Yes,
I Love You – Bab 46
Sejak
pulang dari lapangan terbang tambang murah, Hasya berkurung di dalam bilik. Dia
hanya turun sewaktu menghidangkan makan malam buat Izz. Dia cuma menjamah tiga
suap nasi sedangkan Izz berselera benar sewaktu meratah siakap masak stim. Dia menunggu
Izz selesai makan sebelum mengemas meja dan membasuh pinggan. Lelaki itu
sedikit pun tidak menghiraukan dia yang lebih banyak memandang dari makan.
Mata
dipaku pada filem Who Am I? lakonan
Jackie Chan yang disiarkan di stesen percuma. Sesekali kedengaran gelak tawa
Izz apabila aksi Jackie Chan yang memegang peranan utama membuat aksi lucu.
Akibat terlalu banyak ketawa, tekaknya terasa kering. Dia perlu membasahkan
tekak.
“Hasya..!
Buatkan aku air.”
Mata
masih tidak lepas dari kaca televisyen. Hampir beberapa minit menunggu, air
yang dipesan belum juga sampai. Dia mulai berang. Tekaknya menjerit minta
minuman.
“Sya...!
Kau dengar tak? Aku suruh kau buat air!” Pekiknya sekali lagi.
Senyap
sunyi. Tiada jawapan dari Hasya. Dia hanya bercakap sendirian. Dia bingkas
bangun. Langkahnya menuju ke dapur. Kosong, tiada orang di situ. Dia mencari
pula di sekitar tingkat bawah itu, tiada juga.
“Ke
mana pulak perginya budak Hasya ni? Sini takde... sana pun takde.” Dia membebel
sendirian.
Dia
kembali ke dapur. Malas hendak membancuh minuman. Sudahnya dia mengambil
sebotol susu segar lalu dibawa ke ruang tamu. Dia meneruskan tontonannya yang
masih belum habis tayangannya.
Walaupun
dia seronok melayan filem itu tetapi dia sedikit gelisah apabila kelibat Hasya langsung
tidak dilihatnya. Matanya terarah kepada kaca televisyen tetapi ingatannya
melayang kepada Hasya.
Dia
tidak senang duduk. Remote control
dicapai, televisyen ditutup. Dia menghayun langkah ke tingkat atas. Pintu
biliknya dibuka kasar. Dari luar pintu, dia melihat katilnya kosong. Dia
menggaru kepala. Mengapa Hasya tiada? Sudah hilangkah dia?
Dia
melangkah masuk ke dalam bilik. Pandangannya meliar 360 darjah di dalam bilik
itu. Akhirnya, pandangannya jatuh pada ‘suspek’ yang dicari.
“Ada
pun kau. Owhhh... tidur, ye?!” Izz menghampiri Hasya yang kelihatan seperti
sedang tidur di atas settee.
Dia
bercekak pinggang. Benar sangkaannya, Hasya tidur lena sekali. Ada sisa air di
tubir matanya, tentu dia menangis lagi. Izz tunduk melihat tangan kanan Hasya yang
melecur. Sudah dua kali krim antiseptik disapu. Kesan merahnya masih ada
walaupun tidak semerah siang tadi. Mungkin sehari dua lagi kesan merah itu
beransur hilang.
Izz
duduk di sisi Hasya. Wajah Hasya direnung lama. Ternyata gadis itu terlalu
cantik walaupun dalam tidurnya. Izz mengangkat tangan kanannya, dia ingin
mengelus-elus pipi mulus isterinya. Sebaik tangannya hampir pada pipi Hasya,
dia membatalkan hasrat tersebut. Pasti Hasya terjaga kalau dia berbuat
demikian.
Izz
perasan Hasya memeluk sesuatu. Izz teringin tahu gerangan apakah yang
dipeluknya. Dia cuba menarik ‘barang’ tersebut tetapi gagal. Pelukan Hasya
terlalu kuat. Dia mengalihkan tangan Hasya dengan berhati-hati. Dia tidak mahu
Hasya terjaga. Gadis itu bergerak sedikit apabila tangannya disentuh. Akhirnya
dia dapat menarik ‘barang’ itu sepenuhnya dari pelukan Hasya.
Ianya
adalah bingkai gambar berukuran 6R. Izz hanya melihat gambaran bingkai gambar
itu dari belakang tetapi darahnya sudah mendidih. Sukar untuk dibayangkan
tindakannya nanti, apabila wajah sebenar di sebalik bingkai gambar itu terpampang
di ruang mata.
“Tak
guna! Tak dapat jumpa depan mata, kau peluk gambarnya pula!” Izz melempar
bingkai gambar itu ke dinding. Lantunan bingkai gambar menimbulkan bunyi bising
apabila jatuh ke lantai. Hasya terjaga. Terkejut dengan bunyi kuat yang
mengganggu lenanya.
“Bangun..!
Perempuan tak guna!” Lantang suara Izz. Bahu Hasya digoncang kuat.
Hasya
terpisat-pisat. Dia menggosok-gosok matanya yang terasa pedih, mungkin kerana
dia menangis terlalu banyak sebelum tidur. Matanya sekejap pejam, sekejap
celik. Masih mamai! Keadaan diri Hasya mengundang kemarahan Izz.
“Heyyy..!
Aku kata bangun!” Lengan kiri Hasya dicengkam kasar. Dia memaksa gadis itu
berdiri. Hasya terkedu. Lengannya terasa sakit.
“Lepaslah...
sakit!” Cengkaman tangan Izz cuba dileraikan tetapi gagal. Tenaga lelaki itu
cukup kuat. Hasya tidak mampu menandinginya.
“Owhhh..!
Dah pandai melawan, ye? Siapa ajar kau? Thaqif?!” Sebelah lagi tangannya
mencengkam lengan kanan Hasya pula.
“Apa
abang merepek ni? Lepaslah..! Sakit, tau?” Hasya meronta-ronta minta
dilepaskan. Namun, cengkaman tangan Izz semakin kuat.
“Kau
cakap aku merepek?!” Kau tidur sambil peluk gambar kekasih kau, itu... kira
munasabah?!” Cengkaman tangannya dilepaskan lalu gadis itu ditolak menjauh.
Tolakan
Izz membuatkan Hasya tergerak sedikit ke belakang. Hasya melihat kedua-dua
belah lengannya. Cengkaman jari Izz yang kuat menyebabkan kulitnya bertukar
merah. Siang tadi, tangan kanannya disirami dengan kuah laksa penang yang
panas. Belum pun kesan melecur itu hilang, Izz menghadiahkan pula kesan merah
di kedua-dua belah lengannya.
“Abang...
apa salah Sya? Kenapa buat Sya macam ni? Dah banyak kali Sya cakap... Thaqif
bukan kekasih Sya. Kenapa abang tak percaya? Kenapa?” Suaranya sudah serak. Dia
cuba menahan sendu dari berlagu.
“Dah
buat salah... tapi... masih nak berdalih? Heyyy budak kampung! Dengan aku...
jangan berani berbohong!”
“Apa
bukti abang yang Sya dengan Thaqif ada hubungan?”
“Kau
nak bukti? Tu... gambar lelaki yang kau peluk... gambar Thaqif, kan?” Jari
dituding pada bingkai gambar yang masih terdampar di tepi dinding.
Hasya
berjalan ke arah bingkai gambar yang sudah pun pecah. Gambar yang ada di dalam
bingkai itu sudah tercampak keluar sedikit. Luluh hati Hasya melihat gambar
tersebut koyak akibat balingan yang kuat. Walaupun hanya sebahagian gambar yang
koyak, namun hakikatnya gambar itu sudah rosak.
Hasya
mengambil gambar tersebut. Kaca-kaca yang bersepai di atas gambar tersebut
dikuis ke lantai. Masih banyak cebisan kaca dari bingkai gambar yang berterabur
di lantai. Darah menitis dari jari jemarinya tetapi Hasya tidak peduli.
Sepanjang hari ini, dia sudah banyak disakiti. Kelukaan yang nampak di tangan
masih tidak setanding dengan luka di hatinya.
Hasya
senyum sinis. “Ya...! Gambar ni memang gambar lelaki. Lelaki tu tak
keseorangan... ada perempuan disebelahnya... dan pasangan kekasih tu bernama Hashim
dan Fatimah! Bukan Thaqif dan Hasya!” Terketar-ketar Hasya menayangkan gambar
itu di hadapan muka Izz.
Tangan
kanan Izz dicapai, gambar yang sudah berlumuran darah itu diletakkan di atas
telapak tangan Izz. Terbelalak mata Izz. Hasya bercakap benar. Gambar yang
sedang dipandangnya adalah gambar ibu mentuanya, Fatimah dengan arwah bapa
mentuanya iaitu Hashim. Dia mengenali lelaki itu melalui gambar di dalam album
yang pernah ditunjukkan oleh Hasya.
Berdasarkan
gambar yang berwarna hitam putih berlatarbelakangkan studio gambar, ianya
mungkin diambil ketika pasangan itu baru berkahwin. Kebahagiaan jelas terpancar
di mata mereka. Izz mengundur ke belakang beberapa tapak. Gambar ditangannya
sudah jatuh ke lantai. Sungguh dia kesal kerana menuduh isterinya tanpa
pertimbangan akal.
“Abang
puas hati sekarang?” Hasya semakin berani melawan.
Hasya
sudah penat menangis. Hasya sudah penat mengalah. Hasya sudah penat menjadi
mangsa buli suami sendiri. Air matanya tidak dapat diproses lagi. Air matanya
sudah lama pecah dari empangan.
“Sya...
aku... aku...” Kata-kata Izz tersekat di kerongkong. Rasa malunya seluas lautan
China Selatan.
“Sudahlah...!”
Suara Hasya semakin kendur. Hasya memalingkan tubuhnya. Langkahnya longlai
menuju ke pintu bilik. Izz hanya mengekori langkahnya dengan hujung mata.
Seketika kemudian, Hasya lenyap dari pandangan. Hanya tinggal sisa-sisa darah
di lantai yang menitis dari jari Hasya.
Hasya
berlari ke luar rumah. Dia menuju laju ke buaian. Di atas buaian itu, air
matanya dirembes selaju mungkin. Bertali arus bagaikan hujan di musim tengkujuh
cecair jernih itu menuruni pipinya yang pucat. Dia sedikit pun tidak mengesat
pipinya yang basah. Juraian air mata yang menitik jatuh ke tangannya dibiarkan
sahaja. Jari yang masih berdarah langsung tidak dibalut dengan plaster.
Hasya
memandang belakang tangan kanannya yang masih ada kesan melecur akibat tumpahan
kuah laksa Penang pagi tadi. Malam ini pula, kedua-dua jarinya luka angkara
serpihan kaca bingkai gambar. Esok lusa, entah tubuhnya pula yang akan menjadi
mangsa cemburu buta Izz. Mampukah Hasya terus bertahan?
Izz
menyandar di dinding biliknya, dia mengutuk dirinya sendiri. Dia tidak mahu
mengasari Hasya. Akan tetapi apabila marahnya datang, dia menjadi suami yang
sangat garang. Dia meraup mukanya beberapa kali. Risau menggugah perasaannya. Bagaimana
keadaan Hasya sekarang? Masih memuncakkah amarah dijiwa atau sudah reda dibawa
angin malam?
Izz
mengintai dari sliding door. Hasya
sedang berbuai perlahan. Izz mahu menghampirinya tetapi rasa bersalah membuatkan
dia beralah. Izz berjalan perlahan merentasi pokok bunga kertas yang merimbun
subur. Dari situ, dia dapat melihat wajah Hasya yang murung.
♪♪
Sedih rasanya hati di dalam
Mengenangkan peristiwa masa yang telah silam
Di mana aku hidup bersama si dia
Tak pernah rasa aman bahagia
Perselisihan sering terjadi
Walaupun jauh dari nyata dan juga bukti
Namun begitu dia selalu terburu
Tegak meluru menurut nafsu
Andainya dia dapat mengubah
Tetap kuterima
Mendirikan mahligai ria
Tapi tak berdaya
Kusangka panas sampai ke petang
Rupanya hujan di tengahari ♪♪
Mengenangkan peristiwa masa yang telah silam
Di mana aku hidup bersama si dia
Tak pernah rasa aman bahagia
Perselisihan sering terjadi
Walaupun jauh dari nyata dan juga bukti
Namun begitu dia selalu terburu
Tegak meluru menurut nafsu
Andainya dia dapat mengubah
Tetap kuterima
Mendirikan mahligai ria
Tapi tak berdaya
Kusangka panas sampai ke petang
Rupanya hujan di tengahari ♪♪
Mendayu-dayu
jadinya apabila Hasya mendendangkan lagu Hujan
Di Tengah Hari yang dipetik dari filem Perjodohan. Dia menjiwai lagu itu dengan baik memandangkan nasibnya sekarang
ditimpa malang. Lantunan suaranya lantang kedengaran meskipun sesekali suaranya
serak akibat rasa sebak.
Bait-bait
lirik lagu itu tepat mengenai batang tubuh Izz. Dia terduduk di atas rumput
karpet Zoysia. Satu persatu keganasan
yang dipalit ke tubuh Hasya terlayar di wayang ingatannya. Tubuh badan yang
asalnya sempurna kini disaluti calaran luka. Hasya selayaknya dilayan sebagai
isteri tetapi Izz menjadikannya tak ubah seperti hamba abdi. Sudah luakkah budi
pekerti?
Eriyza : Adakah Hasya akan terus bertahan setelah hari demi hari dirinya menjadi sumber kemarahan Izz?? Bab seterusnya pasti lebih menarik. Tungguuu.....
19 comments
sedeh nyer ngan nasib sya dek writer...menitis air mata akk....huhuhu...soh lh sya bawak diri...biar padan ngan izz yg cemburu tk bertempat!
Huhuhu...sedey..
Eriyza xmo sedey2 sgt..
Cian sya
Alorh..sian nyer kat sya..huhuhu..izz nie syg ke x kat sya nie...writer keep writing...
@norihan mohd yusof:
Terima kasih kak kerana
menjiwai jalan cerita.
@nursya:
Layan sedeh dulu ye.
@Anonymous:
Sayang sukar diterjemahkan. :p
saya teringat lagu ini
cukup cukup sudah
cukup sampai di sini saja
daripada hati terluka
biarku pergi saja
agaknya baru izz tersedar
bila hasya bawa diri..
bwk diri je sya
tau la izz tu rase bile org x endahkan dia
mencikkkk izz
kasihannya Sya... rasanya Izz kena pi pakar lah minta tolong macamana nak kurangkan rasa marah....
kalau rasa Sya x diperlukan lagi pulangkan Sya pada keluraga dengan cara baik bukan dera fizikal dan mental Sya.... Izz jangan sampai Sya dah terlantar kt hospt baru nak rasa kesal...
Sya seorang isteri yg setia dan menjaga maruah dia dan Izz sebab tu dia x mahu keluar dari rumah tampa izin dari Izz.. Izz jangan terlalu EGO
Kenapalah Izz nie suka bertindak membabi buta.
Selidik lah dulu, ni tak kan dah menyesal. Menyesal ke Izz tue?
Sya jgn biar diri ditindas lagi.
Kasi ajar Izz biar dia jgn cepat panas baran.
hukhukhuk...sedih nye...
nk nangis je bace..coz bace smbil layan lagu "seksanya menanggung rindu"
suruh je sya g bawak diri...jauh dr izz...biar izz y kerinduan mencari sya..geram betul.suke2 je wt sya cam tu...sape suruh x tegk dulu gambar sape y sya peluk tu..main tuduh je..nasib la sya xpandai melawan...biar lah kesabaran sya tu yang bakal merubah izz 1 ari nanti...
@maya:
Tengok apa jadi nanti.
@yoo zara:
Awat benci Izz plak?? :p
@Kak Sue:
Nasehat dia lagi kak.
@Anonymous:
Izz jenis wat dulu,
kendian baru nak fikir.
@Riena:
Laa, ingatkan dah nangis.
Hehehe! :)
@baby mio:
Terima kasih.
esok sambung lagi ya...
@Kak Sue:
Amboi kak.
Minat benar kat Izz.
Hehehe!!! ;)
Post a Comment
Terima kasih kerana sudi membaca novel ini.
Sebarang komentar dari anda amatlah penulis hargai.