dengannya.
“Sya
berlari naik tangga… sebab tu semput.”
Izz
menarik nafas lega. Bimbang juga kalau sesuatu berlaku pada isterinya.
“Tengok
kat atas meja kerja.. ada tak thumb drive
kat situ?” Habislah dia kalau Hasya tidak mengetahui benda yang disebut tadi.
“Sya, kau tau tak thumb drive tu
apa?”
“Ada.
Warna biru gelap... brand Sonykan?”
Alahai, Izz selalu fikir dia terlalu naif, langsung tidak mengetahui
perkembangan teknologi semasa.
“Yeah…
betul! Aku nak kau hantar thumb drive
tu pada aku sekarang jugak.” Izz mula tersenyum sendirian.
“Sekarang...?
Pak Musa belum balik. Ambil masa sikitlah sebab Sya kena cari teksi dulu.”
“No! No!
No! Kau mesti sampai dalam masa 19
minit. Aku tak kisah kau guna motor aku atau apa saja. Kau mesti datang segera,
better tunggang motor. Kalau tak
dapat cari teksi, naik motor. Kunci motor ada dalam laci kedua di almari belah
kiri. Ingat tu... aku bagi kau masa 19 minit je. Kalau lebih... nahas kau.”
Suara Izz tegas.
Wah,
ini sudah lebih! Cara Izz menyuruh Hasya menunggang motosikalnya seolah-olah
satu cabaran buat gadis itu. Hasya senyum sendirian, Abang… tunggu dan lihat,
hatinya berdetik!
“InsyaAllah.
Sya cuba sampai secepat mungkin.” Hasya pantas mencapai thumb drive itu lalu segera mencari jalan untuk menghantarnya
kepada Izz.
Tujuh
belas minit setengah berlalu...
Pintu
pejabatnya diketuk. Dia membenarkan si pengetuk pintu masuk.
“Encik
Izzdihar... Puan Hasya ada kat luar.”
“Hasya
dah sampai?” Kening Izz bertaut rapat. Jam di pergelangan tangan kiri dilihat.
“Okey! Mimi... suruh Puan Hasya masuk.”
Mimi
segera beredar dari bilik bosnya. Beberapa saat kemudian, pintu pejabatnya
diketuk lagi.
“Masuk.”
Pintu
pejabatnya terkuak. Hasya melangkah masuk. Senyuman manis diberikan kepada
suaminya tatkala pandangan mereka bertemu. Thumb
drive bertukar tangan. Bulat mata Izz melihat Hasya. Dia bingkas bangun
dari kerusinya.
Pakaian
Hasya ditilik dari atas ke bawah, dari hadapan ke belakang. Dia berjalan
mengelilingi Hasya. Tangan kanannya menggaru-garu dagu yang tidak gatal. Dia
tidak berpuas hati. Tubuh Hasya dipusing-pusing pula. Walaupun Hasya agak
hairan dengan kelakuan suaminya, namun dia tetap memusingkan badannya.
“Abang...
ada yang tak kena dengan pakaian Sya?” Soalnya disusuli dengan senyuman.
Izz
memegang kedua-dua bahu isterinya. “Kau nampak menarik.” Pujinya ikhlas.
Tubuh
tinggi lampai Hasya menyerlahkan keayuannya apabila disarung blouse labuh paras paha warna coklat dengan
slack longgar warna sedondon. Tudung
kuning airnya dipin kemas menyerlahkan gayanya persis wanita bekerjaya. Tanpa
sedar, bibir Izz didekatkan pada mulut isterinya. Belum pun sempat bibirnya
tiba ke destinasi, jari telunjuk Hasya menghalang laluan.
“Kita
kat dalam bilik pejabat... bukan kat bilik dalam rumah.” Tubuh suaminya ditolak
menjauh. Izz senyum gatal. Dia hampir terlupa mereka berada di dalam syarikat.
“Opsss!
Sorry!” Tiba-tiba terpacul Zikri di
ruang pejabat Izz. Dia mengangkat tangan kepada kedua-dua suami isteri yang
berdiri tidak jauh darinya.
“Zik,
awat kalut sangat ni... pintu pun hang tak ketuk.” Izz berlawak sekaligus cuba
menutup rasa malu atas perbuatannya tadi.
“Aku
cuma nak ingatkan kau... pembentangan projek 15 minit lagi.”
“Aku
tau. Kau pergi dulu. Nanti aku menyusul.”
“Hai,
Sya. Apa khabar?” Zikri mengalihkan pandangannya kepada Hasya.
“Sihat
alhamdulillah. Abang Zik apa cerita sekarang?” Senyuman diberikan.
Izz
yang berada di antara Zikri dan Hasya berasa tidak selesa dengan keramahan
Zikri dan isterinya. Dia sendiri tidak pasti mengapa dia risau setiap kali dua
makhluk di hadapannya berbicara sedangkan Zikri rakan baiknya manakala Hasya
isterinya. Dia tidak patut berperasaan begitu. Cemburu!
“Takde
cerita menarik pun. Pi mai pi mai tang tu jugak.” Zikri tayang gigi.
Hasya
tersenyum nipis. Izz buat muka tegang.
“Zik...
kau pergi dulu. Make sure semua perfect.” Dia segera ‘menghalau’ Zikri
sebelum perbualan antara lelaki itu dan isterinya semakin rancak.
“Okey.
Sya... abang Zik mintak diri dulu.” Dia tayang gigi lagi.
Hasya
mengangguk sambil tersenyum. Abang Zik? Izz mengetap bibir. Tidak suka dengan
panggilan yang digunakan oleh Zikri kepada isterinya. Dia menghantar Zikri
keluar dari bilik dengan ekor mata.
“Kau
senyum ni kenapa?!” Hasya disergah.
“Saja...
bagi sedekah.” Selamba jawapannya.
“Kau
datang naik apa? Cepat pulak kau sampai.”
“787.”
Hasya senyum lagi.
“Whhaattt...? You must be kidding, right?!”
Izz mencerlung tajam. Dia tidak percaya dengan kata-kata isterinya. Mustahil!
“Abang...
hulur tangan kejap.”
Izz
tidak mengendahkan permintaan isterinya. Wajahnya cukup serius ketika itu.
Tiada minat hendak bermain-main dengan Hasya.
Hasya
mencapai tangan kanan Izz perlahan lalu segugus kunci diletakkan di telapak
tangan suaminya. Bulat mata Izz tatkala memandang kunci tersebut.
“Kau
tunggang motorbike aku?” Izz bercekak
pinggang.
“Ya...!”
“Siapa
suruh?”
“Abang...!”
“Aku
main-main jelah.”
“Bila
disebut tiga kali, maknanya serius laa tu.”
Interkom
di biliknya menyala. “Yes... ada apa
Mimi?”
“Encik
Izzdihar... meeting dah nak mula.”
“Okey...
I datang.”
Izz
menghampiri Hasya lalu pinggang isterinya dirangkul.
“Kau
tunggu aku kat guest room. Aku belum
habis lagi soal siasat kau. Kalau kau nak pergi ofis papa, suruh Mimi
hantarkan. Faham?”
“Okey
dan faham.” Hasya melakar senyuman manis. Senyuman yang sentiasa menyesakkan
dada Izz.
Cuppp!
Satu ciuman singgah di pipi Hasya. Dia mencerlung geram. Serangan hendap Izz selalu
sahaja berjaya.
Lelaki
itu keluar dari pejabatnya dengan senyuman riang. Langkah diatur pantas ke
bilik mesyuarat. Semua orang sudah bersedia untuk melaksanakan tugas
masing-masing. Izz mengambil tempat di sebelah Zikri.
Mimi
mengiringi Hasya ke ruang menunggu untuk tetamu. Di dalam perjalanan mereka ke
sana, Hasya berpapasan dengan seorang pemuda yang segak lagi bergaya. Pemuda
itu menegurnya.
“Eh,
awak kerja kat sini?!” Dia kelihatan gembira dapat bertemu lagi dengan Hasya.
“Tak!
Sua…” Hasya masih mengecam muka pemuda yang dikenalinya secara tidak sengaja di
kedai buku.
Belum pun sempat Hasya menghabiskan ayatnya, pemuda itu pantas memotongnya. “Tentu abang awak yang kerja kat sini, kan?”
Belum pun sempat Hasya menghabiskan ayatnya, pemuda itu pantas memotongnya. “Tentu abang awak yang kerja kat sini, kan?”
Hasya
mengangguk. Pemuda itu tersenyum lebar kerana anggapannya betul. Dia yakin
lelaki yang dilihatnya ketika keluar dari lif
tadi adalah ‘abang’ kepada gadis itu.
Pemuda
itu melihat jam di telefon bimbitnya. Masanya sudah tiba. “I need to go! Ada meeting!
Saya Thaqif. Awak?”
“Hasya.”
Si gadis cuma menggangguk sambil berlalu ke bilik tetamu.
Thaqif
melangkah ke bilik mesyuarat dengan hati girang. Nampaknya dia ada peluang.
Eriyza
: Setelah setengah tahun 'berhibernasi', penulis kembali dengan
senashkah kisah Izz dan Hasya. Maaf kerana terlalu lama 'menghilangkan
diri'. Buat 'peminat²' yang mengirimkan email bertanya khabar kepada
penulis, terima kasih kerana menyokong enovel picisan ini. Enjoy!
10 comments
ni first time saya marathon enovel ni...dri epi 1 hgga epi 31. bgi saya crita da best, lain sket dari crita kawen2 paksa yang lain kerana x de bab penderaan melampau suami terhadap isteri. tpi satu jerk kurang, tiada kesinambungan antara n3. scene yng ditulis kekdng tergntung walhal pembaca mengharapkan masih ada smbungan scene tersebut.
>>k<<
@NickheRe:
Terima kasih kerana sudi buat bacaan marathon. Terima kasih juga atas komen tersebut.
... hahaha... bila dah jatuh sayang ... isteri berbual dengan kawan baik pun boleh cemburu... Izz sekarang u ada persaing yang x kurang hebatnya...Thaqif..... walaupun Izz seorang suami tapi kena pandai ambil hati isteri juga... cuba tukar nama panggilan tu...
lepas juga rindu lama tau x update nak lg boleh tq.
lama nyer...ilang dh rindu kat n3 neh...izz tk kn itu pun nk jeles kot!hehe nape?takut kena sambar ker izz!
@Kak Sue:
Izz pandai memerli je. :p
Kikiki!
@baby mio:
Akan diusahakan.
@norihan mohd yusof:
Tak jeles cuma cemburu jak. :)
Akhir nye... =)
terubat gak rindu pada Izz & Sya...
hehehe...
TQ Eriyza coz wt smbungan nye...ingatkan dah xda smbungannye..
@Riena:
Sama-sama.
Semoga terhibur :)
Post a Comment
Terima kasih kerana sudi membaca novel ini.
Sebarang komentar dari anda amatlah penulis hargai.