Yes, I Love You – Bab 22
Hasya masuk ke dapur. Kelihatan Mak Bee sedang mengemas dapur. Senyuman dilemparkan kepada wanita itu. Dia ke ruang tamu pula. Hanya Natalia yang ada di situ. Dia sedang bermain dengan anaknya. Natalia angkat kening dua kali. Hasya pula menggeleng laju.
Hasya bergerak lagi. Kakinya dihayun ke bilik bacaan. Dia mengetuk pintu bilik bacaan itu beberapa kali namun tiada jawapan. Tombol pintu bilik bacaan dipulas perlahan. Kosong, tiada orang di dalam. Dia hampa. Kali ini dia menjenguk-jenguk ke halaman rumah. Akhirnya dia ternampak ‘suspek’ yang dicari.
Dia berlari semula masuk ke dalam rumah.
“Kak, mama ada kat wakaf.”
“Wakaf? Apa tu?” Natalia keliru. Tidak tahu ‘wakaf’ yang dimaksudkan oleh Hasya.
“Alah, tempat yang kita selalu lepak waktu petang tu.” Hasya pula yang keliru. Dia tersalah cakapkah atau sememangnya Natalia tidak tahu nama tempat itu.
Natalia ketawa. “Owhhh! Tu bukan wakaf tapi gazebo.”
“Laa... ye ke kak? Kalau kat kampung Sya, kami panggil wakaf je.” Hasya turut ketawa. “Thanks, kak.”
“Thanks for what?” Natalia mengerutkan dahinya.
“Untuk ilmu baru ni.” Hasya ketawa lagi.
“Small matter.” Natalia mengenyitkan matanya.
Natalia amat menyenangi sikap Hasya. Gadis itu peramah orangnya selain ada sifat kelakar. Dia tidak kering gusi jika berbual dengan Hasya. Sekurang-kurangnya dia tidaklah bosan berada di banglo mewah ini. Bebannya menguruskan bayi pun berkurangan dengan adanya Hasya.
“Akak... pergilah berborak dengan mama.”
“Tak beranilah, Sya. Lagi pun mama tak suka kat akak.” Sayu nada suara Natalia.
“Takpe kak. Mama tu nampak keras kat luar tapi lembut kat dalam. Dia takkan marah kalau akak duduk dekat dengan dia. Paling teruk pun, dia diam je.” Hasya cuba mengumpan kakak iparnya.
“Kalau dah mama diam, akak pun diam. Takdelah pulak dinamakan berborak Sya oiii. Lainlah kalau ada topik nak dibualkan.” Natalia tersengih.
Suara bayi menangis mematikan perbualan mereka. Natalia bangun lalu membawa anaknya berjalan-jalan di ruang tamu itu.
“Baby nak apa ni? Tadikan dah menyusu, tak cukup lagi ye?” Belakang badan anaknya diusap perlahan.
“Kakkk... Sya ada idea.” Senyuman nakal sudah tersungging di bibir.
Natalia takut-takut hendak menghampiri Datin Faridah. Sekilas dia berpaling ke arah Hasya yang mengintainya di sebalik sliding door ruang tamu. Natalia ingin berpatah balik ke dalam rumah tetapi Hasya membuat isyarat agar dia meneruskan langkahnya ke arah Datin Faridah.
Natalia mengalah. Dia berjalan perlahan mendekati ibu mentuanya itu.
Suara tangisan bayi terasa dekat di telinganya. Majalah fesyen yang sedang dibacanya diletakkan ke tepi. Dia berpaling ke arah datangnya suara tersebut. Dia melihat Natalia sedang memujuk anaknya yang sedang menangis.
“Datin... maaf kalau terganggu dengan tangisan baby ni.” Natalia pura-pura mahu beredar dari situ.
Sapaan Natalia langsung tidak dilayan. Datin Faridah mengambil semula majalah fesyennya. Dia mengerling Natalia dengan ekor mata. Dia tidak selesa mendengar tangisan bayi yang belum reda. Hatinya ingin menolong tetapi egonya melarang.
Natalia melangkah perlahan-lahan. Anaknya dibiarkan menangis untuk seketika. Dia mahu melihat berapa lama Datin Faridah mampu menahan telinga mendengar tangisan cucunya sendiri.
Hasya masih setia mengintai di sebalik sliding door. Datin Faridah masih tidak mempedulikan kehadiran Natalia. Tangisan cucunya diabaikan begitu sahaja. Namun, Hasya tidak percaya wanita sebaik ibu mentuanya itu sanggup membiarkan keadaan itu berlarutan. Dia menunggu dengan sabar. Dia juga berharap Natalia sanggup menanti buat beberapa minit lagi.
Tujuh minit berlalu, tiada apa-apa tindakan dari Datin Faridah. Natalia sudah hampir berputus asa. Tangisan bayinya juga sudah semakin kuat. Dia kasihan dengan nasib anaknya. Sampai hati Datin Faridah membiarkan anak itu menangis tanpa bertanya khabar sedikit pun. Natalia merasakan harapannya untuk berbaik-baik dengan ibu mentuanya hanyalah anganan kosong. Dia perlu pasrah dengan ketentuan itu.
Natalia menghayun kakinya ke ruang tamu. Baru beberapa tapak melangkah, namanya diseru.
“Lia, kenapa dibiarkan baby tu menangis?” Keluar juga suara ‘emas’ Datin Faridah.
Natalia berhenti melangkah. Dia berpaling ke arah ibu mentuanya. Kakinya diatur semula ke arah wanita itu. “Dah buat macam-macam Datin tapi baby menangis jugak. Nak kata lapar, dah bagi susu. Nak kata basah, pampers dah tukar. Jangan-jangan jadi macam hari tu, tak?”
Datin Faridah bangun dari duduknya. Dia turun dari gazebo lalu mendekati Natalia. “Takkanlah kot. Bak sini, biar mama tengok.”
Bayi bertukar tangan. “Baby kamu ni dah berapa bulan?”
“Baru je seminggu masuk 6 bulan.” Natalia tersenyum.
“Hmmm... dah ajar dia makan?”
Sewaktu anak-anaknya kecil dahulu, Datin Faridah mula memberikan mereka makanan seawal usia 6 bulan. Dia mengambil tahu tentang pemakanan yang sesuai untuk bayi melalui doktor selain bertanya kepada ibunya yang lebih berpengalaman.
“Belum. Setakat ni bagi susu je.”
“Lia ada campur dengan susu formula?”
“Takde. Bagi susu ibu sepenuhnya.”
“Bagi susu sekali lagi. Baby ni lapar.”
Datin Faridah menghulurkan cucunya kepada Natalia. Mereka berjalan beriringan ke gazebo. Natalia menyusukan anaknya seperti arahan Datin Faridah.
“Lia tahu tak, bila baby dah 6 bulan, kita boleh mula ajar dia makan. Agaknya baby menangis sebab dia dah reti lapar.” Datin Faridah tersenyum.
Natalia terasa ingin menangis. Itulah kali pertama Datin Faridah menghadiahkan padanya senyuman manis. Secebis senyuman seperti itu membuatkan dia terasa seperti ibu kandungnya ada di depan mata ketika itu.
“Patutlah beberapa hari ni baby kuat menyusu. Rupa-rupanya baby lapar. Makanan apa yang sesuai untuk baby? Nanti boleh suruh Yad belikan.”
Cukup pantang bagi Datin Faridah jika makanan awal bayi dibeli dari pasaraya. Baginya, air tangan ibu penting untuk mengeratkan kasih sayang antara ibu dan anak-anak.
“Iskkk... buat apa beli makanan macam tu. Lebih baik Lia buat sendiri. Mama dulu pun buat sendiri jugak untuk anak-anak.”
Datin Faridah mengambil cucunya. Bayi itu sudah tidak menangis lagi. Dia bersila. Bayi itu diletakkan di atas ribaannya.
“Tapi… Lia tak tahu nak buat macam mana.” Natalia membuat muka kasihan. Dia mengharapkan respon positif dari Datin Faridah.
“Takpe. Esok suruh Yad beli barang-barang. Nanti mama beritahu senarainya, Lia tulis. Esok mama ajar cara buat bubur untuk baby.”
Datin Faridah mengagah-agah cucunya. Anak kecil itu ketawa mengekeh. Hati Datin Faridah terhibur. Sudah lama dia rindukan kehadiran si kecil di rumah besar itu. Dia mengimpikan sebuah keluarga yang besar.
“Datin sudi ajar Lia?” Natalia masih was-was. Tawaran yang diberi oleh wanita di hadapannya itu sukar dipercayai. Dia bagaikan sedang bermimpi. Kalaulah betul ini sebuah mimpi, dia tidak mahu terjaga.
“Mestilah. Kalau bukan mama ajar, siapa lagi? Liakan menantu mama.” Datin Faridah menyentuh lembut tangan Natalia.
Mata Natalia berkaca. Dia kehilangan kata-kata. Sungguh dia terharu dengan layanan ibu mentuanya ketika ini. Benarkah Datin Faridah sudah mengakunya sebagai menantu? Benarkah Datin Faridah mampu melupakan semua peristiwa lalu?
Air mata Natalia sudah menitis. Datin Faridah turut menangis. Tanpa sebarang keraguan, Natalia meletakkan kepalanya ke bahu ibu mentuanya. Datin Faridah mengusap lembut rambut menantunya.
“Terima kasih, Datin.” Dalam sendu Natalia bersuara.
“Sudahlah, Lia. Sampai sini saja ‘perang’ keluarga kita. Mama mahu kita semua hidup bahagia. Mama dah tua. Tak larat lagi nak angkat ‘senjata’. Walau bagaimanapun, Yad tetap anak mama. Agaknya dah tersurat jodoh dia dengan Lia. Kamu berdua pun dah bagi cucu untuk mama.”
Semua yang terbuku di hatinya diluahkan kepada Natalia. Datin Faridah tidak mahu memanjangkan lagi persengketaan mereka anak-beranak. Sedikit demi sedikit rasa sayangnya mula bercambah buat Natalia dan cucunya. Dia sudah pasrah!
Natalia menggangguk-anggukkan kepalanya. Dia tidak dapat menzahirkan dengan sepatah ayat pun kegembiraan yang mula menular di dalam dirinya. Tembok kebencian Datin Faridah buat dirinya sudah runtuh. Kini, dia perlu melipatgandakan usaha ‘menagih kasih’ Datuk Izzuddin.
Buat seketika, Natalia memandang ke arah sliding door. Seorang gadis masih berada di situ. Hasya tersenyum di sebalik tangisan yang turut dikongsinya bersama. Dia tidak mahu mengganggu suasana yang cukup pilu itu. Biarlah dua insan itu menikmati rasa yang sama.
Ini semua jasa Hasya. Keberaniannya datang dari dorongan Hasya. Tanpa Hasya, sejarah ini pasti tiada. Terima kasih Hasya. Itu suara hati Natalia.
Eriyza : Idea sudah kering lagi kontang. Selamat menghadam tulisan yang tidak seberapa ini.
8 comments
best. really touching. plz keep up writing. xsabar nk tgk hubungan yad n nat pulih dgn mama n abah depa. dsamping nk tau jgk progress phubungan hasya n Izz. xkan la izz tak tsentuh dgn tingkah laku hasya yg sopan baik hati n kelakar tu??? ;D
@IVORYGINGER:
Terima kasih. Penulis sendiri baca rasa macam tak kelakar pulak. :)
LAMA TUNGGU TAU.... SAMBUNGGG....
@sue:
Tunggu nak kutip idea seterusnya plak. Terima kasih sue sbb sabar menunggu.
tersentuh d wt nye...tp tetap best..
sambung cepat2 tau...penantian 1 penyeksaan.hehehe..
xsabar nak tau perkembangan perhubungan hasya & Izz..
semoga kak Eriyza di murahkan rezeki tuk menghasilkan jalan cerita seterus nya tuk citer nie...
@Riena:
InsyaAllah ada sambungannya nanti. :)
Too perfect...something missing...u kene relaks sekjap...take a deep breath....but its still nice effort. Gudluck dear
@Anonymous:
Thank you.
Post a Comment
Terima kasih kerana sudi membaca novel ini.
Sebarang komentar dari anda amatlah penulis hargai.